Kuala Lumpur: Selepas Lions XII, skuad 23 tahun Singapura menjuarai Liga Super, Sabtu lalu, bola sepak Malaysia sekali lagi dipalit malu apabila pasukan utama republik itu melonjak sembilan anak tangga dari kedudukan 165 kepada 156 ranking dunia, semalam.
Dalam senarai baru dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu, Harimau Malaya kekal pada kedudukan ke-159, berada tiga mata di belakang Singapura.
Berbeza dengan Singapura yang sedar ranking begitu penting, skuad republik itu yang kecewa dengan tindakan Malaysia menolak aksi persahabatan, pantas mencari lawan lain sebagai ganti dan hasilnya dua kemenangan ke atas Laos (5-2) dan Myanmar (2-0), mengubah kedudukan mereka.
Keputusan jurulatih skuad negara, Datuk K Rajagobal untuk menentang tiga pasukan kelab di Australia dan menolak aksi persahabatan kelas A dengan Singapura terbukti 'bukan keputusan bijak' apabila Harimau Malaya dipintas negara jiran itu dalam kedudukan ranking dunia.
Berbeza dengan Singapura yang sedar ranking begitu penting, skuad republik itu yang kecewa dengan tindakan Malaysia menolak aksi persahabatan, pantas mencari lawan lain sebagai ganti dan hasilnya dua kemenangan ke atas Laos (5-2) dan Myanmar (2-0), mengubah kedudukan mereka.
Perkhabaran baru ini bukan saja mengejutkan peminat bola sepak negara, malah memberi tamparan hebat buat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dilihat terus 'memanjakan jurulatih kesayangannya - Rajagobal' dalam usaha membentuk skuad kebangsaan lebih mantap sekali gus menempatkan kedudukan bola sepak negara kepada tahap lebih baik.
Bekas pemain kebangsaan, Shukor Salleh, berkata ini yang akan terjadi jika skuad negara tidak mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A.
"Kita orang luar tidak boleh buat apa-apa kerana semua keputusan dibuat pengurusan pasukan. Singapura pantas memanfaatkannya dengan mengadakan aksi persahabatan itu sekali gus berjaya menumpaskan Laos dan Myanmar," katanya semalam.
Pada Januari lalu, skuad negara menghuni tangga ke-158, Februari (159), Mac (164), April (163) dan Mei (161). Kedudukan terbaru itu meletakkan mereka setaraf Palestin (151), Bangladesh (152), Maldives (154) dan Chad (160).
Di Asia, Malaysia kekal ke-31 daripada 46 negara.
Malaysia sepatutnya bertemu Singapura pada 4 dan 7 Jun lalu, namun dibatalkan atas alasan persetujuan bersama sebaliknya mengambil keputusan untuk berlatih di Australia dan mengadakan aksi persahabatan menentang kelab, Canberra All Stars, Marconi Stallions FC, dan Sydney United FC.
Pada kunjungan ke Australia itu, skuad Rajagobal mencatatkan satu kemenangan dan dua kali kalah. Tewas 3-2 kepada Canberra FC pada aksi pembukaan, menang 3-0 ke atas Sydney Olympic dan kalah 2-0 kepada Marconi Stallions.
Kejayaan menumpaskan Sydney Olympic itu sebenarnya tidak membawa apa-apa makna dalam kedudukan ranking dunia bola sepak negara.
INFO: Ranking Malaysia di Asia Tenggara
1 Thailand (138)
2 Filipina (144)
3 Vietnam (145)
4 Singapura (156)
5 Malaysia (159)
6 Myanmar (163)
7 Indonesia (168)
8 Laos (173)
9 Brunei (182)
10 Timur Leste (182)
11 Kemboja (198)
salam, kurang pengetahuan bab bola.tahu sikit sahaja. bolehlah.
BalasPadamminat masing2 kan, suri pun mesti ada minat.
PadamFAM sendiri cakap ranking tak penting. Yang penting name diorang je. Rajagopal pun bijak sangat. Sebb nk pg australia, tue la die cancel friendly dengan singapore. Die tahu kalau Malaysia lawang Singapore, mesti kena belasah.
BalasPadammacam macam alasan. Dy pernah cakap, malaysia kurang penyerang, sebab bergantung dengan pemain import. Rajagopal bukak la mate luas2, tengok Thailand, club thai masuk AFC kot. Sampi semi kalau tak silap
komen yg bernas. Tgk apa menteri baru boleh buat dlm 5 thn nih.
PadamHehe..saya kurnag follow bab bola ni..apa-apa pun semoga K. Raja Gopal buat yang terbaik..hehe
BalasPadamdok rok ccetong... hehe
PadamMalaysia duduk no.5..kira ok juga tu..
BalasPadamkalau boleh nak naik lagih nih, harap2 boleh dgn kekuatan player yg ada.
PadamCara nak naik tangga perlu lawan orang yang lebih tinggi dari kita. Bukan sebab Singapura telah merakyatkan orang luar, itu urusan mereka. Kita perlu kaji semula pengurusan bola sepak negara kita. Kesal sebab Malaysia tak di bawah 100.
BalasPadamaku rasa player kita kena start dr kecik2 lagih, baru boleh pegi jauh.
Padammalaysia masih di takuk yang lama..
BalasPadammalaysia masih boleh melakukan sesuatu, aku harapkan.
Padamtop 5, ada gak la nama Malaysia khenn...
BalasPadam