Home » » Kenapa Perlu Hadir Jemputan Majlis / Event / Iftar / Seminar Blogger?

Kenapa Perlu Hadir Jemputan Majlis / Event / Iftar / Seminar Blogger?

Sekarang ni banyak betul jemputan untuk menghadiri majlis yang mengumpulkan blogger-blogger ataupun yang mengumpul usahawan internet yang mencari peluang-peluang untuk membuat bisnes melalui internet. tetapi ramai juga mereka yang di jemput bersikap acuh tak acuh dengan majlis-majlis seperti ini, kenapa ya?

Majlis seperti ini sangat penting jika anda mahukan sebuah kejayaan dalam dunia online ni. Memang anda tetap boleh berjaya jika bergerak secara senyap-senyap, low profile la kata orang dan memang ramai yang buat macam ni tetapi lebih baik jika anda mengenali mereke yang sealiran dengan anda.

Bergerak secara berjemaah ( networking ) sangat penting kerana setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Lagi pun tidakkah sunyi mencari rezeki sorang-sorang melalui internet tanpa mengenali kawan dan juga pesaing anda?

Kenapa Perlu Hadir Jemputan Majlis / Event / Iftar / Seminar Blogger?

Kenapa Perlu Hadir Jemputan Majlis / Event / Iftar / Seminar Blogger?

Tanpa kita pun majlis ini akan berjalan lancar seperti biasa, dengan adanya kita lagi lah meriah majlis-majlis seperti ini.

Kenapa perlu hadir?

dapat berkenalan - iya berkenalan dengan objektif masing-masing. Ada yang nak menjalinkan perniagaan online dan ada juga nak cari jodoh, iya cari jodoh apa salahnya. Bila dah kenal dan balik ke tempat masing-masing, sudah pasti anda akan bertemu kembali dengan rakan-rakan anda secara online, ini saya memang pasti. Bila dah jumpa, suasana keakraban tuh lebih berbanding jika anda tidak mengenal sesiapa. Betul tak?

mencari ilmu - jika anda hadir seminar, apa-apa seminar sudah tentu anda akan dapat segumpal ilmu untuk di bawa balilk. Seminar biasanya di kendali oleh mereka yang hebat dan berpengalaman. Apa salahnya anda menimba  ilmu dari mereka tetapi pastikan seminar tersebut sesuai dengan level anda, kalau tak, membazirkan duit je le ataupun duit tu boleh bayar yuran seminar lain.

Event pula - ini biasanya untuk anda dapat jemputan untuk review produk ke, servis ke. Kena hadir event macam ni barulah anda boleh dapat job berbayar - advertorial kecuali anda seorang yang retis, ini semua tak penting bagi anda sebab orang dah kenal anda. Anda kena bergaul dengan mereka yang sudah terlibat dalam bidang event-event ni.

Ringan-ringan diri anda, sediakan sedikit wang untuk menghadiri Jemputan Majlis / Event / Iftar / Seminar Blogger. Kedua-dua belah pihak dapat untung.


Terima kasih kerana membaca Kenapa Perlu Hadir Jemputan Majlis / Event / Iftar / Seminar Blogger?. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



2 Komen:

  1. Suka tengok blogger yang rajin 'berjemaah' ni, memang banyak idea dan boleh berkenalan dengan lebih rapat lagi..

    BalasPadam
  2. bagus le tuh, boleh bergerak maju ke hadapan. Yang tak nak pegi ni kdg2 masa tak sesuai, lokasi jauh dan event tak kena dgn diri.

    BalasPadam