Apa itu adwords?

thumbnail
Pemasaran adwords. Pernah dengar tak  buat marketing dengan adwords? Ada yang pernah dengar daa ada yang belum pernah dengar pasal adwords ni. Adwords ni konsepnya senang sahaja – pemasaran melalui enjin carian google.

Adwords ni adalah sejenis teknik pemasaran online melalui enjin carian google dan berbayar. Maknanya kita kena bayar kat google supaya blog kita ada di bahagian iklan dalam carian google.

Bahagian iklan ni berada di atas, tepi dan bawah hasil carian google. Iklan adwords ni akan muncul pada kumpulan sasaran tertentu bergantung kepada keywords yang di cari. Keliru tak? Takpe baca seterusnya maklumat lanjut pasal pemasaran adwords ni.

Fakta pemasaran adwords


Tidak semua produk sesuai dengan adwords di sebabkan kos yang di kenakan untuk melanggan pemasaran adwords nih. Paling sesuai ialah program affiliate bermusim seperti produk-produk kerjaya.

tutorial adwords
Apa itu adwords



Pemasaran adwords ni memang berkesan kerana mendapat sokongan google. Maknanya di sebabkan ini ialah produk google, jadi jangan risau tentang nak beriklan dengan google kerana google selalu bagi yang terbaik untuk pelanggannya.

  • Cara buka akaun adwords – senang sahaja nak buka akaun adwords. Pergi ke login adwords, daftar secara percuma sahaja yer untuk dapatkan akaun google adwords nih. Cara nak buka akaun adwords ni pun senang sahaja, semua orang boleh buka sebab tiada syarat ketat untuk mendapatkan akaun adwords untuk pemasaran internet.
  • Cara setting iklan dalam adwords – iklan dalam pemasaran adwords kita kena setting sendiri, senang je nak setting sebab google sentiasa bagi yang terbaik untuk pelanggannya. Pilih keywords yang sesuai dan jangan lupa, letakkan sekali no telefon supaya senang di hubungi oleh bakal pelanggan produk yang di promosikan melalui pemasaran adwords itu tadi. Maklumat lanjut boleh di perolehi di cara setting adwords dengan kos murah yang telah ramai di perolehi oleh pakar-pakar affiliate bermusim di Malaysia.
  • Kos pemasaran adwords – kos pemasaran adwords ni bergantung kepada kita sendiri nak letak harga berapa tetapi berbaloi sebab kita hanya di caj apabila ada klik terhadap blog yang kita promosikan sahaja. Jika orang tak klik, kita takakan di caj. Biasanya yang klik tuh ialah kumpulan sasaran kita jadi kemungkinan belian akan di buat adalah tinggi. Sebagai perbandingan kos dengan jumlah jualan, boleh di katakankos rm300 boleh dapat jualan rm5000. Ini anggaran sahaja supaya korang boleh Nampak nisbah kos dengan jumlah jualan produk.


Pemasaran adwords ni sangat berkesan tetapi kita kena tahu guna supaya kita boleh kawal kosnya. Kita boleh set bila ikla kita nak aktif dan sebaliknya – macam nil ah cara kita nak control kos. Sebab tu saya katakana pemasaran adwords ni sesuai untuk affiliate bermusim.

Komisen Lazada MyCyberSALE!

thumbnail
Ada banyak cara buat duit online ni kan. Korang pun tahu kan cuma belum cuba lagih. Mungkin ada yang cuba pelbagai cara. Ada yang berjaya dab ada yang tidak berjaya buat duit part time online. Sabar ler, nak cari duit ikut internet nih kena sabar sebab belum jumpa caranya lagih yang sesuai dengan korang.

Dalam entri ni saya nak dedahkan, saya nak bongkar sikit salah satu cara yang agak baru bagi saya untuk buat duit online nih iaitu buat duit dengan lazada! Iya lazada, betul lah tuh, tempat beli barang-barang tuh terutamanya barang elektronik dan smartphone/tablet.

Buat duit dengan Lazada


Boleh ke buat duit dengan lazada nih? Siapa yang pernah dapat duit dari lazada. Saya pun belum terjumpa dalam blog-blog yang boleh dapat banyak duit dari lazada ni. Sebab komisen dia bagi tak banyak, tak macam jual ebook boleh pergi sampai 50% daripada harga ebook.

[+] Tips Buat Duit Dengan Lazada.

komisen lazada
Komisen buat duit dengan Lazada. Join percuma jer.

Dengan produk lazada ni, komisen 6% - 9% kalau tak silap ler, bergantung kepada jenis barang. Kalau gajet macam smartphone dan aksesori tuh, 6% jer ler. Oklah tuh kan sebab produk-produk cam tuh banyak permintaannya kat pasaran.

Cara nak dapat komisen Lazada


Sekarang ni pulak ada #MyCyberSALE kat lazada, lagi lah meriah. Saya pun terkejut dengan jumlah sale yang masuk. Tak pernah dapat sale sesenang nih.

#Mycybersale nih habis hari nih.. sempat lagi kalau korang nak join dan promosi hingga malam nih.

Korang boleh start daftar dengan lazada dulu untuk dapat komisen

---- > daftar percuma lazada

Lepas daftar korang boleh leh cari mana-mana produk lazada yang korang rasa nak beli ( biasanya orang lain pun nak beli benda yang sama ) dan start promote lah. Kat mana pun boleh - blog dan media sosial. Kalau nak baca pengalaman saya dengan lazada, boleh baca tip buat duit dengan lazada.

Bila-bila pun korang boleh promote tetapi untuk #MyCyberSALE nih, sale senang nak dapat. Sebab katanya harga murah. Jadi hingga tengah malam-malan, boleh berusaha segigihnya untuk dapat komisen lazada.

Selamat berusaha.