Unit Trust Public Mutual

thumbnail
Untung ke melabur dalam unit trust Public Mutual? Jeng jeng jeng. Kalau Tanya ejen unit trust memang untung je memanjang. Kat Malaysia ni, yang saya tahu banyak yang sediakan unit trust ni dan yang paling popular ialah Public Mutual dan CIMB Unit Trust.

Unit trust yang teramai pelaburnya ialah  unit trust Public Mutual oleh Public Bank. Unit trust ni bukan skim cepat kaya yer. Ramai yang fikir unit trust ni macam skim cepat kaya kan, salah tuh. Unit Trust p  ni lain skit caranya.

Secara ringkas, konsep unit tust ni ialah pelabur akan membeli dana-dana dalm unit trust. Duit terkumpul dalam dana tersebut akan di gunakan untuk membeli saham-saham syarikat yang berprestasi tinggi sepeti Shell, Maxis dan Celcom. Haa… Nampak tak konsepnya. Tetapi unit trust ni ada kos nya setiap tahun.

Buat duit dengan unit trust, boleh percaya ke?

thumbnail
Buat duit dengan unit trust. Mesti korang pernah dengar unit trust kan? Masa belajar belum dengan lagi unit trust nih, tapi kalau dah kerja setahun dua, mesti ada orang akan bagitahu tentang melabur dalam unit trust, sama ada unit trust CIMB atau public mutual kan. Tapi tahukah korang berapa keuntungan sebenar kalau melabur dalam unit trust di Malaysia nih? Bagi yang dah melabur, adakah korang faham apa yang terkandung dalam penyata yang di hantar dua kali setahun nih. Mesti ramai yang samar-samarkan walaupun pelaburan melalui wang kwsp mencecah rm40k. Tak gituh. Selain melabur dalam pembelian hartanah yang memerlukan banyak modal, apa kata cuba unit trust pula. Kita kena faham dulu asas-asas unit trust nih baru best melabur.

Soalan yang perlu tanya


Sebelum melabur dalam unit trust, kita kena pilih unit trust mana satu nak melabur ni? CIMB atau public mutual. Ramai rakyat Malaysia melabur dalam public mutual oleh public bank. CIMB tuh baju jer naik kalau banding dengan public mutual. Saya cadangkan, laburlah dalam public mutual.

Bila di dekati oleh ejen unit amanah ni, jangan le lari. Diorang akan cuba terangkan kepada kita tentang unit amanah. Tetapi kebanyakkannya tak terror sangat, bagi yang senior terror le. Kalau nak tahu lebih lanjut, minta jumpa supervisor yang terangkan sebab yang baru-baru jadi ejen unit trust ni, supervisor yang panduan camne nak buat.

tip melabur unit trust
Berbaloikah melabur dalam unit trust?

Banyak soalan boleh di tanya, saya kongsikan kat bawah nih hanya tiga soalan untuk rujukan melabur dalam unit trust di Malaysia:

Keuntungan sesuatu dana
Cuba tanya sejarah keuntungan sesuatu dana unit trust. Jangan tanga keuntungan untuk setahun sahaja, ambik info sejak dana tersebut di terbitkan, mungkin dana tersebut dah 10 tahun kat pasaran. Minta purata keuntungan dana tersebut. Bagi dana yang agresif, keuntungan boleh cecah 20% setahun dan kerugian juga boleh jadi negetif 20%, ingat tuh. Jangan terpedaya dengan angka-angka ini. Lihat juga tarikah atau dah cukup setakat tahun penubuhan dana unit trust.

Islamik ke tidak
Kebanyakkan dana unit trust yang di cadangkan kepada orang Islam ialah dana islamik. Ini bermakna dana tersebut di laburkan dalam syarikat-syarikat yang di sahkan halal. Dana islamik pun untung gak kekadang lebih banyak dari yang tak islamik.

Kos yang terlibat
Nak melabur dalam unit trust nih, terdapat kos yang terlibat dan perlu di bayar setiap tahun. Kita tak nampak sebab kos tersebut telah di tolak awal-awal daripada keuntungan dana. Masa nak mula-mula melabur pun, terdapat kos yang kena bayar. Pelaburan tunai unit trust kena kos lagi tinggi daripada pelaburan kwsp.

Banyak info tentang cara melabur dalam unit trust nih, nanti saya kongsikan dalam entri lain plak.