Home » , » Model baru iPhone lebih mudah rosak

Model baru iPhone lebih mudah rosak

Ketika gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple Inc berbangga dengan pelancaran telefon pintar terbarunya, penggunanya bagaimanapun dijangka berdepan kekecewaan apabila mengetahui kekurangan ketara model itu yang lebih mudah rosak berbanding model yang dilancarkan tahun lalu.
SquareTrade, penyedia pelan perlindungan bagi gajet, menjalankan ujian lima telefon pintar popular, termasuk model terbaru iPhone bagi melihat sama ada ia mampu menahan jatuhan, hentakan dan ujian kemalangan gajet biasa yang dialami pengguna.
 

Samsung Galaxy S4

Hasilnya, model baru iPhone tidak memiliki ketahanan seperti model iPhone 5 yang dilancarkan tahun lalu. Bagaimanapun, model paling teruk prestasi ketahanannya adalah Samsung Galaxy S4, yang gagal berfungsi selepas direndam dalam air dan dijatuhkan pada ketinggian 1.5 meter, berdasarkan syarikat yang berpusat di San Francisco itu.

Moto X


Telefon yang memiliki ketahanan terbaik bagi ujian SquareTrade itu adalah Moto X yang dikeluarkan oleh Google Inc. Moto X adalah telefon pertama yang dibangunkan selepas gergasi carian internet itu mengambilalih Motorola.

Ia diperkenalkan pada Ogos lalu dan Moto X juga telefon pintar pertama yang dikilangkan di AS. - Agensi


Terima kasih kerana membaca Model baru iPhone lebih mudah rosak. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



5 Komen:

  1. Aik?sepatutnya makin daya tahan tinggi lah...haha

    BalasPadam
  2. cam tuh mengikut kajian nya

    BalasPadam
  3. tak suka samsung bagai..selesa nokia pecah macam mana tetap jadi pelihan utama saya.tapi nokia tak ada pula keluaran cam tu

    BalasPadam
  4. Baru berkira2 nak beli iphone. Tak jadi la.Baik sambar macbook. haha

    BalasPadam
  5. Yang mana satu iPhone 5C atau 5S yang diuji. Dah nak mula menabung untuk iPhone 5S ni.

    BalasPadam