Cara senang cari idea untuk tulis blog

thumbnail
Bagi blogger, untuk menulis satu-satu post tu agak sukar dan memerlukan masa yang banyak kecuali post yang hendak ditulis tu memang mengenai benda-benda yang menjadi kepakaran blogger. Kebanyakkan blogger adalah seperti pencerita dan jarang menulis menggunakan sepenuh hatinya sebab blogger pun mendapat idea penulis daripada bahan bacaan lain.

Takpe le, itu cara masing-masing. Hendak menulis post yang berkualiti memang memerlukan usaha lebih. Kalau hendak merepek-repek tu memang lah senang kan, hanya masukkan keyword yang hendak di target dan yang lainnya gunakan lah bahasa yang santai pun ok. Asalkan keyword tu di tulis dengan baik, betul ejaannya.

Ramai yang saya tengok, bijak bermain dengan keyword. Memang boleh kesan kalau sesuatu entry tu nampak santai penulisannya tetapi bila masuk bab keyword, tulisan terus jadi skima skit. Takpun kalau post tuh tentang review produk affiliate, memang berbeza dengan cara penulisan untuk buat post biasa-biasa.

idea tulis blog

Cara senang cari idea untuk tulis blog


Caranya sangat senang. Ambil cerita-cerita kat viral kat facebook. Tahukah anda, apa yang sedang viral kat facebook, pada hari pertama tak pengguna facebook menerima berita tersebut ( berita itu belum muncul kat wall ). Mungkin hari ke atau ke 3 akan lebih meluas lagi berita itu tersebar.

Anda sebenarnya boleh buat duit dengan menulis, tapi kena tahu caranya supaya jalan yang anda ambil adalah jalan terpantas!
- Ayahanda, Cyberjaya 19 Ogos 2015

Jadi jika anda rasanya. anda menerima sesuatu berita viral itu di kalangan pengguna facebook yang terawal, anda boleh gunakan berita ini untuk di buat post kat blog anda.

Gunakan ayat sendiri dan  sudah tentulah gambar atau video anda boleh gunakan yang dah sedia ada di facebook. Inilah cara senang untuk cari idea update blog anda. Salah ke cara ni? Bagi saya tidak salah sebab banyak post blog pun adalah mengenai benda yang sama, hanya ayat-ayat yang di gunakan sahaja berbeza.

Dan isu-isu yang viral telah terbukti dapat menarik minat orang untuk ambil tahu, jadi trafik boleh masuk ke blog. Cuma nasihat saya, jika mahu sesuatu isu viral itu terjah wall anda lebih cepat dari pengguna facebook lain, anda kenalah aktif kat facebook, like dan join lebih banyak group supaya nanti takde lah anda update blog mengenai cerita yang dah ramai orang tahu.

Jom update blog.

Kenapa Iklan Responsive Adsense Tak Keluar Dan Cara Penyelesaianya

thumbnail
Kenapa iklan adsense tak muncul di blog anda tetapi hanya memberikan runag kosong sahaja tanpa iklan? Keadaan in juga menampakkan blog anda tidak professional kerana sepatutnya lokasi iklan adsense muncul tetapi hanya ada ruang kosong sahaja. Ini masalah besar kepada mereka yang membuat duit dengan google adsense.

Anda telah meletakkan kod adsense ( terutamanya di dalam template blog ) dengan cara yang betul termasuklah anda telah encoded kod adsense tersebut menggunakan tool untuk encoded kod adsense tetapi iklan adsense masih tidak keluar seperti yang sepatutntnya. Kenapa ini boleh berlaku. Cara penyelesaianya ada di tawarkan oleh mereka yang pakar tetapi kosnya mencecah rm300. Mampukah anda terutamanya jika income adsense anda baru sahajanak meningkat?

Jika iklan adsense tidak keluar sama ada di sidebar atau mana-mana lokasi adsense dalam blog, macam mana nak dapat income secara online. Jadi masalah ini boleh di katakan masalah besar bagi pemain adsense Malaysia dan perlu penyelesaianya segera.

Jadi, analisis adsense kali ni cuba memberikan penyelesaianya kepada masalah iklan adsense tak keluar di blog anda. Sayang betul kalau ada akaun emas adsense ni tetapi tidak di gunakan maksimun mungkin sebab bukan senang nak dapat akaun adsense.

Kenapa iklan responsive adsense tidak keluar di blog


Terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan iklan responsive adsense tidak muncul di lokasi yang telah anda tetapkan. Sebab yang utama ialah anda tidak setkan luas ruang untuk iklan adsense tersebut. Ini adalah sebab utama jika kita andaikan cara anda masukkan iklan responsive adsense adalah betul.




Kenapa memilih iklan responsive? Sekarang ini iklan responsive sangat penting kerana ramai user yang buka blog guna tab dan smartphone yang mempunyai saiz skrin yang berbeza. Jika iklan terlalu besar, hanya separuh sahaja iklan adsense akan kelihatan di skrin. Jadi jika iklan jenis responsive di gunakan, saiz iklan akan di sesuaikan dengan saiz skrin tab dan smartphone juga pc user.

Jadi kebarangkalian pendapatan adsense anda meningkat adalah tinggi. Masalah iklan adsense tidak keluar ini sangat penting dan anda boleh gunakan cara di bawah untuk cuba selesaikan masalah ini..
Cara selesaikan masalah iklan responsive adsense tidak keluar

Kita anggapkan masalah utama iklan adsense tidak keluar di blog ialah kerana kita tidak setkan saiz  ruang untuk iklan responsive tersebut. Jadi cara penyelesaianya kepada masalah ini ialah kita akan setkan saiz untuk iklan responsive tersebut supaya sesuai dengan apa juga device yang di gunakan untuk buka blog.

Cipta kod adsense dari adsense akaun

  1. Pergi ke akaun adsense
  2. My ads > New ads unit
  3. Pada ads size, pilih Responsive
Kenapa Iklan Responsive Adsense Tak Keluar Dan Cara Penyelesaianya



Simpan kod adsense yang kelihatan seperti di bawah di dalam notepad.



Apa yang anda perlu nanti ialah:

data-ad-client="ca-pub-3233145948839720"
data-ad-slot="8555434693"

Pasang responsive adsense unit di blogger widget


Blogger widget kat sini seperti sidebar. Jika anda nak pasang iklan adsense di blogger widget, ikut langkah-langkah berikut:


  1. Blogger > Layout > Add a Gadget
  2. Pilih "HTML/JavaScript"
  3. Paste kod di bawah



Apa yang anda kena ubah:

max-width: 300px
300px tu adalah lebar sidebar anda. Kalau lebar sidebar 400px, tukar 300px ke 400px.

data-ad-client="xxxxxxx"
gunakan nilai yang ada dalam kod adsense yang telah anda buat tadi.

data-ad-slot="xxxxxx"
gunakan nilai yang ada dalam kod adsense yang telah anda buat tadi.

Save template anda dan siap.

Jika anda mempunyai masalah, sila tulis di ruangan komen untuk bantuan kami. Terima kasih.

Komisen Affiliate Dari Ashadee Marketplace

thumbnail
Ashadee marketplace. Memang tidak sah lagi buat duit dengan affiliate ni tak susah mana kalau anda dah jumpa caranya. Tambah lagi kalau blog anda tuh senang nak rank kat google dengan erti kata lain SEO dah ada di amalkan. Kalau setiap entri baru yang anda update tu boleh menaikkan alexa ranking ( nombor makin kecil ), maknanya blog anda makin senang nak rank.

Mengikut pengalaman saya, jika anda buat blog baru, anda kena buat entri hampir setiap hari selama 3 bulan berturutan, selepas tuh barulah blog anda senang nak menjana hasil terutamanya daripada program affiliate - make money online for free.

Sebelum itu, anda kenalah bersabar dulu membuat entri-entri yang bermanfaat kepada pembaca. Blog saya pun kalau dari segi alexa ranking selepas perubahan baru-baru ini, jatuh teruk tetapi nasib baik la hasilnya daripada blog ini masih boleh dapat walaupun tak banyak. Paling kurang saya tahu dan memotivasikan diri untuk maintain blog ni seadanya.


Pendapatan sampingan tanpa modal dengan affiliate


Pendapatan sampingan tanpa modal adalah sesuatu yang di impikan oleh ramai orang, tambah-tambah lagi kalau tanpa modal kan. Maksudnya apa yang anda dapat tu adalah 100% percuma la kan.


komisen affiliate ashadee july 2015


Ini adalah pendapatan sampingan saya daripada ashadee marketplace tempat di mana terdapat banyak produk digital untuk di jual. Anda pun boleh juga untuk menjana pendapatan dari rumah dengan ashadee marketplace ni tetapi kena tahu caranya.

Saya cadangkan anda baca tip-tip buat duit dari rumah yang telah saya kongsikan dalam blog ini dan amalkan. Jika nak cara lebih senang, anda dapatkan dan baca cara seo buat duit online ini.

Info: Guna SEO untuk berjaya dalam affiliate

Lama-lama anda akan berjaya, itu saya pasti sebab saya pernah melaluinya daripada tak dapat apa-apa hasil, lama-lama barulah beroleh pendapatan sampingan tanpa modal daripada blog.

Bekerja Dari Rumah Tanpa Jual Produk

thumbnail
Ramai orang suka untuk bekerja dari rumah tetapi tidak ramai yang berjaya mencapai impian tersebut. Sekarang tidak lagi. Angan-angan bekerja dari rumah ni tidak mustahil lagi dan boleh di capai. Bagaimana caranya untuk bekerja di rumah? Ada cara-caranya yang nak cuba saya kongsikan kat sini.

Bekerja dari rumah tidak sama dengan berniaga dari rumah. Berniaga dari rumah adalah anda kena jual produk, ada produk yang hendak dijual cuma tiada kedai sahaja. Berbeza dengan bekerja dari rumah kerana bekerja dari rumah anda melakukan kerja-kerja yang sebenar tetapi anda tidak perlu keluar rumah. Hanya lakukan di depan computer anda yang ada sambungan internet. Menarik bukan sebab bayaran dalam USD. Kerja macam mana tu yang boleh di buat depan computer sahaja?

Bekerja Dari Rumah Tanpa Jual Produk


Betul, anda tidak perlu jual barang atau servis. Anda juga tidak perlu join mana-mana program ataupun melatih ahli baru di bawah anda sebab ini bukannya MLM tetapi kerja yang sebenar. 

Contoh-contoh kerja yang di sediakan ada di dalam entri contoh kerja untuk bekerja dari rumah.
Anda juga tidak perlu menjadi ahli mana-mana syarikat dan juga tanpa menyertai mana-mana program buat duit yang berleluasa sekarang. Memang anda boleh dapat senarai kerja untuk di buat dari rumah melalui internet, tetapi terdapat satu portal yang telah senaraikan untuk anda. Senang kan. Anda hanya perlu ada username dan password untuk log in semak kerja yang tersenarai.

Bekerja Dari Rumah Tanpa Jual Produk


Apa yang anda kena buat ialah, cuba dapat kerja daripada penyedia tersebut dengan memohon secara online, syarikat tersebut akan meneliti kebolehan dan kelayakkan anda serta upah yang anda minta untuk siapkan kerja terbabit. Selain itu, syarikat tersebut juga akan menimbangkan berapa lama anda ambil masa untuk siapkan kerja yang di berikan. Dari semua factor tersebut, barulah syarikat akan membuat keputusan sama ada anda Berjaya dapat kerja tersebut atau orang lain yang dapat

Kerana orang lain pun minta juga kerja tersebut. Jadi profile anda kena le mantop barulah beroleh kepercayaan daripada syarikat penyedia peluan pekerjaan dari rumah.

Panduan Asas Dan Video Tutorial Bekerja Dari Rumah


Macam banyak benda kena buat kan, jangan risau kerana satu syarikat iaitu jobdirumah telah mengambil inisiatif dengan memudahkan segala urusan di mana syarikat ini telah menyediakan portal yang menyenaraikan beribu-ribu peluang kerja dari rumah.

Malah mereka juga teah menyediakan panduan asas dan video tutorial untuk mendapatkan kerja dari rumah – senang kan.

Caranya senang sahaja.

1. Anda bayar rm50 kepada syarikat yang menyediakan panduan  ini
2. Anda akan di berikan username dan password untuk log in ke portal senarai kerja
3.  akan di berikan panduan asas dan video tutorial untuk mendapatkan kerja tersebut

Panduan telah di berikan di mana anda hanya ikut sahaja panduan yang diberikan untuk pertama kali nya, selepas itu anda sudah tahu macam mana nak dapatkan kerja di rumah.

Boleh faham tak perkongsian saya ini, kalau masih kabur, anda boleh baca maklumat lanjut tentang kerja di rumah.

Jom tambah pendapatan anda hanya dengan bekerja dari rumahsecara parttime atau full time.

