Cara buat jus betik untuk demam denggi. Sekarang ni kan
demam denggi ni makin merebak tetapi tidak lah sampai membimbangkan seluruh Negara.
Ada rakan-rakan terdekat yang di syakki kena demam denggi.
Setahu saya la, demam denggi sebab kena gigitan nyamuk aedes
yang berkeliaran terutamanya waktu Maghrib. Jangan biarkan anak-anak main luar
rumah waktu-waktu Maghrib ni. Sampai ada yang meninggal la kalau kena demam
denggi ni. Merbahaya juga ni kan.
Apa yang anda kena buat ialah menjaga kebersihan sekeliling
rumah anda. Kalau ada tempat air bertakung tu, cuba bersihkan sebab nyamuk ni
suka membiak kawasan-kawasan macam tu. Mencegah lebih baik sebab murah dan tidak memerlukan bahan-bahan kimia untuk kesihatan.
Cara buat jus betik untuk demam denggi
Kalau anda disyakki kena demam denggi, anda akan di masukkan
dalam wad, lama juga tu mungkin beberapa hari sebab doctor hendak monitor
platlet darah anda. Seingat saya le masa belajar Biologi dulu, platlet darah ni
fungsinya untuk pembekuan darah.
Jadi jika platlet darah berkurangan di akibatkan demam
denggi, makan darah tidak boleh membuka, darah akan cair. Sebab tu lah aka nada
pendarahan pada liang-liang roma.
Selain daripada ubat doctor di hospital, ada rawatan kampng
untuk demam denggi ni, bukan rawatan sebenarnya tetapi Cuma sebagai tambahan
kepada ubat doktor – jus daun betik dan sup ketam. Nampak tak, pokok-pokok ni banyak khasiatnya seperti buah pisang.
Sekarang saya nak kongsikan
tentang cara buat jus daun betik untuk pesakit demam denggi.
Untuk memudahkan anda memahami proses buat jus daun betik
ni, sila tengok gambar di bawah – senang sahaja cara nak buatnya, hanya guna
daun betik sahaja dan tentunya senang di dapati dan murah.
Amacam, senang nak buat kan jus daun betik ni. Al maklumlah
demam denggi ni merbahaya, jadi info ni penting untuk anda, jangan abaikan.
Secara ringkasnya, ambil 2 helai daun betik tua, basuh dan tumbuk tanpa campur air. Ambil jusnya sahaja. Dapat 2 sudu dan minum 3 hari berturut-turut.
Semoga demam denggi orang yang anda sayangi akan cepat
sembuh.
0 Komen:
Catat Ulasan