Home » » Gambar Kereta Terbaru Lee Chong Wei | Ferrari F430 (BLG 1)

Gambar Kereta Terbaru Lee Chong Wei | Ferrari F430 (BLG 1)

Beberapa keping gambar tersebar di Internet menunjukkan bahawa pemain badminton perseorangan nombor satu dunia dari Malaysia, Dato Lee Chong Wei baru-baru ini membeli sebuah kereta sport mewah baru iaitu Ferrari F430 berwarna putih. Ferrari F430 ini dikuasakan oleh enjin V8 4.3L dan mempunyai kuasa kuda melebihi 480.
Kereta sport mewah ini mampu melakukan 0-100km dalam 4 saat dan ia mencapai had laju tertinggi 315km/j. Kereta ini dianggarkan bernilai RM1.6 juta. No Plate BLG 1 telah dibida sebanyak RM69,100 oleh Lee Chong Wei untuk dipakai pada kereta terbarunya ini.
Dato Lee Chong Wei yang baru berusia 29 tahun turut memiliki sebuah kereta sport Nissan GT-R R35 (dipercayai telah dijual untuk membeli Ferrari F430), BMW X6 Coupe dan Proton Inspira 2.0 yang merupakan hadiah dari pengeluar kereta untuk memberi penghormatan kepada pencapaian beliau.
Di bawah adalah gambar kereta sport Nissan GTR R35 milik Lee Chong yang dipercayai telah dijual.


Terima kasih kerana membaca Gambar Kereta Terbaru Lee Chong Wei | Ferrari F430 (BLG 1). Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan