Dubai: Ketika umat Islam di seluruh dunia berpuasa, ada di kalangan mereka yang memperluaskannya dengan tidak menggunakan media sosial, menggelarnya 'puasa Facebook' sebagai menghormati Ramadan.
Umumnya, penggunaan media sosial meningkat ketika Ramadan tetapi bagi mereka yang melakukan ‘puasa Facebook’, sama ada mereka tidak menggunakannya atau mengurangkan menghantar pandangan, tweet atau memperbaharui status.
"Agama Islam tiada memberi panduan mengenai media sosial ketika Ramadan tetapi ramai yang melakukan iktikaf dengan menghabiskan lebih banyak masa di masjid selain mengurangkan masa bekerja,” Abdul Ghani Hindi, profesor agama dan hal ehwal sosial di Universiti Al-Azhar, Mesir."
Warga Muslim di Atlanta, Amerika Syarikat, Saud Inam, berkata dia merancang untuk tidak menggunakan media sosial sepenuhnya ketika Ramadan.
Sebaliknya, dia mahu menghabiskan lebih banyak masa mengaji al-Quran dan menghayati bulan suci itu bersama keluarga.
Kredit Berita Harian: Juadah berbuka untuk pekerja asing di Dubai |
Hayati amalan agama
“Saya mahu pastikan tiada apa-apapun yang akan mengganggu saya pada Ramadan tahun ini,” katanya kepada Huffington Post.
“Saya mengurangkan perkara yang tiada kaitan dengan ibadat. Saya mahu lebih memberi tumpuan dan menghayati amalan agama.
“Kadang kala, seseorang itu akan keterlaluan memberi tumpuan kepada Facebook dan media sosial.”
Pendakwah di Detroit, Dawud Walid, berkata dia juga merancang mengurangkan penghantaran tweet ketika Ramadan.
“Saya rasa tidak akan tweet sama sekali. Saya tidak ada had tweet untuk dibuat tetapi tidak lagi akan memeriksa siapa yang menghantar kepada saya atau perlu menghantarnya setiap hari,” katanya.
“Agama Islam tiada memberi panduan mengenai media sosial ketika Ramadan tetapi ramai yang melakukan iktikaf dengan menghabiskan lebih banyak masa di masjid selain mengurangkan masa bekerja,” kata Abdul Ghani Hindi, profesor agama dan hal ehwal sosial di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Faedah diri
Bagaimanapun, beliau tidak setuju untuk berhenti sama sekali menggunakan media sosial.
“Saya mahu gunakannya untuk faedah diri tetapi tidak akan menyekatnya daripada melakukan tanggungjawab agama termasuk membaca al-Quran dan melakukan tarawih,” katanya kepada al-Arabiya.
Ada kira-kira 60 juta pengguna Facebook dan Twitter di dunia Arab.
Profesor Islam di Universiti Hofstra, Hussein Rashid, pula tetap menggunakan media sosial ketika Ramadan.
Seperti juga bulan lain, beliau menghantar ayat suci al-Quran menerusi tweet.
Rashid berkata, 35 hingga 40 peratus tweet yang dihantar kepada 3,113 pengikutnya adalah ayat suci al-Quran.

Entri yang menarik... Terima kasih di atas perkongsian info... ;)
BalasPadamikhlas ke ni encik? hehe
BalasPadambagus kalau pendekatan bergini..dapat elakkan daripada buat perkara sia-sia.
BalasPadamhehe suruh diorang baca blog ^^
BalasPadamada blogger yang berazam untuk tidak berblogwalking ketika ramadhan
BalasPadamentri terbaru saya : Senarai 25 Blog Yang Aktif Untuk Blogwalking
nak puasa apa pun..buat la. gua takde hal.
BalasPadam