Cara buat duit online blog atau facebook. Memamg ramai yang suka buat
duit, tambah-tambah duit online plak kan. Tetapi tak ramai yang Berjaya. Nak
buat duit online ni kena sabar sebab duit tu tak dapat banyak dalam masa yang
singkat sahaja kecuali and dah famous dan tahu cara-caranya nak singkatkan
masa. Biasanya kena ada rujukan atau belajar dari mereka yang telah Berjaya seperti
yang terdapat dalam seminar online buat duit ni.
Saya cuba kongsikan dan ringkaskan dalam satu entry ni cara-cara rakyat
Malaysia boleh buat duit secara online dari rumah melalui blog atau/dan
facebook. Mohon baca sampai habis sebab mungkin dalam beberapa cara cari duit
online nih, ada yang sesuai dengan anda, mesti ada lah. Bagi yang dah tahu,
mungkin entri ni boleh ingatkan kembali dan kongsikan apa cara-cara anda boleh
dapat income pertama secara online.
Pendapatan dari google adsense
Buat duit dari ppc google adsense. Mungkin ramai yang dah cuba, dan saya
pasti tak ramai yang Berjaya. Caranya, daftar akaun google adsense di
google.com/adsense, bila dah lulus akaun, cari size iklan adsense yang sesuai
dan letak kat blog. Mesti ada blog. Kalau takde boleh letak kat video youtube.
Serius ke korang nak buat duit dengan blog ni? |
Tip-tip nak buat duit dengan adsense nih, korang boleh baca panduan buat duit adsense 2014. Dah banyak saya
kongsikan pengalaman saya kat situh. Saya takde le hebat sangat, tapi sudah
banyak kali dapat payment adsense ni. Saya kongsikan secara percuma sahaja. Sila
lah baca dengan gembira.
Pendapatan dengan kerja sampingan online dari rumah
Buat duit dengan jobdirumah. Ini satu kerja sampingan secara online. Setiap hari ada senarai kerja yang akan di berikan kepada korang, korang mohon kerja yang sesuai. Jika dapat, buatlah kerja tuh hingga selesai baru dapat payment.
Kerja-kerja yang di sediakan simple jer – data entry cleark, buat design dll. Cari yang sesuai dengan korang baru boleh siap.
Kerja part time atau kerja sampingan ni sesuai untuk semua orang tetapi memerlukan sedikit kemahiran BI. Tahu sikit-sikit dah boleh buat. Dan buat secara online sahaja dari rumah.
Saya pernah tulis pasal jobdirumah ni secara lebih detail. Bolehlah luangkan masa seminit du abaca mengenai cara buat duit dengan kerja part time dari rumah ni.
Pendapatan dari 8share tanpa modal
Buat duit dengan 8share. Yang ni lain skit daripada nuffnang dan adsense
sebab yang ni boleh promote kat facebook dan blog. Ramai yang Berjaya buat duit
dari 8share nih dan dapat komisen yang kencang, tapi mesti guna
cara yang betul sebab kalau tak 8share
tak bayo.
Daftar 8share, akaun akan di luluskan. Lengkapkan maklumat diri dan dah
boleh start buat duit dengan 8share.
Ada 3 langkah untuk ambil iklan 8share. Saya ada ulas kat entri cara ambil iklan 8share dengan mudah dan juga cer lihat pendapatan 8share saya yang
tak seberapa. Semoga menjadi motivasi untuk korang buat duit dengan 8share
tanpa modal.
Buat duit dengan tulis review / advertorial
Komisen dari buat review memang masyuk. Ramai yang teridam nak dapat
kerja review produk atau servis kat blog ni tetapi tak ramai yang Berjaya.
Sebelum ni hanya blog yang popular ( ramai follower ) sahaja yang boleh dapat
duit dari review atau advertorial nih.
Sekarang tidak lagi dengan kemunculan portal advertorial – tonjolkan blog
untuk di jumpai oleh bakal pengiklan.
Kat portal advertorial ni, blogger dan pengiklan daftar dan pengiklan
akan mencari blog-blog yang berdaftar
untuk di berikan kerja review produk atau servis – advertorial. Harga blogger
dan pengiklan akan tentukan dan binvang bersama.
Pihak portal tak akan ambik komisen pun tetapi blogger yang berdaftar
kena bayar yuran.
Maklumat lanjut mengenai daftar, yuran dan modus operandi portal
advertorial ni, boleh lah korang usha-usha kat entri terbaik tentang buat duit melalui review / advertorial nih.
Buat duit dengan tawarkan produk / service
Korang juga boleh buat duit dengan memberikan khidmat kepakaran korang
untuk blogger-blogger lain. Korang tawarkan servis korang ( apa-apa servis yang
di fikirkan perlu ) di ilancee dan sesiapa yang nakkan servis korang boleh
dapatkan servis tersebut dengan sedikit bayaran ( korang tentukan harganya ).
