Enjin carian pekerjaan, JobStreet.com mendedahkan lebih 58 peratus golongan pekerja di negara ini menjangkakan pembayaran bonus dan peningkatan gaji pada tahun ini. Dalam kaji selidik yang dijalankan, para pekerja percaya bahawa mereka telah memenuhi kriteria dan jangkaan majikan dalam menunjukkan prestasi kerja. Malah, kaji selidik itu turut menunjukkan para pekerja di luar negara telah menerima pembayaran bonus secara purata 1.7 bulan gaji. Di Malaysia, para pekerja menerima pembayaran bonus secara purata 1.5 bulan gaji.
Malah, lebih menggembirakan apabila 30 peratus daripada majikan bersetuju untuk menawarkan bonus-bonus lebih tinggi kepada kakitangan masing-masing berikutan prestasi perniagaan yang semakin baik.
Syarikat-syarikat dalam industri elektronik, perakaunan/audit dan sektor hospitaliti berjanji akan membayar dua bulan bonus yang melebihi purata pembayaran kaji selidik.
Sektor kewangan, perbankan dan sektor sumber manusia telah menunjukkan bahawa mereka akan membayar bonus sebanyak empat bulan dan ke atas," menurut laporan JobStreet.com.
JobStreet.com telah menjalankan kaji selidik tersebut pada Februari lalu melibatkan para pekerja dan majikan di negara ini mengenai pembayaran bonus dan peningkatan gaji pada 2014.
Sejumlah 3,287 kakitangan dan 620 majikan telah mengambil bahagian dalam kaji selidik tersebut.Bercakap mengenai peningkatan gaji pekerja, kaji selidik itu menunjukkan 54 peratus daripada pekerja menjangkakan peningkatan gaji sekurang-kurangnya enam peratus pada tahun ini.
Bagaimanapun, hasrat itu mungkin tidak dapat dicapai kerana para majikan hanya mampu membayar peningkatan gaji secara purata 5.5 peratus.
Sektor perbankan merupakan satu-satunya sektor yang menunjukkan peningkatan gaji tertinggi di Malaysia dengan 10 peratus peningkatan.
Harap-harap gaji naik bonus pun masyuk lah..:-)
BalasPadamsmua benda naik...gaji kena naik lah kan..kikiki
BalasPadamtul, gaji kena naik, kadar kenaikkan mesti lebih dr dulu.
Padambarang naik, gaji pun kena la naik hihi
BalasPadamtul2, baru ada life skit... takkan nak lepak rumah je kan.. tapi gov dgn swasta kena kerjasama.
Padamni yang perlu di laksanakan.. memandangkan kos sara hidup pun terlalu tinggi sekarang
BalasPadam