ALIYA sering menggaru dan mengopek bintik-bintik kecil yang tumbuh di sekitar mukanya. Bukan hanya gatal malah bintik itu mengeluarkan nanah, darah dan ada kala, cecair jernih.
Pasti ramai pembaca mengalami nasib seperti Aliya. Simptom sebegitu biasa dialami remaja. Ia dikenali sebagai jerawat.
Jerawat adalah antara penyakit kulit yang paling biasa dihidapi remaja lingkungan usia 20-an ke atas. Pun begitu, golongan dewasa berusia 40-an juga berisiko mengalami masalah ini.
Jerawat adalah antara penyakit kulit yang paling biasa dihidapi remaja lingkungan usia 20-an ke atas. Pun begitu, golongan dewasa berusia 40-an juga berisiko mengalami masalah ini.
Jerawat secara amnya adalah fenomena biologikal yang terjadi pada kulit akibat masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak pada kulit manusia.
Ia sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi, hampir 50 jenis jerawat menjadi masalah kepada lelaki dan wanita.
Ia juga masalah kulit yang berlaku pada pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan normal.
Perunding kulit dan estetik Klinik Pakar Kulit Ko, Dr Thean Pooi Yee, berkata kecenderungan timbulnya jerawat di kalangan individu disebabkan beberapa faktor terutama tekanan, hormon tidak seimbang dan pemakanan.
"Walaupun tidak mengancam nyawa, jerawat boleh mengecewakan dan mencacatkan. Ia boleh bertahan bertahun-tahun dan menyebabkan kedua-dua fizikal dan psikologi terganggu.
"Dalam kajian mengenai kualiti isu kehidupan, jerawat mempunyai kesan besar terhadap fungsi sosial dan kesejahteraan emosi," kata Dr Thean, baru-baru ini.
Jerawat boleh dirawat dengan krim atau gel, antibiotik lisan, pil isotretinoin, laser dan rawatan sinaran. Selain itu, pelbagai jenis parut jerawat boleh dikurangkan dengan pelbagai pilihan rawatan termasuk rawatan laser.
Jenis-jenis jerawat
Apabila ini berlaku, maka whiteheads akan muncul dengan banyaknya sambil merancakkan pertumbuhan jerawat yang ketara.
Tips elak pertumbuhan jerawat:
Terima kasih kerana membaca Jerawat jejas emosi, kualiti hidup. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.
« Previous
« Prev Post
« Prev Post
Next »
Next Post »
Next Post »
0 Komen:
Catat Ulasan