Home » » PAPA OK, MAMA TAK OK

PAPA OK, MAMA TAK OK

Pengumuman kerajaan mengenai kadar baru kos pengambilan pembantu rumah Indonesia RM8,000 berbanding RM4,511 dua tahun lalu, mendapat reaksi berbeza Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) dan Persatuan Majikan Amah Malaysia (MAMA).Presiden PAPA, Jeffrey Foo berpendapat kadar itu relevan dengan keperluan kos dan risiko ditanggung pembantu rumah manakala Presiden MAMA, Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein menyifatkan kenaikan kos itu tidak mengikut harga pasaran dan membebankan majikan.

" Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin, di Parlimen, menjelaskan kadar baru itu ditetapkan selepas mengambil kira kos membabitkan kedua-dua negara. Beliau berkata, kos sebelum ini dianggap agensi pembekal tenaga kerja di Indonesia terlalu rendah berbanding negara lain seperti Hong Kong, Asia Barat dan Singapura.Berikutan keputusan itu, beliau menjangka bekalan pembantu rumah dapat diperoleh dalam beberapa minggu akan datang."


Tak banyak agensi minat

Muhyiddin berkata, sebelum ini, tidak banyak agensi pembekal tenaga kerja Indonesia berminat membekalkan pembantu rumah ke negara ini menyebabkan majikan membelanjakan kos lebih tinggi untuk mengambil mereka menggunakan Journey Perform Visa (JP Visa) dikeluarkan Jabatan Imigresen.Ada majikan yang terpaksa berbelanja sehingga RM10,000 menggunakan JP Visa untuk membawa masuk pembantu rumah Indonesia, katanya.

Muhyiddin berkata, sejak penetapan kadar pengambilan pembantu rumah Indonesia RM4,511 dibuat melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Mengenai Pekerja Domestik Indonesia Antara Malaysia dengan Indonesia pada Oktober 2011 hingga sekarang, hanya 290 pembantu rumah Indonesia dibawa masuk. Katanya, walaupun kadar baru itu mungkin tidak disenangi majikan di negara ini, ia penting untuk memastikan agensi tenaga kerja di Indonesia bersetuju membawa tenaga kerja itu ke Malaysia.

Mungkin ada pihak tidak setuju. Kalau kita tidak setuju, sampai bila pun mereka (agensi tenaga kerja Indonesia) tidak akan setuju. Mereka bandingkan dengan negara lain. Majikan di Malaysia mahukan pembantu rumah... kita ambil faktor luar kawalan kita sebagai penanda aras. Kita dapat pekerja terlatih, katanya.Penetapan kos berkenaan dibuat melalui Perjanjian Lombok yang dipersetujui Kerajaan Malaysia-Indonesia pada Oktober 2011. Dalam perjanjian itu, pembantu rumah Indonesia dibenarkan bekerja semula di Malaysia mulai 1 Disember 2011.

Majikan Malaysia perlu membayar RM4,511 bagi mendapatkan seorang pembantu rumah, iaitu RM2,711 dibayar majikan manakala RM1,800 lagi oleh pembantu rumah dengan cara majikan memotong gaji mereka tiga bulan. Berikutan itu, dalam pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, di Putrajaya pada Disember lalu, kedua-dua negara bersetuju menyemak semula bayaran agensi pembantu rumah Indonesia bagi menentukan kadar lebih munasabah.

Cara ambil pembantu rumah sendiri

Ada caranya, jangan bimbang dan kosnya memang lebih murah dari kos asal tetapi kita kena uruskan sendiri dan dapat jimatkan kos untuk mendapatkan pembantu rumah.

"Kini anda tidak perlu berhabis ribuan Ringgit untuk dapatkan Pembantu Rumah menggunakan ejensi Pembantu Rumah. Mereka semua tu kenakan kos yang tinggi tak masuk akal padahal anda mampu melakukannya sendiri dengan MUDAH dan pada kos yang jauh lebih MURAH. "






Terima kasih kerana membaca PAPA OK, MAMA TAK OK. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



8 Komen:

  1. Haha..jumlah yang agak besar juga kan?emm bro guna ini service jugak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. uis bro, rm8000 tu bro. dulu masa kos rm4500 ada gak try survey bibik nih, tapi tak jadik sbb dr pengalaman kenalan2, byk masalah gak nak jaga bibik ni, stress di buatnya.

      Padam
  2. Ada kawan ambil bibik bermasalah. Sekali bibiknya terjun dari tingkat 12 bunuh diri...terus fobia dengan bibik. Akhirnya isteri jadi fulltime housewife. Selesai masalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg byk masalah kalau ada bibik, biasanya cam tuh. abg ipar aku, bibik indon keje tepat2 sbln, lepas tu lari siap pegang pisau kat tangan dan brg kemas dlm poket.

      Padam
  3. Kalau uruskan sendiri tentu memakan masa. tapi mmg berbaloi lah dapat kurangkan kos ribuan ringgit tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tul, byk kerje kena buat, kalau ada byk masa boleh di guna pakai cara ambil sendiri ni.

      Padam
  4. hanya orang mampu boleh dapatkan pembantu rumah dari negara jiran..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tul, banyak gak kos dia, nak gaji dia lagih, support makan lagih, layan kerenah yg tak tahan kan tapi aku takde pun pembantu rumah.. hehe..mana de duit bro

      Padam