Asus Memopad 7 Lazada

thumbnail
Asus memopad 7 saya beli kat Lazada hari tuh, dah sampai lama dah. Anak pun dah main, dah download banyak game dalam tuh. Selamat le skit telefon Asus Zen fone 5 saya tak payah nak kongsi dengan anak main game hehe.

Beli kat Lazada ni terbaik bagi saya sebab kita boleh semak harga tang tu jugak. Kadang-kadang ada kupon diskaun  Lazada dan  pembelian di jamin selamat kerana Lazada menjaga aktiviti supplier di dalam tuh. Dalam Lazada tuh, terdapat ramai supplier yang telah di tapis oleh Lazada untuk buka store kat sana.

Lazada pun ada gak jual produknya dan kalau beli produk lazada nih, penghantaran lebih cepat dan tersusun.

Kenapa beli kat Lazada?


Sebab kenapa korang kena cuba beli barang kat Lazada. Ada banyak sebab tetapi yang utamanya saja saya nak kongsikan. Ini mengikut pengalaman saya la.

  • Pembelian di jamin selamat - maksud saya ialah korang akan dapat barang yang korang order tetapi samada lamnat atau cepat sahaja. Kalau barang tu salah atau tak sama seperti yang di pesan, korang boleh pulangkan balik dan kos di tanggung oleh supplier lah. Kalau guna kredit kad pun, setakat ni ler selamat lagi, takde le kredit kad tu di salah guna
  • Boleh banding harga - dalam lazada terdapat ramai supplier barang yang sama. Jadi korang boleh terus banding harga dalam stu skrin sahaja, cepat kan. Kalau ada yang bagi harga lebih murah sedangkan speksifikasi produk adalah sama, kan senang nak buat keputusan.
  • Guna kupon diskaun - Lazada memang suka buat promosi dengan bagi kupon diskuan, biasanya less 10%. Kalau promosi lebih sikit, diskaun akan naik 12%. Kalau korang terserempak dengan diskuan 10% ke atas, korang ambil le peluang tuh sebab mengikut pengalaman saya, jarang boleh dapat diskaun lebih daripada 12% kecuali kalau ada sale special.
Asus Memopad 7 Lazada




Itu je perkongsian saya tentang bel belah kat lazada. Asus memopad7 yang saya beli untuk anak saya harga rm275 je lepas guna kupon diskuan lazada. Delivery percuma.

Boleh lah korang cuba-cuba berjinak-jinak dengan lazada.



Orang kita ni kreatif sungguh

thumbnail
Orang kita ni kreatif, setuju ke tak? Setuju kan kalau korang tengok gambar-gambar kat bawah nih, nampak kreatif kan diorang. Korang pun boleh gak jadi macam diorang nih, tapi kena ada samsung galaxy note 4 ler.

Apa kaitannya kreatif dengan galaxy  nih? Korang semak dan baca sendiri ler kalau nak faham. Saya pun tak berapa paham sebenarnya ho3.

Sebab saya guna Asus Zen fone 5 jer, murah dan tahan lasak serta anggun. Tapi kalau nak lebih kreatif dan nampak kreatif, kena usha galaxy 4.

Samsung Galaxy Note 4


Apa kaitannya gambar-gambar cantik  kat bawah dengan Samsung Galaxy Note 4 ni? Mesti ada kan note baru ni cam pentingkan bab-bab gambar cantik-cantik nih seperti di bawah:




Kreatif sungguh rakyat Malaysia yang boleh hasilkan karya-karya macam nih, takkan diorang guna samsung galaxy note 4 jer untuk hasilkan produk macam ni. Saya memang tak percaya ni... konfius ni kenapa says kaitan gambar-gambar ni dengan samxung note 4... adeh.



Sony Xperia Z1S - Gajet pertama 2014

thumbnail

Sony secara rasmi menjual versi mini Xperia Z1 di Jepun pada minggu ini yang dikenali Xperia Z1f. Malah pihak Sony juga khabarnya akan melancarkan Xperia mini ini secara global ke seluruh negara dan dikenali sebagai Sony Xperia Z1S. 


Masih belum ada harga yang diumumkan oleh Sony untuk telefon pintar terbaru mereka ini namun menurut khabar angin, Sony akan menjual dengan harga sekitar RM2 000.  Guna kredit kad le dulu kalau tak cukup duit, lepas tuh buat kerja part time terhangat nih, bayar le balik kredit kad tuh.



Spek tidak banyak beza dari dulu, terutama pada bahagian prosesor, RAM ataupun memori dalamannya. 


Sony Xperia Z1S
Sony Xperia Z1S

Sony Xperia Z1S bakal hadir dengan skrin berukuran 4.3 inci IPS yang memiliki resolusi 720 x 1080 piksel. Selain daripada ukuran skrin yang lebih kecil, telefon pintar ini juga hadir dengan bateri yang lebih kecil, 2300 mAh. Agak-agak le, pemain adsense macam aku nih, boleh lepas tak dapat Sony Xperia ni secara percuma?

Power bank yaabao dan annual dinner

thumbnail
Oh yeh, annual dinner kat hotel Holiday Villa dah habis. Makan boleh le tahan kan. Meriah gak ler dengan tema rainbow nih, baju kena pakai kaler2 pelangi skit le. Aku pakai baju feveret aku, belang2 merah dgn sluar jeans, macho siot hoho. Tapi cari punya cari kasut nak pakai, tak jumpa, mana aku letak lupa la plak kasut interbiew nih. Hari-hari keje pakai kasut lain, terpaksa le aku pakai selipar je, tak sempat nak selongkar tempat letak kasut yang banyak kotak kosong tuh. Nampak gaya kena buat kerja sambilan untuk beli kasut baru ni.

Mana ko ipad?


WhatsApp lebih popular dari Facebook Messenger

thumbnail
Persaingan aplikasi utusan atau messenger untuk telefon pintar kini kian meningkat. Malah BlackBerry juga melancarkan aplikasi BBM miliknya untuk platform iOS dan Android. Namun dari banyak lambakan aplikasi messenger yang ada di pasaran, ternyata WhatsApp tetap mengungguli persaingan. Kaji selidik yang dijalankan oleh On Device terhadap 3.759 juta pengguna telefon pintar Android dan iOS. 

Kaji selidik ini di buat di beberapa kawasan termasuk Amerika, Brazil, Afrika Selatan, China dan yang terakhir adalah Indonesia. 


WhatsApp lebih popular dari Facebook Messenger


Moto G - Smartphone Motorola

thumbnail
Motorola Mobility akhirnya secara rasmi memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Moto G. Telefon pintar ini turut tergolong dalam kategori telefon pintar dengan harga yang berpatutan. Kalau tak cukup duit, boleh cari duit online seperti aku. Tersedia dengan beberapa pilihan cover belakang berwarna-warni, pengguna boleh memilih antara warna putih, hitam, biru gelap, biru terang, kuning, merah serta merah jambu.


Selain itu, Moto G tang dilengkapi skrin 4.5 inci mempunyai resolusi 720 x 1280 piksel di bahagian depan. Skrin tersebut dilengkapi dengan lapisan pelindung Gorilla Glass 3. 



Quad Core Snapdragon



Power Bank 20 000 mAH Harga RM79! Bolah 10 Kali Caj

thumbnail
Dalam aku dok cari-cari power bank sebab memang ada keperluannya nih, bajet pulak ciput. Terjumpalah aku power bank yang aku rasa murah banyak. Brand tak pastilah ok ke tidak hoho... hentam saja je labu kan. Nama power bank ni " Universal Dual-Port Power Bank 20000mAh White " yang berharga RM79 jer kat lazada. Boleh lah nih, jangan meletup sudah ler... hoho. Kalau ikut perkiraan, power bank nih boleh caj sampai 10 kali nih bergantung kepada kapasiti bateri smartphone memasing.

Universal Dual-Port Power Bank 20000mAh White


Betul ke harga power bank ni? Atau ada lagi murah..

thumbnail
Sejak aku letak email aku kat newsletter lazada nih, macam-macam promosi yang lazada hantar. Emm.. nasib baik lah aku takde duit ooo.. kalau tak, mahu aku rembat gajet-gajet yang aku rasa harganya boleh le tahan murahnya, kalau time sale ler kan. Sekarang ni pulak ada sale gila-gila kat lazada ( sale hujung tahun kot ) dan untuk entri kali nih, aku nak kongsi kan skit  produk yang lazada email kat aku dan juga aku masuk site lazada dan tengok produk yang aku anggap murah la ( bagi aku la ).

Macsonic Portable Battery Bank 12000mAh White


Macam-macam laaa.. Lazada ni

thumbnail
Korang mesti tahu tentang lazada kan? Takkan tak tahu kot... atau pun pernah beli barang kat lazada tuh. Kalau ada barang nak beli, sesuai beli sekarang sebab lazada ada mega sale sekarang. Mesa sale lazada ni di namakan " Online Revolution " dengan tag line nya "We're changing the way you shop". Mega sale ni start 11/11/13 - 12/12/13, cantik nombor nih.

Masa sale ni ada 11 produk dari 11 kategori akan di buat sale gila-gila dalam tempoh seperti di atas.  Makna 11 produk dalam satu masa ikut kategori masing-masing akan di beri harga murah dan produk-produk ni akan di tukar setiap minggu selama 4 minggu le.

Online Revolution di Lazada



Ini lagi best. Korang boleh vote 11 produk di lazada setiap hari dari pukul 11am - 11pm dan produk yang dapat vote tinggi akan di jual pada harga rm1 pada pukul 11am keesokkannya tetapi hanya satu unit shaja di jual. Ini baik punya cara promosi ni, macam-macam idea lah depa nih. Tapi 1 unit, sapa cepat dia dapat ler.



Emm.. aku nak vote pe kali nih ek? Note 3 bulih jadi gak nih, tapi frust 1 unit jer. Seluruh negara nak tunggu rebut 1 unit jer... hehehe.. confirm aku tak dapat. Walau apa pun, kalau korang suka untuk memeriahkan suasana, boleh jer join benda-benda cam nih.

Kalau nak tahu cara saya buat duit dengan Lazada, sila masukkan email address dalam kotak di bawah:


Laporan Buat Duit Dengan Lazada
Nama:
Email:
Sila semak email dan sahkan email anda - terima kasih



1Machine - Antivirus berlandaskan syariah

thumbnail
SIAPA sangka, selain daripada perbankan Islam dan hab makanan halal, Malaysia juga ada syarikat yang menyediakan perkhidmatan perisian keselamatan internet atau bahasa mudahnya, antivirus yang berlandaskan sistem digital syariah sepenuhnya.Lebih membanggakan, produk unik ini dihasilkan sebuah perusahaan kecil dan sederhana (PKS), 1Machine Sdn Bhd (1Machine) yang merupakan antara syarikat di bawah bimbingan Technology Park Malaysia (TPM).Dikenali sebagai Perisai, perisian yang digunakan untuk keselamatan internet ini adalah buah fikiran tiga usahawan muda Melayu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif 1Machine, Abbyamir Sapie; Ketua Pegawai Operasi 1Machine, Shaifulizan Othman dan Pengarah Perniagaan Antarabangsa 1Machine, Mohd Juani Affendi Ibraham.

Harga IPad Air RM1580

thumbnail
Syarikat Apple Inc. kelmarin memperkenalkan komputer tablet iPad yang lebih nipis daripada versi lamannya. Komputer tablet baharu itu diberi nama iPad Air yang seberat hanya 0.45 kilogram (kg) berbanding versi lamanya iaitu 0.64kg. Menurut ketua pemasaran syarikat itu, Phil Schiller, versi baharu itu mempunyai kelajuan pemprosesan lapan kali ganda daripada iPad pertama keluaran tahun 2010.

Cerita iPhone

thumbnail
Walaupun model baru iPhone 5S menampilkan pelbagai ciri terkini jauh lebih baik daripada sebelumnya, kos mengeluarkan telefon berkenaan tidak jauh berbeza. IHS Inc dalam kajiannya mendapati, kos melengkapkan pada komponen iPhone 5S 16-gigabait (GB) adalah AS$190.70 (RM615). Ditambah kos pengeluaran AS$8 (RM25.80), menjadikan kos keseluruhan pengeluaran model itu ialah AS$198.70 (RM640) seunit.Sebagai perbandingan, iPhone 5 yang dilancarkan setahun lalu membabitkan kos AS$197 (RM635). 

Inovasi Galaxy Note 3

thumbnail
Samsung Malaysia Electronics melancarkan telefon pintar siri paling popular terbarunya, Galaxy Note 3 LTE di pasaran Malaysia. Galaxy Note 3 ditawarkan pada harga permulaan RM2,399. 

Produk ini akan mengukuhkan lagi kedudukan kumpulan itu dalam industri selain memacu Samsung dalam usahanya sebagai peneraju inovasi teknologi boleh di pakai.


Samsung Galaxy Note 3 menjadi bukti gergasi elektronik Korea Selatan itu dengan meletakkan satu standard baru dalam inovasi peranti mudah alih pengguna. Lagi update terbaru mengenai gajet kat sini.

Lenovo A706 percuma sudah sampai

thumbnail

Semua orang suka barang percuma kan, tambah-tambah kalau barang tu memang korang memang nak buat masa tu. Cam aku jugak ler. Aku dapat smartphone Lenovo A706 percuma dengan cara redeem treatpoint dari Maybank. Ini kali ke 3 aku redeem handphone dengan treatpoint Maybank ni, yang kali ke 2 aku dapat samsung galaxy s3 mini dan kali pertama nokia, model apa aku lupa sebab tu dah lama dulu. Ini satu lagi penjimatan yang boleh korang ikut dan contohi sebab  tak payah keluar duit untuk dapat smartphone ni. Tapi kalau korang nak Samsung Note 3, kena le keluar duit ya, nak tunggu treatpoint lama tuh. Tak pun join contest SEO blogger, baru dapat duit skit.

Aplikasi Perfect 365 untuk edit gambar dalam smartphone

thumbnail
Korang pernah try applikasi Perfect 365 tak? Hebat weh applikasi nih dalam hal nak edit rupa paras yang dah ensem jadi makin ensem yang dah comel jadi makin comel.Jangan tertipu apabila rakan yang anda lihat setiap hari, tiba-tiba wajahnya bertukar amat sempurna, jelita dan begitu menawan ketika melihat potretnya di laman Facebook (FB), Instagram, status profil What’s app atau medium sosial. Mungkin dianggap ‘syok sendiri’. Tidak kira usia, demam memuat turun aplikasi seperti Perfect 365 dalam telefon bimbit pintar kemudian menyunting wajah yang dirakamkan. 



LG Vu 3, pesaing Galaxy Note 3

thumbnail
LG Vu 3, pesaing Galaxy Note 3 akhirnya secara rasmi diperkenalkan pada umum. Phablet itu memiliki skrin dengan rasio yang sama seperti model sebelumnya, yakni 4:3 namun dengan ukuran yang lebih besar, 5.2 inci. Selain itu, LG meningkatkan kualiti phablet ini dengan prosesor Snapdragon 800 2.2GHz. Meskipun phablet ini memiliki skrin yang lebih besar, ukurannya masih sama. Hal ini kerana LG mereka bentuk phablet ini dengan saiz yang tipis, lebih kurang 0.2 inci. Dengan ini, LG dapat mereka telefon pintar sama besar seperti model sebelumnya.
 

Model baru iPhone lebih mudah rosak

thumbnail
Ketika gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple Inc berbangga dengan pelancaran telefon pintar terbarunya, penggunanya bagaimanapun dijangka berdepan kekecewaan apabila mengetahui kekurangan ketara model itu yang lebih mudah rosak berbanding model yang dilancarkan tahun lalu.
SquareTrade, penyedia pelan perlindungan bagi gajet, menjalankan ujian lima telefon pintar popular, termasuk model terbaru iPhone bagi melihat sama ada ia mampu menahan jatuhan, hentakan dan ujian kemalangan gajet biasa yang dialami pengguna.
 

Gadis hamil dirogol teman Facebook

thumbnail
Ini salah satu lagi salah guna media sosial, hari tu dituduh rogol selepas berkenalan melalui wechat, ini ni pulak melalui facebook. Emm... yang melalui mirc pun ada ni kan. Sila kontrol girlfriend atau boyfrined memasing takut berlaku curang dengan rakan facebook. Peristiwa hitam untuk gadis umur 16 thn ni berlaku di Klang. JOm baca skit detail mengenai benda nih, best gak sekali sekala kan, layan.
 

Nama domain serendah rm7.16! Ho ho ho

thumbnail
Setelah dapat duit dari google adsene minggu lepas dan juga bakal terima cek nuffnang dan juga galakkan kekawan blogger, aku pun tapau domain name encikarman.com yang berharga rm7.16 jer melalui link dari sahabat blogger gak cepumas.com ( bagi kat kekawan pe salahnya kan ). Mungkin ni masa terbaik aku beli domain name ni, harga pun sekali mkn tghari jer beb untuk setahun. Bila dah ada domain name ni, kena ler lebih serius dlm berblog kan, kalau tak buat pe nak ambik nama domain kan.

 

Android Kit Kat dan kaitannya dengan Google dan Nestle

thumbnail
Dunia smart phone ni bergerak pantas lagi. Selepas beberapa gajet baru minggu lepas, kali ni berita mengenai  Android Kit Kat oleh google dan Nestle. Kita tengok camne diorang ni buat branding, kita pun bulih tiru gak cara cam nih. Apa yang berlaku di sebalik nama-nama android ni? Ini semua pasal branding dan promosi produk masing-masing. Kedua-dua jenama ni dah tersohor seluruh dunia, dan dengan perkongsian bijak ni akan meningkatkan lagi jualan dua-dua produk.