Setiap kali khutbah Jumaat disampaikan, pasti ada jemaah yang terangguk-angguk, bukan kerana khusyuk, tetapi mengantuk.Pelik. Ramai yang payah lena walaupun atas tilam empuk, tapi masa khutbah, mudah sangat melayang ke alam impian.Kata orang, yang buat jemaah mengantuk adalah syaitan yang bergayut di mata. Wallahualam!
Sebenarnya, jawapan kepada persoalan ini mudah sahaja; tidak perlu tubuhkan jawatankuasa penyiasat pun untuk mengenal pasti kenapa jemaah boleh terlelap masa khutbah, sedangkan di majlis hiburan, ramai boleh tahan berjaga tengah malam.Yang pastinya, selain daripada isu dalam khutbah, persembahan khatib memainkan peranan menjamin kesegaran pemikiran dan pendengaran jemaah.
Kalau khutbah menarik, isinya baru, intonasinya baik dan bahasa yang mudah difahami, siapa yang nak tidur?Di surau Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam, setiap Jumaat, sejak 10 Mei lalu, khutbah yang disampaikan tidak pernah membuat jemaah mengantuk.Ada khatib dari Karangkraf sendiri, ada tiga empat ustaz diundang dari luar. Setiap khatib menyampaikan dengan bahasa mudah lagi menarik.

Syed Norhisyam Tuan Padang
Jumaat lalu, Syed Norhisyam Tuan Padang, anak Terengganu, berkelulusan Ijazah Pengajian Islam, Universiti Sains dan Teknologi, Yaman, menyampaikan khutbah.Muda tapi penyampaiannya mantap. Beliau banyak pengalaman menyampaikan ceramah dan khutbah di banyak tempat, termasuk Singapura, Indonesia, Arab Saudi, Kemboja, Dubai dan Thailand.
Surau Karangkraf hari itu dipenuhi hampir 1,000 jemaah Jumaat itu, hingga 'melimpah' ke luar, dengan 95 peratus bawah usia 50 tahun. Memang kena dengan mesejnya yang menyentuh sekitar kehidupan era siber yang biasanya dialami anak muda.Ramai yang terkelip-kelip, terkena batang hidung agaknya.
Ustaz Syed Norhisyam, tanpa membaca teks, mengupas isu-isu berkaitan takwa, haram halal dalam amalan hidup dan tabiat yang lagho (sia-sia).Di zaman Nabi SAW, katanya, ada jemaah bermain dengan kerikil sambil dengar khutbah.Kalau itu dianggap Nabi SAW sebagai sia-sia, apakah tabiat menghantar SMS dan membaca laman sosial, apa lagi bercakap, masa khutbah tidak lagho?
Doa yang beliau baca mengenai tanggungjawab ibu bapa pun cukup menusuk jiwa:-Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali Mu;Ampunilah kami kerana membiarkan mereka tidak menunaikan solat;
Ampunilah kami kerana membiarkan mereka tidak menutup aurat dengan sempurna;
Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka;
Jadikan mereka zuriat yang sentiasa rajin menunaikan solat;
Jadikanlah mereka zuriat yang menutup aurat dengan sempurna;
Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepadaMu;
Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur.
Cara penyampaian
Yang beliau cerita dalam khutbah lebih kurang sama sahaja dengan yang pernah didengar dalam ceramah atau khutbah di banyak tempat lain. Apa yang berbeza adalah penyampaiannya yang meresapi jiwa, bahasanya yang mudah difahami dan intonasinya yang terkawal membuat apa yang diluahkan seolah-olah lain daripada lain.
Sebagai contoh mesej mudah, dalam satu ceramahnya, beliau menceritakan tentang kesilapan ibu bapa. Antara tabiat buruk yang dilakukan ibu bapa, katanya, ialah 'bikin tidak serupa cakap'.Mereka suruh anak solat, tetapi mereka tidak solat, mereka larang anak hisap rokok, tapi mereka suruh anak beli rokok, mereka ingatkan anak-anak jangan bergaduh, tapi suami isteri bergaduh depan anak-anak.
Inilah antara perkara, katanya, yang membuat anak-anak tertekan dan memberontak.

Jemaah masih segar
Balik kepada khutbah yang lalu. Ketika bilal iqamat, waktu menunjukkan pukul 2 petang, namun jemaah terus segar.Semuanya kerana penyampaian khutbah yang mudah tapi menarik, bukan yang berat tapi tersekat-sekat.Jadi saranan saya, lantiklah khatib yang berkemampuan, bukan yang terbukti tidak mampu menawan hati dan jiwa jemaah.
Jangan dikira sangat khatib itu orang 'sebelah sini' atau 'sebelah sana'. Yang penting mereka tidak politikkannya dan apa yang disampaikan beri kesan mendalam kepada pendengar.Khutbah Jumaat adalah perantaraan yang signifikan untuk sampaikan mesej berkesan kepada umat, apa lagi untuk yang ke masjid dan surau seminggu sekali, atau yang menunaikan solat secara bermusim.
Sumber: sinar harian
0 Komen:
Catat Ulasan