Ikan Bakar Malim - Tempat Makan Di Melaka

thumbnail
Ikan Bakar Malim - Tempat Makan Di Melaka. Restoran ikan bakar ni agak famous di Melaka yang terletak di kawasan MITC Melaka berdekatan dengan Mydin Mitc Melaka. Restoran ikan bakar ini menyediakan makanan tengahari untuk anda semua dan terletak di lot kedai hujung ( corner lot ), nak parking pun senang.

Di Restoran Ikan Bakar Malim  ni, terdapat bilik hawa dingin dan tempat makan biasa yang ada kipas – cuaca panas sekarang baik anda guna bilik hawa dingin.

Hidangan istimewa di sini ialah ikan bakar. Di samping itu juga di sediakan juga menu-menu lain dan pelbagai jenis lauk pauk tetapi pastikan anda tidak membazir.

Ikan Bakar Parameswara Umbai Melaka

thumbnail
Ikan Bakar Parameswara. Kalau pergi jalan-jalan kat Melaka, tidak lengkap kiranya anda tidak mencuba masakan Melaka ataupun makan di tempat-tempat makan yang famous kat Melaka seperti di Ikan Bakar Umbai Melaka.

Selain itu, nda boleh  juga menjamu selera di Ikan Bakar Malim di MITC Melaka untuk makan tengahari. Bermacam pilihan makanan yang ada dan di harap anda berjimat cermat sebab nanti jangan la makan tengah hari belanjanya sama dengan makan malam. Makan malan biasanya kita nak rilek dan santai dan tentunya bajet lebih besar.

Jika hendak makan malam di Melaka, tidak sah kalau anda tidak mengunjungi Ikan Bakar Umbai. Umbai ni nama tempat dan di sana yang di milikki oleh persatuan nelayan, terdapat banyak kedai makan. Bayaran masuk untuk parking kereta rm1 sahaja.

Oh ya, ini adalah pengalaman saya ketika bersama keluarga di Phileo Resort And Spa Melaka. Malan-malan jalan-jalan kat Jonker Walk pun best juga.

Philea Resort & Spa Melaka - Unik

thumbnail
Philea Resort & Spa Melaka. Melaka, negeri yang kaya  dan dengan sejarahnya banyak tempat-tempat menarik untuk di lawati. Lagipun Melaka ni tidak jauh dari Kuala Lumpur menyebabkan ramai rakyat-rakyat Kuala Lumpur turun bercuti di Melaka. Biasanya saya kalau cuti akan ke tempat menarik di Terengganu.

Perjalanan dari Subang Jaya mengabil masa selama sejam setengah setelah meredah sikit jem kat Seremban, biasa le tu Seremban memang jem, Keluar tol Ayer Keroh Melaka. Pergi depan sikit, saya rasa dalam 3 km nampak signboard Philea Resort & Spa Melaka di sebelah kiri anda.

Tidak susah nak cari Philea Resort & Spa Melaka ni. Signboard dia berwarna kelabu untuk kawasan pelancongan kan. Dulu saya pernah ke Melaka dan tinggal di Hatten Hotel Melaka.

Sanpai Ayer Keroh dah tengah hari, cari tempat makan dengan tanya kekawan kat fb dan mereka cadangkan Ikan Bakar Malim di MITC.

Lexis Port Dickson – Water Chalet Yang Unik

thumbnail
Lexis Port Dickson. Banyak  jenis hotel yang biasa saya kan duduk bila bercuti kat mana-mana di Malaysia ni tetapi Lexis Port Dickson ni ada kelainannya. Terdapa beberapa jenis chalet kat sini dan yang saya tinggal ini ialah jenis water chalet  di mana chalet ni berada di atas air. Ini sangat berbeza dengan pengalaman masa sanya tinggal kat Avilion Port Dickson.

Sudah tentulah ada tiangnya dan boleh nampak apabila air pasang surut berlaku. Terdapat satu lagi hotel atau resort kepunyaan Lexis juga iaitu Grand Lexis Port Dickson yang berada bersebelahan Lexis Port Dickson sahaja.

Kalau dari Kuala Lumpur, saya akan ambil PLUS arah selatan menghala ke selatan keluar di exit Port Dickson seterusnya terus menghala ke Port Dickson. Tol dari Subang Jaya ke exit Port Dickson ialah sebanyak rm8.60 dan tol daripada exit tu ke Port Dickson ialah sebanyak rm3.20 sahaja.

