Home » » Masjid dan kedai makan halal di android

Masjid dan kedai makan halal di android

Link And Build Business yang memperkenalkan laman rangkaian sosial Halalsurf.Com untuk berkongsi maklumat halal di seluruh dunia, melancarkan aplikasi percuma laman itu di platform Android 1.7 Google Play.

Aplikasi itu diperkenalkan dengan sasaran mengumpul hingga sejuta ahli menjelang akhir tahun ini.

Pengasasnya, Rustam Rizalman, berkata Halalsurf kini memasuki dimensi baru menerusi penyediaan aplikasi halal untuk kemudahan orang Islam mendapat maklumat daripada tempat beribadat hingga restoran halal di seluruh dunia.



“Ahli Halalsurf.com tidak hanya dapat berkongsi maklumat mengenai tempat ibadat dan restoran makanan halal malah boleh menjadikan platform ini sebagai lokasi perniagaan produk halal,” katanya dalam satu pertemuan dengan BH.

Halalsurf.com adalah platform untuk semua umat Islam berkongsi apa saja berkaitan dengan halal secara langsung di seluruh dunia.

Lebih menarik, ahli Halalsurf boleh mengemas kini status mereka dan berkongsi maklumat mengenai masjid atau kedai makan halal di setiap lokasi perjalanan mereka sekali gus menjadi panduan kepada rakan laman sosial yang lain.

Sementara itu, Rustam berkata, HalalSurf versi Android menawarkan beberapa ciri menarik kepada ahli.


Terima kasih kerana membaca Masjid dan kedai makan halal di android. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



6 Komen:

  1. wah.. ini sangat menarik ni :)

    BalasPadam
  2. boleh dwnload ni =) menarik..

    BalasPadam
  3. bagus betul developer developer ni :)

    BalasPadam
  4. nampaknya makin rancak benda2 online kat Malaysia, kena kena terlibat sama.

    BalasPadam
  5. Nak melancong kena ada aplikasi ni.. Senang nak cari kedai masakan halal

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya betul, kdg2 kedai2 makan yg best kita terlepas, rugi pegi jalan2 jauh2 takbleh nak merasa kedai yg best

      Padam