Home » » Perodua jimat 30% kos

Perodua jimat 30% kos

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) komited untuk mengurangkan kos pengeluarannya sehingga 30 peratus menjelang 2016 bagi membolehkannya memberikan lebih nilai kepada pembeli kenderaannya.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata program pengurangan kos yang bermula sejak 2011 itu berjaya mengurangkan kos syarikat itu sebanyak 12 peratus setakat tahun lalu.
Penjimatan itu, katanya sudah pun dipindahkan kepada pembeli kenderaan PERODUA menerusi tawaran pakej penjimatan antara RM4,500 hingga RM5,600 dalam bentuk peningkatan spesifikasi kenderaan serta servis percuma.


Pelancaran PERODUA S-Series pada Mac lalu adalah penzahiran kepada kejayaan program pengurangan kos yang membolehkan syarikat memberikan pelanggan kenderaan bernilai hebat untuk wang mereka, di samping servis percuma selama tiga tahun, katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Aminar Rashid berkata, sejak pelancaran varian S-Series, PERODUA menerima tempahan sebanyak 45,000 unit, yang mana 32,000 unit sudah didaftarkan dan diserahkan kepada pelanggan

Katanya, ia membantu PERODUA merekodkan jualan sebanyak 82,000 unit untuk tempoh lima bulan pertama tahun ini, meningkat daripada 77,000 unit pada tempoh sama tahun lalu.

Tawar rebat
Beliau berkata, selain pengenalan varian S-Series dan program servis percuma selama tiga tahun, PERODUA baru-baru ini juga melancarkan satu lagi kempen dinamakan 'Terima Kasih, Cikgu' yang disasarkan khusus untuk
golongan pendidik di negara ini.

Katanya, kempen itu yang menawarkan rebat RM1,000, insurans kemalangan peribadi bernilai RM20,000 serta kadar faedah sewa beli yang kompetitif mendapat sokongan menggalakkan.

Sejak kempen itu dilancarkan pada 16 Mei lalu, kami menerima 1,074 tempahan dan 530 unit pendaftaran, katanya.

Pada sidang media itu Aminar Rashid turut menjelaskan bahawa penurunan harga kereta yang dimaksudkan dalam laporan sebuah akhbar baru-baru ini merujuk kepada pengurangan kos pemilikan bagi kereta PERODUA, bukannya harga jualan.

Perluas pusat servis

Beliau berkata, pengurangan itu juga sebenarnya adalah merujuk kepada peningkatan nilai yang ditawarkan oleh PERODUA kepada pelanggannya menerusi pengenalan varian S-Series yang menampilkan beberapa ciri nilai ditambah serta pakej servis percuma tiga tahun.

PERODUA juga telah memperluaskan servis percuma tiga tahun untuk varian S-Series itu kepada semua model kenderaan kami sempena ulang tahun ke-20 penubuhan tahun ini, katanya


Terima kasih kerana membaca Perodua jimat 30% kos. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan