Home » , » Gambar Niki jadi kucing selebriti di Rusia

Gambar Niki jadi kucing selebriti di Rusia

Salah satu label pada blog aku  nih ialah mengenai benda yang pelik-pelik yang aku baca dan copy paste, edit-edit sikit sebab aku malas nak menulis  semula hoho. Sebelum ni aku ada kongsikan mengenai beratus ikan pari mati di Mexico, dan kali ni mengenai kucing plak yang glamour. Kalau korang ada kucing, boleh lah buat stail cam ni gak dan pastikan kucing ada di jaga dengan baik seperti yang disyorkan di dalam cara-cara mudah jaga kucing kesayangan.


MOSCOW - Seekor kucing menjadi terkenal selepas tuannya memuat naik gambar posisi duduk dan gaya seperti manusia di laman web, lapor akhbar Daily Mail semalam. Kini, kucing yang diberi nama Niki itu menjadi kucing paling popular di Rusia apabila gambarnya dicetak di baju dan muncul dalam beberapa program televisyen di sini. Pemiliknya, Virta mula memuat naik gambar Niki apabila mendapati haiwan kesayangannya itu boleh duduk dan berdiri dengan kedua belah kakinya seperti manusia ketika ia berusia dua tahun.
 
 
Kredit: kosmo
 
"Niki boleh duduk sejak dia dilahirkan. Pada mulanya, ia jarang berlaku, kemudian Niki mula duduk seperti manusia pada setiap hari.
 
"Niki suka duduk di mana-mana sahaja, di atas lantai, bilik air, meja, kabinet dan sofa," jelasnya.
 
Populariti Niki yang semakin meningkat di Rusia membolehkannya menjana sumbangan untuk mangsa serangan bom maraton di Boston, Amerika Syarikat pada April lalu. Virta memuat naik gambar-gambar Niki di laman sosial Twitter @FamousNiki untuk memuaskan hati peminat kucingnya.Tahun lalu, seekor kucing bernama Tadar Sauce telah menjadi kucing selebriti di internet selepas mencatat jumlah 'Like' sebanyak 1.2 juta di laman sosial Facebook.
 


Terima kasih kerana membaca Gambar Niki jadi kucing selebriti di Rusia. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



4 Komen:

  1. wah dah jadi selebriti yer kucing tu..comel :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. rezeki kucing tu, kat Malaysia belum sampai tahap macam ni lagi.

      Padam
  2. Lahhh pulak..macam baby la..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dah suka sgt, macam-macam boleh buat kat kucing

      Padam