Aku suka gak cendol ni weh, tapi tak le fanatik sangat. Masa cuti raya haji lepas, aku berkesempatan pegi makan cendol kat Taiping, kenapa Taiping, ikut aku lah sebab ni cerita aku hoho.. aku ada kaum kerabat kat sana walaupun aku asal Kelantan. Ada satu restoran cendol ni, sangat famous kat Taiping - Restoran Ansari Famous Cendol. Semua kaum ada makan dan minum cendol kat sini, tak kira bangsa. Time-time cuti, takyah citer, meja sure penuh sampai ada yg kena tapau je - beratur dan bawak balik rumah. Aku cam biasa mesti nak makan kat kedai nih jugak sebab feel dia lain skit. Tambah-tambah mood cuti kan.
Makan cendol di Restoran Ansari Famous Cendol Taiping
|
Tengok, org tengah beratur |
|
Cendol pulut, best! |
|
Belum cukup umur lagik |
|
Kecik pun layan gak |
|
Jangan tenung lama-lama |
|
The blogger |
|
Suasana |
|
Bakal penulis blog |
Best gak sekali sekala makan minum kat luar walaupun aku memang selalu makan minum kat luar. Minggu depan sempena cuti Deepavali, aku nak pegi jalan Johor plak, dengar citer hotel dah tempah. Bakal menyusul minggu depan gambar-gambar di Johor plak - Desaru rasanya. Kalau korang
sudi nak tengok aku jalan-jalan boleh je kat sini.
kek somban pu ado cendol best gak. tapi den belum pernh share lagi tempat tu kat blog atau instagram :D
BalasPadamkena share nih..gambar awek jgn lupa taruk sekali
Padamsaya minat jenis spesial punya..
BalasPadamEntri terkini saya : Template Wordpress FotoBESAR Buatan Malaysia
sama2, yg ada pulut dan kacang
PadamSedap cendol kat sini yea.macam pernah dengar orang cerita makan kat sini sedap.
BalasPadambiasa ada org singgah sini
Padamcendol pulut? nampak berbeda warna daripada cendol di Jakarta, lebih terang sedikit. hmmmmm, next time ke Malaysia mesti pergi ke Taiping sini. hehehe.
BalasPadamboleh aje pak
Padamtu dia. cendol taiping dah mai dahh..
BalasPadampencinta cendol kena try nih, plus highway arah utara, keluar cangkat jering, cari bandar taiping
Padamkat tempat aku skang musim hujan..jadi kurang la sikit selera aku nak makan cendol ni
BalasPadamalahai rugi tak cari restoran ni masa pergi taiping baru-baru ni
BalasPadamtgh2 pekan taiping
PadamCendol + kacang merah + krim jagung manis + pulut...herm, memang best in the world. EK.
BalasPadamcendol makan time hujan sedap ni.....feeling jap..haha
BalasPadamtaiping bila nak pergi hiii..perak taipig tunggulah..sedap menyentap tu ada tambah 2 kali tak?
BalasPadamsekali dah cukup sbb ramai lagi nak duduk kat meja.. hoho.. baiknya promo
Padam