Foto Artis Kita Di Dukung Mat Saleh??

thumbnail
Jawapan Yana Samsudin isu foto didukung lelaki mat salleh - Kecoh sedikit hari ini apabila sekeping foto Yana Samsudin sedang erat didukung oleh seorang lelaki mat salleh berbadan sasa telah tersebar di internet. Foto itu dimuatnaik di laman Instagram milik Yana dan menerima kecaman hebat dari sebahagian pengikutnya.

Sebagai respon kepada kecaman yang dilemparkan, Yana memberitahu amat kecewa dikritik tanpa mengetahui perkara sebenar. Katanya, ketika itu kakinya terseliuh dan tidak boleh berjalan langsung. Jadi, dia terpaksa meminta bantuan lelaki yang kuat untuk menolongnya.

TMJ Cuba Jawatan Presiden FAM

thumbnail
Persaingan merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) penggal 2014-2018 akan melibatkan persaingan tiga penjuru pada kongres yang akan diadakan 25 Mei ini.
Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah akan dicabar Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 
Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM di Kelana Jaya hari ini.

alt

Sementara itu, tiga calon juga akan bertanding untuk merebut dua kerusi timbalan presiden iaitu dua Naib Presiden FAM ketika ini, Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Seri Afandi Hamzah serta Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad. 
Dalam pada itu, lapan calon akan bertanding merebut empat jawatan naib presiden, 22 calon bertanding merebut lapan jawatan exco lelaki dan sembilan calon merebut dua jawatan exco wanita.