Home » » Polis edar foto suspek pencuri rumah Khairy

Polis edar foto suspek pencuri rumah Khairy

Polis semalam mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang dipercayai terbabit memecah masuk rumah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, di Bukit Damansara, Sabtu lalu.Kedua-dua lelaki terbabit berusia dalam lingkungan 30-an dikenal pasti berdasarkan gambaran yang diberikan oleh pembantu rumah yang melihat mereka pada hari kejadian. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata polis meminta orang ramai yang melihat atau mengenalpasti wajah kedua-dua suspek terbabit supaya menghubungi balai polis terdekat.

"Berdasarkan siasatan awal, polis mengenalpasti tiga kumpulan yang aktif melakukan kegiatan samun dan pecah rumah di kawasan itu membabitkan dua kumpulan yang didalangi rakyat tempatan dan satu kumpulan yang didalangi warga Colombia," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Polis edar foto suspek pencuri rumah Khairy

Katanya, ketika kejadian, tiada pengawal keselamatan mengawasi kediaman itu sewaktu Khairy dan isterinya tiada di rumah, kecuali seorang pembantu rumah.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, empat lelaki dipercayai menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja, menceroboh rumah menteri berkenaan dengan memanjat tembok sebelum masuk menerusi pintu hadapan yang tidak berkunci.

Pembantu rumah yang berada di dapur ketika kejadian berlaku sempat melihat wajah dua daripada suspek terbabit sebelum bertindak menghubungi majikannya.


Terima kasih kerana membaca Polis edar foto suspek pencuri rumah Khairy. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



1 Komen: