Home » » Huawei lancar telefon paling nipis minggu depan

Huawei lancar telefon paling nipis minggu depan

Shanghai: Syarikat telekomunikasi China, Huawei akan melancarkan telefon pintar baru Selasa depan bagi meningkatkan saingan kepada pemain utama industri seperti Apple dan Samsung. Huawei akan memperkenalkan Ascend P6 di London dalam satu daripada pelancaran telefon pintar terbesarnya tahun ini, kata jurucakap Huawei Roland Sladek.
Langkah berkenaan adalah penting kerana ia menandakan pelancaran global yang dibuat di luar negara asal Huawei, China dan ia akan menjadi acara persendirian, bukan lagi seperti pelancaran terdahulu yang dibuat pada pameran perdagangan industri, katanya.


Lokasi pelancaran adalah di Londons Roundhouse yang sebelum ini pernah menjadi lokasi bagi persembahan ikon rock seperti Jimi Hendrix dan Pink Floyd, lapor Dow Jones Newswires.

Telefon berkenaan direka dengan sangat baik, dan ia adalah satu antara telefon paling nipis di dunia, kata Sladek.

Sudah pasti ia akan bersaing dengan Apple tetapi ia lebih daripada itu kerana peranti ini akan mencari pengguna yang mahukan sesuatu yang bergaya dan moden, katanya.

Terpalit kontroversi
Bermula sebagai penyedia peralatan rangkaian telekomunikasi, Huawei membuat kemunculan dalam peranti mudah alih dengan menjual telefon pintar di bawah jenamanya sejak tiga tahun lalu.

Syarikat berkenaan yang diasaskan bekas jurutera tentera China, menyebabkannya terpalit kontroversi di luar negara kerana ramai menganggap syarikat itu adalah wadah tentera China untuk mengintip.

Kongres Amerika Syarikat (AS) tahun lalu memberi amaran peralatan rangkaian yang dibekalkan Huawei boleh digunakan untuk tujuan pengintipan dan badan berkenaan meminta kontrak dan pengambilalihan daripada kerajaan ditamatkan.

Huawei menafikan dakwaan berkenaan dan mendakwa kerajaan AS mengamalkan sikap perlindungan melampau.

Dalam segmen telefon pintar yang sangat sengit di China, Huawei memegang 10.1 peratus penguasaan pasaran dalam suku pertama tahun ini, lebih tinggi daripada Apple yang menguasai 6.4 peratus, menurut firma perunding, Analysys International.

Samsung dari Korea Selatan adalah peneraju pasaran telefon pintar di China dalam tempoh berkenaan dengan 17.3 peratus, menurut data berkenaan


Terima kasih kerana membaca Huawei lancar telefon paling nipis minggu depan . Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan