Home » » Apek mengaummm... aummm.. aummm

Apek mengaummm... aummm.. aummm

ADA pesanan penting yang mahu disampaikan penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat kepada rakan-rakan sepasukannya menjelang aksi pembukaan menentang Qatar pada kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Doha, 6 Februari ini.Menyedari Harimau Malaya tempang selepas kehilangan enam tonggak utama yang dibelenggu masalah kecederaan, Khairul berharap rakan-rakan sepasukannya membentuk persefahaman jitu dalam masa terdekat.
 
Esok, Harimau Malaya berpeluang menguji kekuatan sedia ada apabila dijadualkan menentang Iraq pada aksi persahabatan di Doha."Umum mengetahui bahawa ramai pemain cedera dan ada pemain-pemain (yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan) kembali diserapkan, antaranya Amri Yahyah.
"Dalam masa suntuk ini, kami harus mencari keserasian dengan cepat sebagai persediaan terbaik sebelum bertemu Qatar," jelas Khairul kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin.
Enam pemain yang dibelenggu masalah kecederaan ialah Mohd. Safee Sali, Wan Zack Haikal Wan Nor, Norshahrul Idlan Talaha, K. Gurusamay, Gary Steven Robbat dan Mohd. Bunyamin Umar.
Mengulas pertemuan menentang Qatar, Khairul sedar kekuatan pasukan lawan itu yang sudah pasti menampilkan hantaran bola tinggi.
 
"Pada pendapat saya, kami harus memberikan perhatian kepada hantaran bola tinggi ketika menentang pasukan seperti Qatar."Ini kerana (hantaran) bola tinggi adalah kelebihan mereka dan apa yang pasti, kami harus memberi cabaran lebih agresif memandangkan pemain-pemain Qatar memiliki fizikal yang lebih tinggi," katanya.Sementara itu, pemain sayap Pahang, Azamuddin Akil mengakui yang dia teruja untuk beraksi buat kali pertama di pentas Piala Asia 2015.
 
Azamuddin kini nekad untuk membalas kepercayaan Rajagobal dengan mempamerkan persembahan cemerlang selain berusaha menampung kehilangan pemain sayap lincah Selangor, S. Kunanlan.
"Setiap pemain kini begitu bersungguh untuk bermain dan saya juga sangat teruja kerana ini merupakan aksi Piala Asia pertama saya sepanjang beraksi bersama Harimau Malaya.
"Pada saya, tiada masalah untuk bermain di posisi Kunanlan kerana ketika bersama Pahang, saya sudah biasa beraksi di sayap kiri," katanya.



Terima kasih kerana membaca Apek mengaummm... aummm.. aummm. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan