Home » » Loket radioaktif berbahaya

Loket radioaktif berbahaya

Putrajaya: Penggunaan pendant atau loket mengandungi bahan radioaktif semula jadi tidak memberi sebarang faedah dari segi perubatan dan boleh memudaratkan pengguna. Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) berkata, produk itu boleh memudaratkan pengguna jika terdedah kepada dos sinaran yang berlebihan.
Seksekutif LPTA, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan, berkata Kementerian Kesihatan juga mengesahkan penggunaannya tidak memberi sebarang faedah perubatan.


Loket radioaktif berbahaya

Letak nota peringatan

Berikutan itu, beliau mengingatkan pengeluar, pengedar, penjual, pengimport, dan semua pihak yang berurusan dengan loket berkenaan memastikan sisipan peringatan keselamatan dikepilkan bersama produk yang dijual kepada orang awam. Umum harus dimaklumkan bahawa produk ini mengandungi bahan radioaktif semula jadi dan pengedar bertanggungjawab memaklumkan pengguna mengenai dos sinaran maksimum pada permukaan produk serta cara pemakaian yang selamat.

Tempoh maksimum

Tempoh maksimum pemakaian harian juga perlu dipastikan supaya had dos tahunan bagi orang awam tidak melampaui 1 mSv/tahun, selain pengedar memberi nasihat mengenai tatacara pelupusannya yang selamat.
Wanita hamil, ibu menyusu dan kanak-kanak yang menggunakannya perlu merujuk kepada pengamal perubatan. Kementerian Kesihatan menegaskan kumpulan ini paling terjejas jika terdedah kepada dos sinaran berlebihan, katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Peringatan keselamatan itu bertujuan memberi panduan kepada orang awam rentetan daripada keraguan yang timbul berhubung aspek keselamatan dan kesihatannya.
Abdul Aziz berkata, peringatan keselamatan itu turut terpakai kepada produk lain yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi yang nyata. Isu loket mengandungi bahan radioaktif semula jadi itu timbul September tahun lalu, apabila Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan mengharamkan produk berkenaan.

Ia berikutan kajian LPTA pada awal 2011 mendapati kepekatan bahan radioaktif thorium-232 dan uranium-238 pada loket berkenaan melebihi paras dibenarkan.


Terima kasih kerana membaca Loket radioaktif berbahaya. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



6 Komen:

  1. rasanya tak pernah tengok, ada jual ke..kalau bahaya terus elakkan lagi mudah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku tak penah jumpa, rasanya ada sbb tu timbul isu nih.

      Padam
  2. ada juga loket macam ni ek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena hati2 nih kan. mana kita tahu benda2 cam nih kan.

      Padam
  3. Emm kadang2 tak perasan kan..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. nampak cam cantik, mana peminat loket akan cuba milikki, kena siasat dulu dgn tokey kedai baru betul tu.

      Padam