Home » » ASB vs Dana Patuh Syariah Public Mutual – Mana Lebih Islamik?

ASB vs Dana Patuh Syariah Public Mutual – Mana Lebih Islamik?

This time I'd like to discuss this one very popular issue yang slalu
ditanya oleh clients since my first day of becoming an agent. Famous
sungguh issue ni, se-famous issue Fasha Sandha vs Nora Danish. So, as a
consultant, I can only answer and bagi my opinion based on my findings. To
be honest, I'm not the one yang layak untuk mengulas tentang hukum
muamalat. But today, I nak ajak all my readers untuk kita sama-sama,
renung-renung and fikir-fikirkan isu ni..

AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)


1. First and foremost, if kita teliti betul-betul the annual report, takde
satu pun perkataan 'syariah' atau 'shariah' yang di mention dalam report
tersebut. Bahkan, takde panel syariah yang terlibat yang dinyatakan in any
part of the ASB Annual Report 2009.
(Source: ASB Annual Report 2009)


2. Majlis Penasihat Shariah is the responsible entity dalam mengenalpasti
dan menentukan sesebuah kaunter atau dana pelaburan itu ok atau tak untuk
disertai oleh umat Islam. In this case, ASB tidak pernah dibincangkan oleh
Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti. And because of that, ASB
tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas statusnya.
(Source : Perbincangan Hukum Pelaburan ASB)


3. Sebahagian daripada modal dana telah dilaburkan ke kaunter-kaunter yang
tak patuh shariah seperti pelaburan ke atas bank-bank konvensional. British
American Tobacco (Malaysia) Berhad pula adalah among the top 20 pelaburan
terbesar yang dibuat. This company has been classified as non-shariah
compliant.
(Source: ASB Annual Report 2009)


4. Prestasi ASB diukur dengan penanda aras KLIBOR-3 bulan dan FTSE KLCI,
dan bukan berdasarkan FTSE Bursa Malaysia Emas Shariah.
(Source : ASB Annual Report 2009)


5. Majlis Fatwa Kebangsaan telah menyatakan hukumnya HARUS di mana hujah
utama Majlis Fatwa adalah 'Maslahat'. Ini beerti Majlis Fatwa bukannya
mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia
diluluskan atas dasar 'Maslahat' atau kepentingan ramai. This is because
ramai orang yang terlibat dan jumlah wang yang terlibat begitu besar.
(Source: http://www.zaharuddin.net)


DANA-DANA ISLAMIK @ PUBLIC MUTUAL


1. Public Mutual has appointed ZI Shariah Advisory Sdn. Bhd. as the Shariah
Adviser untuk dana-dana Islamik Public Mutual. ZI Shariah telah ditubuhkan
untuk menyediakan khidmat nasihat berkenaan undang-undang Islam kepada
clients both in Malaysia and abroad. It aims to fulfill the need for
distinctive, informed Shariah-related councel particularly in the areas of
perbankan dan kewangan Islam, as well as in wealth management. ZI Shariah
telah mendapat pengiktirafan from Securities Commission sebagai Shariah
Adviser yang diluluskan untuk Sukuk issuances.


As the Shariah Adviser, the role of ZI Shariah is to ensure that the
operations and investments of the funds are in compliance with the Shariah
requirements at all times. The Shariah Adviser mengkaji semula pelaburan
dana on a monthly basis to ensure compliance with Shariah requirements at
all times dan mengadakan mesyuarat dengan Pengurus Dana on a quarterly
basis untuk mengkaji semula dan memberi nasihat on the funds' compliance
with Shariah requirements.


2. Dana-dana shariah dinyatakan clearly dalam Master Prospectus, as well as
in the Quarterly Fund Review and have been certified as being shariah
compliant by the Shariah Adviser appointed for the funds.


3. Prestasi dana diukur dengan penanda aras berdasarkan FTSE Bursa Malaysia
Emas Syariah.


4. Apabila Muslim investor melabur dalam dana-dana patuh shariah, para
pelabur Muslim tidak digalakkan untuk melakukan pemindahan unit or fund
switching daripada dana-dana Islamik kepada dana-dana konvensional. Ini
bertujuan untuk mengelakkan percampuran pelaburan dan memastikan bahawa
pendapatan yang diperolehi adalah daripada dana-dana patuh shariah sahaja.


5. Pengurus dana tidak akan membayar zakat ke atas dividend yang diperolehi
bagi pihak pelabur but pihak pengurus dana encourages para pelabur untuk
membayar sendiri zakat ke atas keuntungan pelaburan. This means that
pendapatan tersebut adalah halal dan boleh dibayar zakat.


(Source : Master Prospectus of Public Series of Shariah Based Funds)


Lastly, as I mentioned earlier on, Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti
Malaysia is the entity yang bertanggung jawab dalam mengenalpasti dan
meletakkan fatwa berwibawa untuk menentukan sesebuah kaunter atau dana
pelaburan itu halal disertai oleh umat Islam atau tak. So, please click
here to view the list of investments yang patuh syariah dan di pantau oleh
panel syariah yang berwibawa. And with that I hope kita semua boleh buat
penilaian sendiri and buat wise decisions demi kesejahteraan dunia dan
akhirat, Insya Allah..


Terima kasih kerana membaca ASB vs Dana Patuh Syariah Public Mutual – Mana Lebih Islamik?. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan