Buat duit dengan Adsense. Sudah tu ramai yang suka buat duit secara online seperti buat duit dengan adsense dan juga program-program lain seperti buat duit dengan 8share dan buat duit dengan Nuffnang. Kalau anda gunakan platform yang membuat bayaran dalam USD, maka naiklah income anda di sebabkan kukuhnya nilai USD. Pengukuhan USD ni ada baiknya untuk mereka yang menjana duit dengan Adsense.
Sedikit ringkasan tentang Adsense, Walaupun saya bukan pakar Adsense yang sebenar tetapi izinkan saya berikan sedikit ringkasan tentang Adsense ni. Adsense ni PPC ( Pay Per Click ). Anda dapat dengan Adsense, bila dah approved, ambil kod iklan letak di blog. Setiap kali visitor klik di iklan tersebut anda akan terima bayarannya. Tetapi susah nak dapat akaun adsense ni. Jadi kalau dah ada akaun Adsense, jagalah dengan baik supaya akaun anda atau blog anda tidak kena ban oleh Adsense.
Hilang keseronokkan berblog kalau takde Adsense ni. Serius saya bagitahu, Adsense memotivasikan saya untuk menulis di blog. Kalau lain-lain platfrom tiada, ok lagi tapi kalau Adsense, mungkin saya kan berhenti menulis blog.
9 Tahun Bersama Adsense
Dah 9 tahun rupannya saya bersama Adsense - jatuh bangun dengan Adsense. Banyak yang dah saya kumpulkan info mengenai Adsense ni dan telah saya kongsikan dalam blog ini seadanya.
Buka akaun adsense hari ni, tengok ada banner kat atas tuh dari google Adsense. Lain-lain perkara yang di berikan adalah cadangan untuk memperbaikki income dari Adsense.
Belum study habis lagi untuk di gunakan di blog. Katanya cadangan itu adalah hasil dari analisa google terhadap blog saya. Blog lain mungkin lain cadangannya sebab setiap blog tak sama kan.
Saya dah kongsikan pengalaman saya dengan Adsense beserta sedikit tip-tip Adsense. Perkara paling penting ialah trafik ke blog dan yang lain-lain akan menyusul. Tiada short cut kalau nak dapat duit dengan Adsense - cara yang salah akan menyebabkan akaun Adsense anda kena suspen.
Selamat beradsense. Terima kasih kerana membaca entri 9 tahun bersama Adsense.
0 Komen:
Catat Ulasan