Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi Al-Munawwarah Shah Alam

thumbnail
Setiap kali buka sekolah tahun baru, ibu bapa mesti sibuk uruskan hal sekolah anak-anak, yuran la, transport la, buku-buku la, pakaian seragam la, macam-macam dan ini tak boleh di elakkan. Suasana kalat kat bandar lain dari kawasan pendalaman. Kat bandar ni semua melibatkan kos, terutamanya kalau ibu dan bapa bekerja, nak kena ada orang uruskan anak, dan ini kena keluarkan kos la sikit sebanyak. Ini memang normallah, bagi yang belum ada anak, kena stanby benda-benda cam nih. Buat persedian awal-awal, senang skit.Kena le ajar anak jadi soleh.

Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi Al-Munawwarah Shah Alam


Kalau anak sekolah pagi, petang nak kena hantar kelas fardu ain le, kalau larat ajar sendiri boleh juga. Kalau bagi yang profesional ajar, lagi lah bagus kan. Ibu bapa ni kadang-kadang ada yang kelaut je, sian anak-anak nak tuntu ilmu agama. Apa yang aku nak kongsikan ni adalah mengenai bantuan yag di perlukan oleh Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi Al-Munawwarah Shah Alam dimana kos untuk besarkan sekolah fardu ain ni tak cukup lagih. Proses renonya dah mula dah dan kelas-kelas yang lama tak cukup menampung bil.  pelajar fardu ain.

Tengok gambar-gambar bawah ni, kesian kan, dinding kelas belum sempurna lagih, camne budak-budak nak tuntut ilmi. Ilmu agama ni. KAFA ni berada dalam kawasan masjid Al-Muwarrah di Seksyen 27 Shah Alam, dekat-dekat dengan KFC tuh ( kalau yang biasa kawasan ni ).




Psttt... akaun bank ada kat sini.

Kelas fardu ain kat sini, ada sesi pagi dan petang, full. Pelajar ramai, jadi elok sangat lah kalau di besarkan. Tenang skit budak-budak nak belajar agama.

Sumbangan di perlukan, sikit ke banyak ke, janji ikhlas. Hanya Allah yang tahu.

Salam Media - Jom iklan secara islamik

thumbnail
Korang pernah  dengar tak salam media? Salam media ni satu platform di mana blogger atau pengguna media sosial yann lain boleh di jadikan platform pengiklanan oleh syarikat atau brand-brand tertentu untuk promosi produk mereka. Menarik kan idea bisnes cam nih, dan kita patut sokong sebab pengiklanan di Salam Media nih patuh shariah! Camne tuh, apa aku boleh gambarkan ialah takde iklan berkaitan alkohol, judi dan yang seangkatan dengannya. Kalau nak detail kena le tanya pihak Salam Media ya.

Salam Media - Media pengiklanan islamik di Malaysia


Tengokkk, Perancis pun boikot barang Israel

thumbnail
PERANCIS. Sekumpulan aktivis Perancis bertindak melancarkan kempen memboikot barang keluaran Israel di sini, semalam.

Media tempatan melaporkan, kempen itu berlangsung di pasar raya terkemuka di Perancis dengan disertai lebih 170 pertubuhan bukan kerajaan.

“Kempen itu bertujuan memberi tekanan ke atas Israel supaya menghentikan peneroka haram di wilayah Palestin,” memetik laporan itu.

Dakwah di pusat hiburan.. satu pendekatan baru

thumbnail
Biasa kalau dakwah kat masjid-masjid dan surau kan. Lain pulak yang ni di Perak di mana Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan student IPT turun sama-sama ke kelab malam dan beri dakwah kat situh.. hoho.. terkena. Ini pun setelah mendapat kerjasama owner kelab lah, dakwah je bukan tangkapan, bagi insaf skit kan geng-geng cucuk langit nih. Kisah lanjut kat bawah dan aku rasa benda-benda macam perlu untuk zaman sekarang ni.
 
Sebahagian daripada pelajar IPTA menyampaikan dakwah kepada pengunjung di sebuah pusat hiburan dalam Program Dakwah JAIP di Ipoh.
 

Cara elak mengantuk waktu khutbah

thumbnail
Setiap kali khutbah Jumaat disampaikan, pasti ada jemaah yang terangguk-angguk, bukan kerana khusyuk, tetapi mengantuk.Pelik. Ramai yang payah lena walaupun atas tilam empuk, tapi masa khutbah, mudah sangat melayang ke alam impian.Kata orang, yang buat jemaah mengantuk adalah syaitan yang bergayut di mata. Wallahualam!

Sebenarnya, jawapan kepada persoalan ini mudah sahaja; tidak perlu tubuhkan jawatankuasa penyiasat pun untuk mengenal pasti kenapa jemaah boleh terlelap masa khutbah, sedangkan di majlis hiburan, ramai boleh tahan berjaga tengah malam.Yang pastinya, selain daripada isu dalam khutbah, persembahan khatib memainkan peranan menjamin kesegaran pemikiran dan pendengaran jemaah.