Ada persatuan peniaga yang memperoleh tapak niaga di bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, menjual kepada warga asing sehingga RM60,000 bagi mendapatkan keuntungan segera.
Pengerusi Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah, berkata persatuan berkenaan antara lima persatuan peniaga yang diberikan tapak di bazar Ramadan iaitu sekurang-kurangnya 10 tapak di Jalan TAR.
Pengerusi Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah, berkata persatuan berkenaan antara lima persatuan peniaga yang diberikan tapak di bazar Ramadan iaitu sekurang-kurangnya 10 tapak di Jalan TAR.
Jual satu unit RM6,000
Bagaimanapun katanya, persatuan berkenaan sanggup menjual tapak terbabit dengan harga RM6,000 bagi setiap unit kepada warga asing semata-mata mahu mendapat keuntungan berganda.
Desak DBKL senarai hitam
"Sehubungan itu, saya mendesak supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyenarai hitamkan persatuan berkenaan supaya tidak lagi dibenarkan memiliki tapak sepanjang Ramadan akan datang.
"Perbuatan mereka sangat mengecewakan peniaga lain kerana masih ramai yang mahukan tapak berkenaan untuk mencari rezeki sepanjang Ramadan, namun mereka menjualnya pula kepada warga asing," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi
Ali baba yang semakin diminati oleh usahawan segera. Bila bangsa sendiri merempat barulah nak sedar diri.
BalasPadamtindakan pentingkan diri sendiri seperti ini boleh menimbulkan kemarahan orang ramai
BalasPadamentri terbaru :Jom Tinjau 3 Kontes Yang Tengah Hangat Sekarang Ini
setiap tahun bulan Ramadhan keluar isu ini..
BalasPadambulan-bulan puasa pun buat perangai tamak haloba. memang patut disenarai hitampun kan. baik bagi pada peniaga-peniaga yang memang betul-betul nak meniaga.
BalasPadamPersatuan tak gune namenye... Kalau ramai orang macam nie, rosaklah bangsa.
BalasPadamada melayu berniaga dia pi bagi org lain..apalah
BalasPadamnak untung cepat le tuh tapi malas kerja
BalasPadamini lah mind set orang melayu kita.. nak untung cepat. untung atas angin. bila makin ramai warga asing berniaga dan dapt keuntungan berganda, bising pulak
BalasPadam