Lexis Water Chalet Port Dickson
Cuti-cuti di Lexis Water Chalet Port Dickson

Daripada exit plus ke Lexis Port Dickson, saya akan keluar ke exit Lukut. Dari Lukut ikut jalan biasa menghala ke Port Dickson, akan jumpa Lexis Port Dickson berada di sebelah kanan – dekat je. Kalau dari Kuala Lumpu akan ambil masa lebih kurang sejam.

Biasanya saya kalau cuti-cuti Malaysie ke Terangganu seperti Awana Kijal Resort Terengganu.

Lexis Port Dickson –apa yang lain


Biasa saya tinggal kat hotel, Nampak sama sahaja kecuali keluasan dan susun atur dalaman. Tetapi bagi Lexis Port Dickson ni lain sikit. Apa yang lain dan unik kat sini, inilah yang saya nak kongsikan:

Lantai cermin boleh tengok air – dalam bilik kat Lexis PD ni, ada satu bahagian tu terdapat lantai di buat daripada cermin. Maka saya boleh Nampak air di bawah bilik ( chalet ni berada di dalam air ). Budak-budak suka le benda-benda cam ni kan. Boleh pijak-pijak cermin ni. Masa air tiada akibat daripada pasang surut air, Nampak le selut dengan tiang chalet kat bawah tu.

lantai cermin Lexis Port Dickson
Lantai cermin Lexis Port Dickson

Sky view – bumbung bahagian toilet dalam water chalet Lexis Port Dickson ni, boleh buka tutup mengikut kehendak kita. Kalau nak Nampak awan, Cuma Tarik tali yang di sambungkan ke bahagian bumbung atas tandas ni, bumbung akan terbuka dan cahaya matahari akan masuk. Pelik pula saya rasa struktur macam ni.

Chalet dalam air – iya, memang chalet ni dalam air tetapi apabila air surut, chalet ni berada di atas selut. Masa ada air, airnya jernih dan saya cuba mencari kalau ada ikan berenang, tak Nampak le pula. Tetapi ada guest yang memancing daripada beranda bilik. Ada dua kerusi kat beranda tuh dan satu meja kecil. Santai-santai sambal mincing boleh sahaja. Masa air bertiup kencang, best le rasa bayu udara laut tu.

Grand Lexis Port Dickson
Senang hati le tu


Khidmat boogie – khidmat transport dari lobi chalet ke bilik hotel. Ini macam kereta kecil untuk  muat barang dan 4 orang jika malas nak jalan kaki ke bilik. Nak jalan pun boleh jer, takde le jauh sangat. Kalau nak try naik boogey ni, call sahaja receptionist.

Promotion Lexis Port Dickson

Tiada pantai – Lexis Port Dickson ni tiada pantai. Kalau nak tengok atau main kat pantai, jangan tinggal kat sini. Chalet ni tepi pantai tetapi pantainya tak menarik, macam benteng cam tu la. Jangan ingat Lexis Port Dickson ni ada pantai pulak. Swimming pool ada ler. Di Grand Lexis Port Dickson, ada bilik yang ada swimming pool tetapi kena semak harga dulu la berbaloi ke tidak.

Itulah antara keunikkan Lexis Port Dickson ni. Sesuai jika korang nak tinggal di bilik yang berada di dalam air. Macam satu  kawasan di mana bilik-biliknya berada di di atas air – cantik pemandangan cam ni. Wifi percuma di mana anda akan di berikan password wifi untuk bilik anda – takde le laju sangat wifi kat sini.

lexis pd

Kadang-kadang Lexis Port Dickson ada buat promosi. Jika anda berminat, boleh le semak di lexispd.com. Cuba juga semak kat groupon mana tahu boleh dapat harga terbaik. Saya book water chalet ni masa MATTA 2015 di PWTC yang lepas dengan harga rm300.

Tempat Makan Lexis Port Dickson


Restoran Samudra – Restoran Samudra ni berada ni kawasan Medan Perbandaran Port Dickson berdekatan dengan Restoran D’Terapung. Nampak dalam internet Restoran D’Terapung lebih popular tetapi bagi saya Restoran Samudra lebih baik. Bila masuk parking kat sini, kereta penuh sebab waktu makan malam kot. Masuk-masuk jumpa restoran Samudra sebelah kiri dan restoran d’terapung berada di hadapan. Restoran Samudra penuh dengan orang nak dinner tetapi Restoran D’Terapung lenggang, hanya ada 4-5 keluarga sahaja sedang makan. Masakan paling best kat sini ialah ikan segar la – pilih ikan apa, timbang dan bagitahu nak masak apa. Harga sekilo lupa le berapa ringgit.

Saya rasa Restoran Samudra ni terbaik la kat sini.

restoran samudra ikan bakar port dickson


Makan pagi kat Port Dickson ni ( jika bilik anda tidak di sertakan dengan makan pagi ) dekat sahaja dengan Lexis water chalet Port Dickson ni. Keluar bilik, pandu dalam 1-2km sahaja, ada gerai roti canai sebelah kanan anda. Pukul 11 pagi pun masih ada roti canai lagi. Tak perlu nak merayau jauh-jauh, sama jugak kalau pergi jauh pun.

Teluk Kemang Port Dickson


Itulah pengalaman saya semasa berada di bilik 042 Lexis Water Chalet Port Dickson pada 17-18 April 2015. Jika anda nak tanyakan soalan, boleh tulis kat komen. Nanti saya kongsikan apa yang saya tahu tentang percutian di Port Dickson ni. Dengan Teluk Kemang pun dah tak jauh dah ni.


Belum Rainforest Resort aku datang

thumbnail
Belum Rainforest Resort Tasik Banding, Perak. Salah satu tempat menarik di Perak yang jauh daripada kesibukkan kota ialah Belum Rainforest Resort Tasik Banding, Perak. Lokasi Belum Rainforest ini ialah dalam perjalanan dari Gerik ke Jeli Kelantan dan sejauh 370km dari Kuala Lumpur.

Belum Rainforest Resort Tasik Banding, Perak - satu percutian yang mendamaikan sebab pemandangannya atau view Belum Resort ni ialah Tasik banding yang masih belum tercemar. Elok sangat kalau anda nak  hirup udara segar di sini bersama keluarga.

Kalau sudi baca, saya pernah ke tempat-tempat menarik di Malaysia yang lain.

Belum Rainforest Resort

Belum Rainforest Resort
Your gateway to nature

Lokasi Belum Rainforest Resort Tasik Banding, Perak.

Belum Rainforets ni terletak di Tasik Banding. Kalau korang nak ke Kelantan dari Perak lalu ikut Gerik, korang akan nampak resort ni kat sebelah kanan korang selepas jambatan nak memasukki Pulau Banding.



Lepas jambatan pertama ( atas tu ), korang boleh nampak resort ni sebelah kanan korang kalau korang menghala ke Kelantan dari Perak.



Tempat check in bawah bukit, bilik kena naik atas bukit, bawak kereta sendiri atau ada keta kecik untuk hantar korang.

Keciknya keta dia

Bilik

Aktiviti Di Belum Rainforest Resort

Banyak aktiviti boleh di lakukan di Belum Rainforest Resort ni. Kalau korang ambik pakej billik sekali dengan buat aktiviti outdoor ni memang best le. Ramai mat salleh buat cam ni.

Belum Rainforest Resort
Macam-mavam aktiviti kat cini

Layan air terjun.. perghhh.
Tengok Bunga Rafflesia
Belum Rainforest Resort
Mandi kolam

Tips Bercuti di Belum Rainforest Resort

Kali ni saya nak kongsi sikit tip bercuti di Belum Rainforest Resort:

Breakfeast - tak best sangat. Walaupun harga bilik paling murah pun rm350++ tetapi kalau tengok minum pagi tak padan dengan harga bilik. Mungkin sebab lokasi sini unik sikit. Tak banyak pilihan makanan tetapi keadaan restoran baik, ada meja kat dalam ekon atau pun nak santai kat luar tengok view.

Belum Rainforest Resort
Kontrol le ter
Belum Rainforest Resort
Makan bun atau kat kampung saya panggil roti kukus
Dinner aka makan malam - yang ni kalau korang makan kat resort ni memang mahal la kan. Apa kata korang keluar daripada resort ni. Korang boleh pergi ke Gerik dalam 30km ( malam-malam layan lab ter ) terdapat banyak kedai tomyam. Tetapi hati-hati sebab jalan pusing-pusing maklumlah kawansan bukit.