Daftar dengan ilancee, isi maklumat servis yang korang sediakan, jika
servis ni di luluskan oleh pihak ilancee, servis korang akan terpapar di portal
ilancee.
Jika terdapat pelanggan nak khidmat servis korang, di sinilah caranya
korang boleh dapat duit dari servis korang tersebut.
Maklumat lanjut, korang boleh baca kat entri buat duit dengan ilancee ni
dengan senang dan jelas.
Pendapatan affiliatte
Buat duit dengan affiliate. Yang ni kalau menjadi memang boleh jana
pendapatan yang konsistan setiap bulan dan ramai blogger-blogger lama yang
gunakan cara ni untuk dapat duit online.
Sebelum tuh kena daftar dengan portal yang sediakan program affiliate seperti
klikjer dan ashadee ( popular kat Malaysia ). Setelah daftar, pilih produk yang
sesuai dengan blog korang untuk di promosikan. Kalau tak, sia-sia sahaja
bermakna tak ada sale dan korang pun tak dapat jana pendapatan dengan affiliate
nih.
Untuk buat duit dengan affiliate ni, korang kena banyak belajar
teknik-teknik SEO – page pertam kat enjin carian. Ini perlukan masa dan kalau
boleh belajer lah dari mereka yang telah Berjaya.
Owner program affiliate ashadee ada sediakan webinar percuma untuk buat duit dengan affiliate, sangat bagus sebagai permulaan – free dan dari orang
berpengalaman serta secara online
sahaja. Try ah dengan dan tengok video tuh.
Pendapatan dari Nuffnang
Nuffnang pun pay per klik gak, maknya ada klik barulah boleh duit. Nuffnang ni syarikat Malaysia. Daftar dan lulus, ambik kod letak kat blog. Ada 3 sahaja saiz iklan yang di sediakan.
Cara nak ambil kod dan letak kat blog senang sangat. Ada di sediakan panduan kat dalam akaun nuffnang. Pilihan iklan tak banyak. Kalau korang blogger famous boleh masyuk banyak income dengan nuffnang ni. Kalau baru nak start, memang ambil masa.
Ramai blogger Malaysia guna nuffnang ni kan. Kalau tengok kat blog-blog, ramai yang letak iklan nuffnang nih, teruskan sahaja dan buatkan dengan yakin. Tetapi ramai jugak yang kecewa sebab setelah lama bersama nuffnang, incomenya tak seberapa. Mungkin caranya tak kena kot.
Nuffnang ni sensitive skit. Korang cuba lah sendiri kat nuffnang.com.my
Terdapat banyak cara buat duit online. Pilih mana yang sesuai dengan
korang dan konsistan amalkan secara 3 bulan dulu dan monitor perkembangannya.
Kalau boleh jana duit, teruskan sahaja dan cuba yang lain juga.
Semoga korang boleh dapat income pertama dari program buat duit online
yang saya kongsikan.
Banyaknye.... nak buat semua ke nak fokus pada yang tertentu je ye?
BalasPadamtry semua bro, baru tak boring
PadamBagus ni tuan. Nak kena cuba satu-satu ni :-)
BalasPadamrasanya tuan dah berjaya dalam kebanyakkan program2 di atas.
PadamBoleh juga buat blog banyak-banyak. Kemudian jual kepada yang memerlukan.
BalasPadamok gak nih.. saya tak pernah pula buat cam tuh
Padampendek kata, kena rajin benda nih. baru leh dapat hasil masyuk.
BalasPadamada guru cam titan baru best
Padam
BalasPadamLondon188 merupakan situs judi online aman dan Terpercaya dengan banyak pilihan game dari
permainan sport (bola) , casino, poker, slot mesin.. dalam 1 akun bisa di mainkan all game.
Dengan costumer service yang ramah dan fast respon merupakan sebuah kenyamanan bagi semua member 🙂
adapun promo menarik yang telah di sediakan di london188 yaitu
- Bonus new member 20% - 50% (Berlaku untuk semua permainan kecuali poker)
- Bonus Cashback dan Komisi Rollingan 5% - 10% (semua permainan)
- Bonus Refferensi 2% - 5% (semua permainan)
- Bonus referrensi Poker ( 0.10% - 0.20%)
- Bonus Harian deposit 10% (semua permainan kecuali poker)
- Bonus Harian deposit 5% (poker)
- Extra Bonus 100% (sport , live casino, live game , slot game)
- Bonus Poker new member 20%
Ayo tunggu apa lagi segera bergabung bersama kami dan Nikmati promo kami dan salam hoki bersama kami 🙂
Kontak kami :
- website resmi : www,london188,com (koma di gantikan titik)
- Whatsapp : +639662448379
- Facebook : London michael