Halsey menerima mesej berbaur penghinaan mengenai penyakit barah kerongkong yang dihadapinya apabila United menang 2-1 di Anfield serta penyingkiran pemain Liverpool, Jonjo Shelvey.
Salah satu mesej menerusi akaun bernama àjohnwareing1 menyebut: “Saya berharap Mark Halsey mendapat kancer semula dan meninggal dunia".
Manakala satu lagi mesej dari àlfcjohn259 menyebut: “Mark Halsey sepatutnya maut kerana kanser."
Halsey kembali menjadi pengadil pada Mac 2010 dan pegawai dari Professional Game Match Officials Limited (PGMO) dalam satu kenyataan berkata: “PGMO amat memandang berat sebarang 'serangan' tidak bertanggungjawab terhadap pegawai kami sama ada ketika di stadium atau di luar.
“Perkara yang menjadi tumpuan sekarang ialah keselamatan Mark dan keluarganya." - AFP
0 Komen:
Catat Ulasan