Sepasang suami isteri buntu apabila anak mereka yang bakal menduduki Penilaian
Menengah Rendah (PMR) minggu depan, menghilangkan diri sejak Isnin lalu,
dipercayai mengikut teman lelaki yang dikenali menerusi laman sosial, Facebook.
Anak sulung kepada dua beradik itu, Salsabilah Edora Md Rosle, 15,
dikatakan berkenalan dengan remaja lelaki sebayanya sejak sebulan lalu sebelum
bertindak melarikan diri dari rumah keluarganya di Taman Skudai Baru, dekat
sini.
Bapanya, Mohd Rosle Sarban, 41, berkata rakaman kamera litar tertutup
(CCTV) pengurusan taman perumahan itu menunjukkan pada tengah malam hari
kejadian, anaknya membonceng motosikal remaja lelaki itu selepas memanjat tembok
rumah.
Bawa pasport
Katanya, anaknya yang lebih dikenali sebagai Sabil itu, turut membawa bersama beg pakaian dan pasport antarabangsa, manakala MyKad masih dalam simpanan isterinya, Ridayu Husin, 35.
“Sejak mengenali remaja lelaki itu, rekod kedatangan sekolah Sabil juga merosot apabila dia gagal hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Selesa Jaya 2, lebih seminggu.
“Setiap pagi, Sabil keluar ke sekolah seperti biasa membuatkan kami tidak menyangka dia ponteng sekolah sedangkan pencapaiannya dalam percubaan PMR sebelum ini memuaskan,” katanya ketika datang mengadu di pejabat The New Straits Times Press (NSTP), di sini semalam. Md Rosle berkata, beliau membuat laporan kehilangan anaknya di Balai Polis Tampoi sebelum berusaha mengesan rumah remaja lelaki yang dikenali sebagai Isma yang tinggal bersama keluarga di Kempas, menerusi akaun Facebook anaknya.
Gagal kesan
“Keluarga remaja itu mengaku Sabil pernah ke rumah mereka untuk mengulang kaji pelajaran dan kini mereka turut gagal mengesan Isma yang belajar di sekolah lain, kerana dipercayai turut sama menghilangkan diri,” katanya.
Md Rosle mendakwa, beliau dan isteri tidak pernah berselisih faham dengan Sabil, tetapi mengakui pernah menegur gadis itu kerana asyik melayari internet dan bermain dengan kucing sehingga mengabaikan pelajaran.
“Sehingga kini talian bimbit Sabil tidak dapat dihubungi dan saya bimbang kejadian buruk berlaku kerana Sabil masih muda dan hanya pernah ke luar negara bersama keluarga,” katanya.
Cinta itu luar biasa..bagai panah yang berbisa...hahaha..
BalasPadamhati hati dengan mata..iman mesti kuat kalu tak kuat itu kena rasuklah di hayal oleh ilmu hitam.whualam
BalasPadambudak2 ni, belum bleh fikir betul2
BalasPadamSayangnya nak PMR larikan diri pulak.
BalasPadamtak tahu dorang gun ayat power mcm mana sampai boleh ayat awek dkt fb je..hu3
BalasPadamapalah nak jadi dengan budak-budak sekarang nih..
BalasPadampower ayat laki tuh..
BalasPadamHmm.. ini dah mcm lirik lagu Zizan sama Najwa.. "buku merah jangan lupa bawa..." adehhh...
BalasPadam