Home » » Huawei mahu atasi Apple, Samsung

Huawei mahu atasi Apple, Samsung

Singapura: Syarikat telekomunikasi dari China, Huawei mahu mengejar dan mengatasi penguasaan dua pemain utama industri, Apple dan Samsung, selepas buat kali pertama melancarkan peranti pintar sendiri. Huawei kelmarin yang melancarkan Ascend P6 di sini selepas pelancaran global di London, yakin telefon pintar ternipis keluarannya itu akan membantu syarikat mengejar populariti Samsung dan Apple. "Biasanya saya tidak mengulas mengenai pesaing, tetapi produk kami akan berada dalam kelas tersendiri," kata Pengarah Pemasaran Serantau Huawei, Tang Siew Wai, selepas pelancaran itu, di sini, semalam sempena Pameran CommunicAsia.

Katanya, Ia adalah peranti yang cantik, ternipis dan dipadankan dengan kamera terbaik pada sebuah telefon. Bahagian depan dilengkapi kamera 5 megapiksel (5MP) dan bahagian belakang, 8MP dengan bukaan 2.0." Mengikut Siew Wai, Huawei masih ketinggalan daripada pengiktirafan jenama di belakang iPhone dan Samsung yang mengeluarkan rangkaian peranti pintar di bawah siri Galaxy. Bagaimanapun, katanya, syarikat sedang mengatur langkah untuk mengejar syarikat berkenaan.
 

"Kami adalah pelari maraton. (Kekuatan) jenama tidak datang dalam sehari, perlu masa (untuk) mencapainya dan kini kita sedang membina asas kukuh. Prinsip jenama kami ialah 'jadikannya boleh.'
"Beberapa tahun lalu, tiada siapa yang tahu mengenai Huawei tetapi kini kami sudah mendapat perhatian media dan ini menunjukkan kami sudah boleh," katanya. Huawei hanya mempunyai 4.7 peratus bahagian pasaran telefon pintar global pada suku pertama tahun ini, mengikut analisis penyelidik industri IDC.

Samsung menguasai 30.7 peratus pasaran, diikuti Apple pada 17.8 peratus dan LG pada 4.9 peratus. Siew Wai berkata, Ascend P6 seberat 120 gram dan mempunyai paparan sesentuh 4.7 inci, mula dijual di China hujung bulan ini, Julai di Eropah dan kemudian diperkenalkan di Asia Tenggara.

"Kami sedang memperhebat keluaran," katanya.

Peranti itu yang hanya setebal 6.18 milimeter, didatangkan dengan harga 449 euro (RM1,890). iPhone 5 dijual antara AS$649 (RM2,000) hingga ASC$849 (RM2,672) bergantung kepada saiz keupayaan penyimpanan data, manakala Samsung Galaxy 4 dijual pada AS$649 di Amerika Syarikat.

Huawei bermula sebagai pembelai komponen dan peralatan telekomunikasi dan kini mula melebarkan penguasaan ke dalam segmen peranti mudah alih. - AFP


Terima kasih kerana membaca Huawei mahu atasi Apple, Samsung. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



6 Komen:

  1. Balasan
    1. iya ke? ok gak tuh biar ada pembaharuan skit dlm nokia tu kan

      Padam
  2. Emm letak je la harga murah2..biar saya ni mampu beli...adoii terliur sakan ni weiii...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha,, membazir je beli2 mahal2.. tul tak?

      Padam
  3. teringin juga hendak beli nih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kumpul duit dulu fyna, cari income kat internet, cukup baru beli, ini stail saya... hehe

      Padam