Info ini adalah mengenai cara daftar untuk jadi pemandu uber. Cara untuk jadi driver uber ni senang je, nak daftar senang sahaja tak memerlukan skill yang tinggi. Malah anda juga akan di berika insentif yang menarik jika anda menjadi pemadu uber. kalah grab car tuh.
Untuk daftar jadi pemandu uber, anda memerlukan beberapa dokumen penting. Nanti anda semak kat bawah. Serius saya cakap, jadi pemandu uber memang boleh menambah pendapatan anda. Uber tengah meletup kat Malaysia, jadi ini peluang baik bagi anda. Pastikan kereta anda berumur tak lebih dari 7 tahun. Maknaya kereta tak boleh yang lama la nih.
Jika anda sudah daftar jadi pemandu Uber tetapi malas nak keluar cari rider, maksudnya anda daftar jadi pemandu uber sahaja tanpa bawa rider ( penumpang ), anda masih boleh buat duit dengan Uber. Baca tips buat duit uber tanpa ambil rider kat sini.
Jika anda sudah daftar jadi pemandu Uber tetapi malas nak keluar cari rider, maksudnya anda daftar jadi pemandu uber sahaja tanpa bawa rider ( penumpang ), anda masih boleh buat duit dengan Uber. Baca tips buat duit uber tanpa ambil rider kat sini.
Cara daftar jadi pemandu UBER
Cara nak daftar pemandu uber ni taklah susah sangat. Tak perlu nak pergi kursus apa pun seperti dulu. Terdapat beberapa langkah untuk daftar jadi pemandu uber ni.
1. Anda kena sediakan 3 dokumen penting iaitu salinan softcopy ic anda, softcopy lesen memandu dan softcopy cover note insuran kereta anda. Untuk senang, anda ambil gambar ketiga-tiga dokumen ini guna smartphone anda. Pastikan terang ya dan boleh nampak nama anda dan info penting yang lain. Dokumen untuk anda upload masa daftar jap lagi ( upload tu ialah hantar dokumen-dokumen tu ke uber )
2. Anda kena daftar dengan uber secara online. Sekarang semua main online je senang sikit. Tak payah nak pergi ke pejabat uber tuh. Anda kena masuk website uber untuk daftar jadi pemandu uber. Untuk memudahkan anda, anda boleh klik link di bawah untuk daftar, sama juga.
DAFTAR UBER ONLINE ( klik sini )
3. Isikan maklumat penting diri anda seperti email dan sebagainya. bagi alamat tempat tinggal anda. Untuk pengetahuan anda, walaupun ada berada di Shah Alam ( contohnya ), anda masih boleh jadi pemandu uber di kawasan lain. Masa pendaftaran pemandu uber ni, anda akan di minta untuk memberikan 3 dokumen tadi iaitu salinan ic, salinan lesen memandu dan salinan cover note insuran kereta anda. Anda upload ke uber masa daftar.
4. Lepas itu, anda cari applikasi " Uber partner " dekat google play smartphone anda dan download applikasi tersebut. Logi Uber partner adalah seperti di bawah.
Logo applikasi uber partner |
5. Lepas tu anda log in ke applikasi uber partner yang anda download menggunakan email/ no telefon dan password yang anda berikan semasa mendaftar ( langkah 2 ). Anda kena tunggu 2-3 hari untuk pihak uber aktifkan akaun anda. dari semasa ke semasa anda on applikasi uber partner anda untuk mengetahui status anda. Hinggalah pihak uber akan menghantar email kepada anda mengatakan akaun anda telah aktif. Contoh email dari uber:
Email dari uber tentang akaun uber yang telah diaktifkan |
6. Anda ready untuk jadi pemandu uber dan mula membuat duit dengan menjadi pemandu uber,
Itulah langkah-langkah untuk mendaftar sebagai pemandu uber. Senang je nak dapat customer dan anda boleh juga buat secara part time. Untuk rider / penumpang pula, anda boleh baca cara daftar aplikasi uber dan cara guna appliaksi uber untuk rider / penumpang.
Berminat? Anda boleh daftar pemandu uber hari ni juga.
DAFTAR jadi pemandu UBER ( klik sini )
Entri yang menarik...saya temui laman web ini dari forum luar. hebat cerita perkongsian & pengalaman. saya akan mengesyorkan laman web ini untuk kawan-kawan saya di luar sana.
BalasPadamterima kasih tuan.
Padambagus info., nnti leh ngeteh ;p
BalasPadamhttp://teksisapucarimakan.blogspot.my/
wah, pemandu uber ke nih.
Padam