Home » , » Ikan Bakar Parameswara Umbai Melaka

Ikan Bakar Parameswara Umbai Melaka

Ikan Bakar Parameswara. Kalau pergi jalan-jalan kat Melaka, tidak lengkap kiranya anda tidak mencuba masakan Melaka ataupun makan di tempat-tempat makan yang famous kat Melaka seperti di Ikan Bakar Umbai Melaka.

Selain itu, nda boleh  juga menjamu selera di Ikan Bakar Malim di MITC Melaka untuk makan tengahari. Bermacam pilihan makanan yang ada dan di harap anda berjimat cermat sebab nanti jangan la makan tengah hari belanjanya sama dengan makan malam. Makan malan biasanya kita nak rilek dan santai dan tentunya bajet lebih besar.

Jika hendak makan malam di Melaka, tidak sah kalau anda tidak mengunjungi Ikan Bakar Umbai. Umbai ni nama tempat dan di sana yang di milikki oleh persatuan nelayan, terdapat banyak kedai makan. Bayaran masuk untuk parking kereta rm1 sahaja.

Oh ya, ini adalah pengalaman saya ketika bersama keluarga di Phileo Resort And Spa Melaka. Malan-malan jalan-jalan kat Jonker Walk pun best juga.


Ikan Bakar Parameswara


Ikan Bakar Parameswara ni terletak di medan Ikan Bakar Umbai. Restoran ini berada di hujung sekali antara deretan kedai makan kat sana dan paling ramai orang menjamu selera di Ikan Bakar Parameswara ni.

map ke ikan bakar parameswara umbai melaka
Jalan nak ke Ikan Bakar Parameswara Umbai dari Phileo Resort. Guna waze le senang.

Jika anda nak menjamu selera dengan ikan bakar seperti siakap dan kerabu, anda kenalah beratur dulu untuk memilih ikan. Harga lebih murah jika di bandingkan dengan harga ikan di Port Dickson.
Beratur, ambil ikan dan sebagainya, timbang dan bagitahu nak masak macam mana. Paling famous ikan bakar bersambal yang akan di caj tambahan rm2.

ikan bakar parameswara
GST tu, masyuk kedai makan ni.

Lain-lain menu seperti tomyam dan telur, boleh order di meja makan. Oh ya sebelum beratur memlih ikan, sila dapatkan meja makan dulu sebab nombor meja nanti nak di catatkan dalam resit ikan nanti. Sebab kalau masa orang ramai seperti cuti sekolah dan hujung minggu, meja  penuh walaupun terdapat banyak bilangan meja makan kat sini.

ikan bakar umbai
Ikan bakar Umbai ni tepi laut.

Pengalaman saya sendiri, saya tunggu ikan bakat tak lama, seingat saya 15-20 minit sahaja. Ikan bakar sampai dulu sebelum tomyam dan lain.

Makan di Ikan Bakar Parameswara di Umbai ni satu pengalaman yang menarik dan tidak boleh di lepaskan. Masih teringat-ingat di kepala saya harganya yang murah dan suasana keluarga yang harmoni sambil makan makan sama ada di meja yang berbumbung ataupun yang hanya berbumbungkan langit.


Terima kasih kerana membaca Ikan Bakar Parameswara Umbai Melaka. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan