Home » , » Pelajar miskin sewa kereta sport mewah

Pelajar miskin sewa kereta sport mewah

KERETA sport seperti Lamborghini dan Ferrari sememangnya mudah dibeli oleh golongan kaya yang bertaraf jutawan.Bagaimanapun, sekumpulan pelajar yang berusia 16 tahun dan hidup dalam keluarga yang hanya sekadar cukup makan di timur London, United Kingdom sanggup menyewa beberapa buah kereta sport mewah.Kumpulan pelajar tersebut menyewa kereta-kereta itu untuk dipandu ke majlis Pencapaian Rekod Kebangsaan di Sekolah Swanlea, Tower Hamlets timur London pada 21 Jun lalu.
 
(Kredit: kosmo)
 
 
Pada majlis itu, sijil dan anugerah diberikan kepada para pelajar.Para pelajar itu datang ke majlis tersebut dengan menaiki kereta-kereta sport dan mewah untuk meraikan tamatnya sesi persekolahan wajib.Seorang pelajar, Foyzur Rahman menyewa sebuah kereta Audi S4 bersama seorang rakannya selama empat hari pada harga AS$610 (RM1,948).
 
Kereta-kereta mewah itu mungkin berharga lebih AS$458,000 (RM1.4 juta). Sebuah flat satu bilik di kawasan kejiranan Tower Hamlets hanya berharga AS$106,921 (RM341,452).
Para pelajar itu yang menghadiri majlis tersebut tidak boleh memandu kerana mereka masih berada di bawah umur.Justeru, kereta-kereta itu dipandu oleh pemandu upahan, saudara-mara atau rakan-rakan pelajar."Tunjukkan kereta anda, semua orang akan memerhati ke arah anda," kata Foyzur kepada agensi berita Reuters.


Terima kasih kerana membaca Pelajar miskin sewa kereta sport mewah. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



5 Komen:

  1. hahahaha.. sanggup tu.. macam ni punya orang pun ada jugak..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. biar papa asal bergaya tuh

      Padam
  2. Perghh kalau dapat satu ni, bahagianya akan terasa..haha

    BalasPadam
  3. berlagak tak kena tempat...padal baru hbus beljar

    BalasPadam
  4. haha terlalu berpegang pada 'biar papa asal bergaya'

    BalasPadam