Home » » Proton keluar hybrid hujung tahun ni

Proton keluar hybrid hujung tahun ni

Proton Holdings Bhd. (Proton) akan mengeluarkan kereta hibrid menjelang akhir tahun ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri bagaimanapun berkata, status membabitkan pengeluaran dan jualan kepada umum hanya akan dimaklumkan kemudian.

"Kita yakin dan percaya, Proton akan menepati perjanjian yang telah dipersetujui selama ini dalam mengeluarkan kereta tersebut," katanya ketika menjawab soalan tambahan Azmin Ali (PKR-Gombak) yang ingin tahu status terkini kereta tersebut.
Menurut Hamim, prototaip kereta berkenaan telah siap dibangunkan oleh Proton dan merupakan satu kemajuan dalam industri automotif negara.

Katanya, kejayaan tersebut seiring dengan hasrat kerajaan untuk menjadi hab pengeluar dan penjual pada masa hadapan dengan sasaran untuk mengeluarkan kira-kira enam juta kereta jenis hibrid dan elektrik.

"Mengenai kereta elektrik pula, perancangan masih berjalan lancar dan menepati sasaran untuk dikeluarkan pada akhir 2015," katanya.

Terdahulu, menjawab soalan asal Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa), Hamim berkata, Proton dan Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) tidak menjalinkan kerjasama untuk menghasilkan kereta hibrid.

"Kedua-dua syarikat mempunyai pelan hala tuju tersendiri, termasuk bagi aktiviti peluasan pasaran, peningkatan produktiviti serta kualiti, pengurangan kos dan pembangunan bekalan yang berdasarkan pelan transformasi syarikat masing-masing," katanya.



Terima kasih kerana membaca Proton keluar hybrid hujung tahun ni. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



2 Komen: