Darwin: Polis menemui mayat perenang berusia 26 tahun dan bangkai buaya yang
ditembak selepas mangsa cuba berenang di perairan penuh reptilia
itu.Polis berkata Sean Cole dan seorang rakan berenang menyeberangi
Sungai Mary dan berenang semula apabila buaya sepanjang 4.7 meter itu membaham
dadanya tengah hari Sabtu lalu ketika 15 rakan menyaksikan dalam keadaan
ketakutan dari tebing sungai.
Kejadian berlaku ketika Cola menyertai sambutan ulang tahun kelahiran
rakannya di sebatang sungai Outback, Australia, hujung minggu lalu.
Renjer hidupan liar Wilayah Utara, Tom Nichols berkata mayat Cole
dan buaya yang mati itu terapung di permukaan sungai awal pagi
semalam.
Buaya itu ditembak renjer dalam tempoh beberapa jam selepas serangan malam Sabtu lalu namun tenggelam sebelum sempat ditangkap.
Cole menyambut ulang tahun kelahiran seorang rakannya itu di Mary River Wilderness Retreat, sebuah destinasi pelancongan terkenal Outback, kira-kira 110 kilometer di tenggara ibu kota Wilayah Utara di sini.
Sungai Mary terkenal di seluruh dunia memiliki buaya dewasa air masin paling padat di dunia. Anda tidak boleh berenang dalam Sungai Mary, kata Sarjan Kanan Geoff Bahnert. AP

0 Komen:
Catat Ulasan