Home » » Peluang beli beg produk halal RM1

Peluang beli beg produk halal RM1

SUNGAI PETANI – Pengunjung Karnival Halal Kedah 2013 di pekarangan tempat letak kereta Amanjaya Mall di sini berpeluang membeli beg berisi produk halal pada harga RM1 sahaja sepanjang tiga hari karnival berlangsung.
Beg berkenaan hanya boleh dibeli di khemah pameran DagangHalal.com di tapak karnival.
Pengurus Usahawan karnival, Ahmad Bukhari Abu Bakar berkata, beg khas itu mengandungi makanan ringan, minuman kopi, vitamin dan kosmetik.
"Aktiviti jualan murah@RM1 ini bertujuan memberi peluang kepada pengunjung memperoleh produk halal pada harga murah," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Selain itu, katanya, sebanyak 84 tapak pameran dibuka melibatkan 90 pemamer daripada agensi kerajaan, industri dan institusi kewangan menawarkan pelbagai produk makanan, perkhidmatan, busana dan perbankan.



Terima kasih kerana membaca Peluang beli beg produk halal RM1. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan