MAJURO, Kepulauan Marshall - Seorang nelayan El Salvador yang terkandas di laut bersyukur kepada Tuhan kerana dia masih hidup sejurus tiba dengan sebuah bot polis di sini semalam setelah dia hanyut di atas bot lebih setahun.Nelayan berusia 37 tahun itu, Jose Salvador Albarengo berkata, dia minum darah penyu dan menangkap ikan dan memakannya mentah- mentah serta burung dengan tangan kosong untuk terus hidup.Albarengo memberitahu pemberita akhbar MailOnline, dia juga meminum air kencingnya sendiri kerana ketiadaan air bersih.
Albarengo ditemui dalam keadaan kusut masai dan berambut panjang di sebuah pulau terumbu karang dekat sini pada Khamis lalu. Dia dipercayai hanyut selama 16 bulan.
Dua orang lelaki menemuinya selepas bot Albarengo sepanjang 7.3 meter terdampar di pulau tersebut yang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Ebon Atoll.
Dia kemudian dihantar ke sini dengan menaiki sebuah bot polis.