Sesetangah bilik tiada tv - yang ni mungkin ramai tak perasan masa booking kan. Ingatkan ada semua bilik ada tv macam hotel-hotel lain tetapi kat Belum Rainforest Resort ni, sesetengah bilik je ada TV. Jadi masa booking sebelum bayar, korang tanya-tanya le dulu kat resort ni.

Belum Rainforest Resort
Ni dia contact no.
Ada roof top - ni tempat lepak tinggi sikit kat sini. Dari roof top ni korang boleh tinjau-tinjau view Tasik Banding. Kat sini siap ada kerusi dan meja. Korang bawak makanan makan kat sini pun best jugak. Malam-malan ada nyamuk yer. Guest boleh je naik lepak kat sini, free je pun.

Kebersihan - keadaan luar resort ni tak bersih sangat, maklumlah nak kekalkan keadaan kehijauan hutan. dalam bilik bersih. Bilik ala-ala kayu cam tu lah. Ada view hutan dan view tasik - nampak le sikit tasik.

Aktiviti outdoor - no komen sebab saya tak join dan tak ambil pakej ni. Menarik kot tetapi ramai mat salleh yang buat aktiviti outdoor ni.

Perjalanan ke resort - kalau dari KL ambik masa 5 jam. Dari PLUS menghala ke utara, exit di Kuala Kangsar terus ke jalan biasa ke Gerik ( 100 km ). Dari pekan Gerik ke Belum Rainforest Resort dalam 30 km. Ini jalan pusing-pusing layan bukit.

Harga bilik  - min  rm350. Bagi saya harga bilik kat Belum Rainforest Resort ni mahal sebab resort ni 3 start je tau. Tetapi bila memikirkan keunikkannya, mungkin sebab tu harganya mahal. Memang jauh dari kota lah kata orang.







Sebarang pertanyaan tentang pengalaman kat Belum Rainforest Resort, korang boleh isi kat komen, nanti saya kongsikan terbaik untuk korang yang berhajat ke sini. -_-

Pengalaman bercuti:
encikarman.com
129 Belum Rainforest Resort
22 Feb 2015

Maggi Milo?

thumbnail
Makanan pelik saya jumpa kat internet - maggi milo. Aduh ada gak makanan cam nih, tak pernah lagi try maggi milo nih. Dalam maggi letak milo. Ermm.. menarik gak kan kalau nak try. Order kedai mamak pun boleh nih.

Saya pasti ramai yang belum cuba lagih nih, ada orang pernah buat. Tak percaya tengok gambar kat bawah tuh. Macam-macam dah  jadi kat Malaysia nih. Macam-macam jenis makanan timbul hasil dari idea yang cemerlang - syabas.

Kalau banyak masa, boleh je cuba pelbagai jenis resepi, letak nama. Kalau meletup... jual le kan. Cam tu ler kot usahawan makanan buat bisnes.

maggi milo
Try le, best nih.


Pelbagai jenis makanan dengan gambar sekali

Jalan-jalan online, terjumpa le makanan dan pelik-pelik ni. Nak kata eksotik pasti lah bukan tetapi idea simple jer dan terasa macam.. boleh jugak kan.

Kalau korang nak tengok lagi spesis makanan macam maggi milo nih, silakanlah. Saya kongsi link tuh untuk korang menikmati gambar yang warna warni tuh.

Mesti korang pun nak try gak kan?

Biskut Raya Online - Baru nih.

thumbnail
Ramadhan Menjelang Tiba - Sedar tak sedar, dah nak puasa kita ni ya. Baju raya dah beli ke belum? Saya belum lagi, ingat tahun ni nak beli baju macam pakistan tuh jer, warna putih atau kelabu - ala baju sampai lutut dan seluar tuh, sesuai untuk sembahyang. Kat Mydin banyak rasanya, tapi seluar macam tak sesuai sebab cutting tak ngam. Baju ok. Seluar kena tempah le gamaknya. Murah je kot kalau banding dengan baju melayu branded biasa. Baju melayu ni dah banyaj jat rumah, macam-macam warna dan tak di gunakan sepenuhnya. Tahun ni tukar fesyen pulak le.

Pantai Batu Burok Terengganu Aku Datang!

thumbnail
Cuti Terengganu - Minggu lepas saya nak keluarga pegi cuti di terengganu. Subang Jaya ke Kuala Terengganu dalam 6 jam. Karak highway - lebuhraya pantai timur - keluar jabor - kemaman - masuk balik lebuh raya pantai timur kat Bukit Besi - exit Kuala Terengganu. LPT belum siap sepenuhnya sebab keluar masuk LPT tuh. Masuk free je, takde tol lagih. Kalau ikut jalan lama tepi pantai lagi best, boleh tengok-tengok pantai kat terengganu - bawak kereta rilek jer baru lah cuti kan. Sebelum ni saya pernah beberapa kali ke Terengganu - The Legend Cherating dan Awana Kijal Golf Resort And Spa. Ini projek cuti sekolah saya dan keluarga.

Kuala terengganu aku datang!

thumbnail
Yahooo, cuti sekolah - budak-budak suka le kan. Anak saya pun sama gak sebab esok pagi kita nak bertolak bercuti ke tempat menarik di Kuala Terengganu. Terengganu ni banyak pantainya kan seperti Cherating tuh ( famous nih, saya suka pegi sini ) - pengalaman cuti kat Cherating. Kali ni atas sikit dari Cherating iaitu Kuala Terengganu. Hotel di Kuala Terengganu nak book - Ri Yaz Heritage | Marina Resort & Spa. Pokai kali nih tapi memandang sekali sekala, why not. Sekarang tengah survey tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Terengganu seperti Pasar Payang, Pantai Batu Burok, ahhh apa lagi ek? Tempat menarik kat Kuala Terengganu di listkan kat blog terbaek nih - ko punya list macam tak best le... ihiks.

Projek cuti-cuti Kuala Terengganu

thumbnail
Cuti sekolah dah nak dekat, maka sibuklah para ibubapa termasuk saya jugak nak pegi jalan-jalan le nih. Kali ni kalau takde aral melintang, saya ingat nak ke sebelah pantai timur pula - Terengganu. Sebelum ni dah banyak kali dah jalan-jalan kat Terengganu nih, awal-awal pagi kat tengah highway pun pernah. Tengah usha-usha hotel atau resort mana yang masih kosong lagi sebab rasanya dah lambat nak booking hotel nih. Survey-survey dah banyak hotel penuh. Saya ingat nak ke Kuala Terengganu, nak cari yang dekat dengan pantai - boleh main-main air sambil berjalan di gigian air dan juga sambil makan keropok lekor.

Hotel di Kuala Terengganu


Survey punya survey, ada beberapa hotel atau resort di Kuala Terengganu dan kawasan berdekatan. Dah booking satu. Kat sini saya nak kongsi skit pemandangan menarik hotel-hotel di Kuala Terengganu yang saya jumpa kat internet:


Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa


Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa Kuala Terengganu - Swimming Pool

Primula Beach Hotel


Primula Beach Hotel Kuala Terengganu - Swimming Pool

Grand Continental Hotel Kuala Terengganu


Grand Continental Hotel Kuala Terengganu Kuala Terengganu - Kenyir Pool

Prinzpark Terengganu Hotel


Prinzpark Terengganu Hotel Kuala Terengganu - Swimming Pool

TH Hotel and Convention Centre Terengganu


TH Hotel and Convention Centre Terengganu Kuala Terengganu - Swimming Pool

Nampak kemeriahan pegi cuti-cuti ni kan. Budak-budak paling best - sekali sekala iya dak. Walauapa pun, kalau nak memaksimumkan masa bercuti, kena rancang betul-betul supaya setiap sen yang di belanjakan memberi manfaat kepada semua.

Hiha!

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan - aku datang

thumbnail
Tok Aman Bali Beach Resort Pasir Puteh Kelantan - Ini cerita cuti sekolah yang baru lepas. Saya dan keluarga habiskan masa bersama kat Tok Bali Kelantan. Booking buat online dari KL. Drive dari Subang Jaya - Kelantan lalu ikut Grik-Jeli, lama gak dalam 5-6 jam baru sampai. Nak santai punya pasal, ok jer. Lagipun anak cuti sekolah kan, bila lagi nak jalan-jalan. Tok Aman Bali Beach Resort ni resort baru lagih, 2 tingkat takde lif, ada lampu yang guna cahaya matahari je sebagai sumber tenaga. Aktiviti cuti-cuti ni adalah antara kegemaran aku kalau ada duit lebih dan masa yang sesuai.

Lokasi Tok Aman Bali Beach Resort


Plus-Grik-Jeli-Tanah Merah-Machang-Pasir Puteh - Cari Tok Bali nanti jumpa lah tuh Tok Aman Bali Beach Resort. Percutian ni tak sempat nak ke Pantai Bisikan Bayu atas kekangan masa dan khidmat diperlukan dengan kadar segera di tempat kerja. Cam ni le kalau kerja dengan orang kan.

Tok Aman Bali Beach Resort - Location Map

Lepak di Main Place USJ Subang Jaya

thumbnail
Aku ni kadang-kadang suka gak lepak-lepak kat shopping mall nih. Ni yang terbaru, baru buka Main Place kat USJ, seberang jalan dengan One City jer. Tempat ni baru buka, serentak kebanyakkan kedai dalam Main Place USJ Subang Jaya ni buka, tak macam One City, kedai makan je banyak buka dan masih banyak kosong lagi lot-lot kedai. One City ni kalau dari Shah Alam menghala ke Puchong, ada kat sebelah kiri, ala bangunan yang terbengkalai lama tuh.

Setelah di paksa pergi dan dekat dengan rumah aku, aku pun pegi ler, tengok-tengok jap apa yang ada, ambik gambar skit sebagai kenangan hihi. 3 Tingkat dari bawah, shopping mall, tingkat-tingkat atas apartment atau kondo. Ada masa, pe kata lepak kat Main Place USJ nih, McD kat depan punti masuk jer. 



Festival belon udara panas Putrajaya - tengok gambar skit.

thumbnail
Semalam saya sempat juga ke belon udara panas Putrajaya, walaupun saat-saat akhir dah nak tamat cuti sekolah. Bawak keluarga jalan-jalan sekali sekala ni pun bagus gak untuk kesihatan. 2-3 hari ada festival belon udara panas putrajaya, orang kata best, aku pun pegi le. Bukannya jauh pun, Subang Jaya je ke Putrajaya dekat je tuh. Selepas baca citer-citer kat blog ctfand.com dan kat blog kayyana baru aku teringat belum update lagi pasal belon udara panas nih. Harap Hot Air Ballon Festival ni ada lagi tahun depan.

Jalan pasti jem le nak cari presint 2 berdekatan monumen alaf baru tuh tempat festival ni diadakan tapi tempat parking ada.

Sebelum tengok belon udara panas, singgah Alamanda dulu makan-makan skit.

One City aku datang

thumbnail
Korang pernah dengar One City Subang Jaya tak? Ini satu lagi tempat shopping dan lepak kat Subang Jaya, baru buka beberapa bulan lepas walaupun tak siap sepenuhnya. Masih ada lagi kedai-kedai yang belum siap dan masih banyak yang kosong. Pstt kat sini ada panggung wayang Cinema X, sesuai sangat untuk kaki wayang nih. Untuk penduduk kawasan USJ, Puchong, Alam Megah Shah Alam dan Putra Heights, boleh le jenguk-jenguk kat sini sebab dekat dgn tempat korang.

Sky Park


Pe benda nih? Ini tingkat 10 One City di mana korang boleh naik guna lif laa... kat tingkat 10 nih ada tempat makan yang santai sebab view dia boleh tahan. Nampak Puchong, USJ dan Putra Heights. Angin kuat ooo.. tingkat 10 katakan. Dan yang unik nya, lantai tingkat 10 ni adalah kaca? Maknanya korang boleh nampak ground floor celah kaki korang dari tingkat 10  nih. Gayat ooo... pasti gayat, budak kecik pun gayat, tak boleh nak melangkah.

Jom layan gambat One City skit:

Nasi Lemak Telanjang

thumbnail
Chef Wan tidak berpuas hati dengan hidangan nasi lemak di dalam penerbangan MAS. Syarikat penerbangan Malaysia Airlines menjawab komen Chef Wan yang menganggap nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi sebagai 'telanjang'. Gambar yang dimuatkan di akaun Instagram turut menerima pelbagai reaksi di media sosial.


Dalam kenyataan Malaysia Airlines kepada Astro AWANI, syarikat penerbangan nasional itu akan terus mempertingkat mutu makanan mereka. 



"Malaysia Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi dalam penerbangan ke Bangkok.

