Home » , » Cara nak guna tool Google Keyword Planner untuk promosi affiliate

Cara nak guna tool Google Keyword Planner untuk promosi affiliate

Panduan kali ini adalah mengenai cara nak guna tool Google Keyword Planner untuk mempromosikan affiliate seperti jobdirumah bagi menambah pendapatan sambilan anda. Seperti yang anda semua tahu, produk kerjaya seperti jobdirumah ini ialah salah satu produk laris dalam dunia affilaite Malaysia. Setiap bulan sale panduan bekerja dari rumah jobdirumah ni boleh memberikan pendapatan kepada blogger melebihi rm500 bergantung kepada jenis dan hebatnya teknik promosi seseorang blogger tersebut.
Cara nak guna tool Google Keyword Planner telah di minta oleh beberapa orang pelawat blog ini untuk saya kongsikan. Saya menggunakan keyword planner untuk memantap SEO blog yang mempromosi affiliate jobdirumah dan pulangan memang memberikan kelainan dan memeranjat saya kerana tak sangkat affiliate telah memberikan pulangan yang banyak.


Cara guna tool Google Keyword Planner


Apa yang saya kongsikan mengenai Google Keyword Planner ni mudah sahaja dan paling simple. Tak perlu nak advance sangat sebab apa yang saya cuba kongsikan ini ialah apa yang saya sendiri amalkan dan ternyata membantu saya dalam mempromosikan affiliate jobdirumah. Panduan pengunaan keyword planner ni juga adalah untuk menyokong panduan saya tentang cara betul promosi affiliate Jobdirumah.

1. Sign in di Google Keyword Planner. Kalau belum ada akaun, silalah daftar guna gmail sahaja. Biasanya google dah link keyword planner dengan gmail atau google akaun.

Google Keyword Planner

2. Bila dah sign in atau login ke Keyword Planner, anda akan di bawa ke page seperti di bawah dan anda kena klik di tempat yang saya tandakan warna merah seperti gambar di bawah. Anda nak isi ruang lain pun boleh tetapi memandangkan panduan Keyword Planner ni simple sahaja dan memang yang saya amalkan, jadi sebagai permulaan saya sarankan anda ikut apa yang saya buat dulu. 

                               guna keyword planner

3. Anda akan di minta untuk memasukkan patah-patah perkataan yang anda nak tahu keyword berkaitan dengannya. Kat sini saya buat contoh ' kerja kosong ' dan tekan butang biru ' Get idea '. Jika anda mahukan tahu tentang keyword ' jobdirumah ' anda tulis perkataan tersebut dalam ruang ini. Anda boleh pelbagai carian anda dengan menggunakan perkataan-perkataan yang seangkatan dengan jobdirumah. Tanda * yang saya buat tanda merah dalam gambar di bawah adalah untuk anda set seperti berapa carian min dalam sebulan sesuatu perkataan supaya apa yang di tunjukkan oleh Keyword Planner adalah perkataan yang banyak carian di goole sahaja. Tak semestinya anda isi setting ini. saya tak setting apa-apa kat ruang ni.


4. Lepas tu, akan keluar perkataan-perkataan yang sering di cari di google yang berkaitan dengan perkataan yang anda tulis dalam langkah 3 di atas. Saya akan klik yang mempunyai " Avg monthly searches " tertinggi untuk melihat senarai keyword yang lain. Inilah hebatnya google keyword planner untuk saya dan anda.

cara promosi affiliate jobdirumah

5. Akhirnya, akan keluar senarai keyword. Anda copy senarai keyword ni dan simpan dalam excel/word untuk anda guna sebagai rujukan semasa menulis artikel di blog. Jadikan keyword ini sebagai tajuk artikel dan masukkan di dalam artikel anda keyword ini. Sebaiknya satu artikel hanya fokuskan kepada satu keyword sahaja. Jadi anda kena menulis banyak artikel untuk berjaya di dalam mempromosikan affiliate seperti jobdirumah. Kejayaan di depan anda, anda hanya berikan masa untuk anda tulis artikel sahaja. Caranya sudah betul sebab saya dah buktikan dengan pendapatan affiliate jobdirumah yang saya dapat setiap bulan.




Itulah perkongsian saya tentang cara nak guna tool Google Keyword Planner untuk mempromosikan affiliate seperti kerja part time dari rumah dan saya telah buktikan panduan ini telah berjaya. Besar harapan saya jika anda boleh linkkan artikel ini di dalam artikel di mana anda berjaya mendapat duit daripada jobdirumah nanti. Ambil masa ( mungkin 3 bulan ) untuk menulis artikel dan rank di google dan bersaing dengan saya serta blogger yang lain dalam search engine.

Nak cuba buat duit dengan affiliate Jobdirumah? Bulan ni saya dah ada 26 sales!

SEMAK contoh kerja di jobdirumah.



Terima kasih kerana membaca Cara nak guna tool Google Keyword Planner untuk promosi affiliate. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



4 Komen:

  1. Permulaannya sedikit sukar untuk menggunakannya apabila nak buat artikel, tapi bila dah biasa ia sangat membantu untuk menyediakan keyword yang berkesan dalam penulisan.

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian anda. Penulisan menggunakan keyword sangat penting. Mengikut pengalaman saya, kalau di beri pilihan 1. update blog setaip hari dengan main tulis je vs 2. update blog 2 minggu sekali dgn keyword, saya pilih no. 2.

    Terima kasih atas perkongsian anda.

    BalasPadam
  3. memang kena google keyword untuk promosikan affiliate ni kan...

    BalasPadam
  4. memang kena guna sebab orang lain, kalau kita tak guna mungkin kita akan tewas dari segi persaingan SEO.

    BalasPadam