Kali ni aku nak kongsi sikit cara nak redeem treatpoint Maybank dengan barang-barang yang korang nak ler seperti smartphone, peralatan elektrik, jam dan banyak lagi kategori melalui dua portal nih iaitu redeem melalui maybankard atau melalui superbuy.my. Sebelum ni aku dah redeem Samsung Galaxy S3 Mini secara percuma dan dah selamat aku guna sekarang ni. Kali ni pulak aku redeem kat superbuy.my sebab nampak macam treatpoint yang di gunakan rendah skit.
Cara Redeem Treatpoint Maybank - Lenovo A706
Lepas semak point aku, tadi aku redeem smartphone Lenovo Mobile A706 seperti gambar bawah yang berharga ( kalau beli online ) RM589 kat superbuy.my. Aku semak kat lazada harga rm619. Ok yang ni memenuhi selera aku dan cukup dengan treat point yang aku ada sekarang nih. Untuk smartphone Lenovo Mobile A706 perlu 153,500 treatpoint. Point-point ni aku dapat banyak daripada penggunaan kredit kad maybank ( aku mengeletar kalau tak bleh guna kredit kad, macam korang kalau tak bleh buka facebook, cam tu ler rasanya ).
Mula-mula pilih barang di superbuy.my:
Detail dari maybank |
Kat sini kena tunggu sikit pengesahan dari maybank, dalam 2 minit cam tuh, kalau berjaya, akan keluar status: Successful seperti di bawah:
Status redeem online |
Resit dari superbuy. |
Juga maklumat detail akan di hantar ke email, tak perlulah korang print resit nih sebab dah ada copy di email.
Maklumat yang di hantar ke email |
Dekat ofis aku pun member banyak gak redeem point maybank ni sebab guna kad kredit. Selain kad kredit takda cara lain ke nak kumpul point?
BalasPadamguna kredit kad paling cepat naik point, selain tu guna transaksi bayar bil kat maybank2u boleh point jugak, tapi cam siput le nak jadi byk sbb bayar bil tak banyak bulan2.
PadamDah lama aku guna kad kredit tak pernah dapat redeem point dapat barang percuma. Tapi aku tidak guna kredit kad maybank aku guna public bank stat 2004 lagi. Memang pengguna bijak En. Arman ni.
BalasPadamsebab nama Arman, tu yg bijak skit tuh..
PadamKawe redeem point Bonus Link jer.. Tak de Maybank CC.
BalasPadamkena cuba survey2 skit nih, kalau guna cc kat shell, dua-dua kad boleh collect point, cc boleh, bonuslink pun boleh.
Padamselalu redeem setahun sekali kat Treatfais kat Midvalley je..itupun suami yg punya...
BalasPadambagus gak situh, tapi yg tak bestnya, nak masuk... fuhh penuh berlanggar-langar bahu le kata org.
Padamtak dapat ler puteri nak redeem point...hehe
BalasPadamboleh tuh, pilih dan guna cc secara bijak skit.
PadamSeronok jugak tabat treatpoint nie.. dapat tebus untuk electronic gadget
BalasPadamkalau pakai debit card tak boleh ke?..hu3
BalasPadamboleh je, tapi point lambat naik. cari cc yg rm1=5 point, baru cpt byk point tuh
Padamada pakai bonus link sahaja huu... maybank slu shop kain ke kamandar
BalasPadamsaya x pakai lagi maybank
BalasPadamcer try maybank2card.. pasti berbaloi
Padamden dah lama tak gune maybank ini pasni ni nak active blik ramai gak pakai maybank
BalasPadamkena cepat skit tuh
PadamOh, baru tau boleh redeem TreatPoint dekat Super Buy. Biasanya redeem kat Sogo jer. Hehe...
BalasPadamsuperbuy.my boleh, maybankard.net.my boleh. Cuba tgk point yg di perlukan, kekdg produk sama, jumlah point lain
Padamfuhh..mana hang dapat treatpoint banyak-banyak tu wehh..
BalasPadamaku tuang minyak banyak2, rm1=5 point
Padamkena tuang minyak banyak-banyak juga la mcam ni. boleh buat redeem point juga.
PadamLama tak redeem dari maybank ni,huhu mesti banyak point rasanya
BalasPadamHaha..nilah puncanya yang membawa kepada Lenovo A706 percuma tu ekk..haha
BalasPadambetul tuh
Padamsalam....kalau guna kad debit (cherry) bole redeem points?
BalasPadamyg ni saya tak pasti tuan, kena semak masa apply kad kredit dulu
PadamSalam semua, encikarman biasa guna stesen minyak mana dapat 5 point =RM1, kat PETRON dapat ke?, saya baru guna Maybank2card..
BalasPadamtengok stesyen minyak yg boleh guna amex card. gunakan dihujung minggu. dapat lagi rebet tunai.
BalasPadam