Kuey Teow Goreng Doli - Taiping

thumbnail
Kali ni aku nak kongsi sikit restoran makanan yang famous dengan kuey teow goreng di Taiping. Kalau orang Perak mesti tahu le kan. Kat KL pun ada gak cawangan restoran makanan nih. Nama restoran nih Kuey Teow Goreng Doli. Masakana terbest kat sini tentulah kuey teow le, masakana lain pun ada jugak ler. Harga RM5 sepinggan, ada udang kecik-kecik, ada kerang, ada taugeh dan sayur-sayur ler. Rasa macam terlebih goreng, itu yang best tuh. Kalau turun Taiping, jangan lupa singgah Kuey Teow Goreng Doli ni, terlajak sedap kuey teow nih. Time cuti, sorry le, parking jauh-jauh, meja full. Kalau nak baca aku makan ramai-ramai kat Wong Solo, best gak.

Gambar Kuey Teow Goreng Doli

Sushi bahaya kepada jantung

thumbnail
SUSHI selama ini dikenali sebagai makanan sihat kerana ia mengandungi rendah kalori tetapi kaya dengan omega-3.Tetapi kajian mendapati, rutin pengambilan sushi akan membuatkan tubuh terdedah kepada lebih banyak logam, sekali gus meningkatkan risiko penyakit jantung.Menurut kajian tersebut, ikan mentah berpotensi membahayakan kesihatan kerana tinggi kandungan logam berat. Raksa boleh menyebabkan sistem saraf terjejas jika diambil dalam jumlah yang banyak manakala raksa dalam makanan cepat diserap oleh tubuh.

Kandungan Raksa Tinggi! 

Port Dickson aku datang

thumbnail
Hujung minggu lepas, aku pergi lepak-lepak di Port Dickson, nak tenangkan minda skit sambil hirup udara masin tepi pantai nih, aku memang suka ke tepi pantai bermain ombak dan usha-usha apa yang patut. Dari Subang Jaya, dekat je nak ke Port Dickson ni, tak sempat nak boring dah sampai, bayar tol skit ( 2 tol ) follow sign board jer, sampai le tu. Lagi satu kat Port Dickson ni orang kata ikan bakar dia best? Iya ke? Sapa-sapa pernah ke Port Dickson mesti dah try ikan bakar kat sini. Kalau korang nak usha lagi, aku pernah jalan-jalan kat tepi pantai yang lain di Malaysia nih. Lagi satu aku nak ingatkan, kalau dah dapat payment projek online ataupun kerja part time online ni, pergi le jalan-jalan bawak famili.


Lokasi Dan Review Avillion Port Dickson



KFC bakal buka restoran mesra alam

thumbnail
PENGENDALI francais restoran KFC di Malaysia, QSR Brand (M) Holdings Sdn Bhd (QSR Brand) akan membuka cawangan restoran KFC mesra alam di Nilai, Negeri Sembilan menjelang suku pertama tahun depan, sekali gus menjadi cawangan pertama seumpamanya di Malaysia.Pengarah Urusan QSR Brand Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, pembukaan cawangan itu melibatkan pelaburan kira-kira RM5 juta.

“Bagaimanapun buat masa ini, kami masih berada di peringkat untuk mereka bentuk restoran itu," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian antara KFC (Semenanjung Malaysia) Sdn Bhd dengan pengeluar skuter Eclimo Sdn Bhd di Kuala Lumpur, semalam.
Melalui perjanjian itu, Eclimo akan membekalkan skuter elektrik 100 peratus mesra alam bagi operasi penghantaran KFC di sekitar Lembah Klang.

KFC Delivery


Pulai Desaru Beach Resort - Pengalaman bercuti

thumbnail
Cuti Deepavali lepas, aku sempat pegi jalan-jalan kat Johor plak, biasa kat belah-belah pantai timur tuh, biasa sangat. Lagipun hujan sekarang ni tak sesuai ke pantai timur. Kali ni ke selatan, Johor. Pulai Desaru Beach Resort and Spa menjadi tempat tinggal kali nih. Sebelum pegi, hotel kena settle dulu beb sebab musim cuti ni biasanya ramai orang kat hotel takut takde kosong plak kan. Sebelum-sebelum ni aku pernah kongsikan pengalaman aku jalan di Awana Kijal Terengganu, perabih duit di Melaka, Teluk Batik, Cameron Highland dan Langkawi. Kalau dapat duit dari join mana-mana contest seperti Contest SEO Eridy.com boleh gak buat jalan-jalan. Takkpun duit dari kerja sampingan/parttime atau duit dari blog yang senang nak buat nih.

Pulai Desaru Beach Resort Dan Spa

Jalan ke Desaru dari KL