Komisen Affiliate Ashadee June 2015

thumbnail
Ramai orang suka nak nak buat duit secara online tetapi tidak ramai yang sanggup melabur untuk mencari ilmu mengenainya. Salah satu bidang yang boleh di ceburi ialah mempromosikan produk affiliate. Tahukah anda, affiliate Malaysia yang manakah yang berbaloi untuk disertai?

Affiliate Malaysia mungkin satu perkataan asing bagi mereka yang belum biasa dalam bidang make money online for free ni. Bidang affiliate ni sangat luas tetapi kebanyakkan blogger dari Malaysia yang menceburi bidang affiliate ni memilih untuk menyertai ashadee.com dan klikjer.com dan bagi saya pula, saya lebih suka ashadee.com untuk membuat duit dengan affiliate Malaysia.

Mendapat duit melalui affiliate di Malaysia merupakan satu kepuasan yang jarang di perlolehi sebab hampir tiada kos yang terlibat. Ramai orang yang membuat duit secara part time terlibat dengan affiliate-affiliate ni.

Ashadee Affiliate Malaysia


Buat duit dengan affiliate ni dah menjadi kemestian bagi blogger termasuk jugak lah yang mengemari ashadee.com. Join free jer bang. Anda boleh log in dalam ashadee dan pilih produk yang ada di ashadee marketplace untuk di promosikan.

Anda boleh promosikan melalui blog dan juga facebook. kedua-dua medium adalah sesuai tetapi dengan menulis review di blog pada pendapat saya lagi berbaloi.

komisen affiliate ashadee


Sebab review di blog akan bertahan selamanya secara online dan juga jika blog kita dah champion dalam sesuatu keyword, maka senang lah nak dapat sale dari produk affiliate tersebut.

Macam mana nak jadi champoion dalam satu-satu keyword?

Cara Saya Uruskan Masa Menulis Blog

thumbnail
Cara Saya Uruskan Masa Menulis Blog. Saya sebenarnya malas menulis blog ni, kadang-kadang time idea tak datang tu kan, susah juga nak korek-korek idea nak bagi keluar. Tetapi di sebabkan motivasi untuk berkongsi tu tinggi, saya gaghi jugah la untuk update blog terutamanya kalau dapat payment  dan komisen percuma online ni kan.

Tetapi takkan nak bagi blog bersawang kan, alang-alang da ada blogm tulis je la kan. Baru-baru ni, saya mencuba satu cara yang baru bagi saya supaya sentiasa ada motivasi untuk menulis blog. Senang je caranya sebenarnya. Janji rajin tulis jer, semua jadi.

Blog kalau tak update memang nampak macam mati, tiada orang uruskan dan orang tak akan suka masuk kalau tak update. Jadi untuk update blog sangat penting, bagi saya 3 hari sekali tu paling malas la untuk update blog.

Cara Saya Uruskan Masa Menulis Blog


Mula-mula saya akan buat draft dulu, cari tajuk-tajuk penting dan juga sumber rujukan terkini beserta dengan gambar. Save siap-siap dalam pc. Dalam satu masa tuh, ada banyak yang di draftkan, mungkin tersu masuk ganbar dan letak tajuk dulu. Kalau rajin terus letak ' search description ' dan bila ada masa lapang dari semasa ke semasa saya akan menulis entri blog tersebut.



Cara Saya Uruskan Masa Menulis Blog

Kalau dah siap beberapa entri, saya akan letak scheduled post supaya takde le banyak-banyak update dalam masa satu hari. Saya setkkan satu hari satu post.

Terutamanya time panjang dan juga balik kampung, yang ni memang kena set awal-awal supaya blog tuh sentiasa update. Kalau ta update, ranking alexa akan jatuh. Dan susah nak rank baik kat google.

Cara Cari Duit Lebih

thumbnail
Cara Cari Duit Lebih. Terdapat pelbagai cara untuk mencari duit lebih, itu pun kalau lebih atau pun boleh jugak merujuk kepada duit sampingan bagi sesetengah orang dan duit yang memang di perlukan bagi sesetengah yang lain.

Memang terdapat banyak cara untuk cari duit lebih tetapi cara manakah paling sesuai untuk anda? Iya setiap orang adalah unik dan berbeza dari yang lain. Kalau nak ikut jalan yang panjang dalam mencari duit secara online atau tak, boleh jer tetapi kalau ada cara yang pendek, apa salahnya mencuba kan.

Yang mana satu anda suka - program pay per click seperti adsense dan nuffnang? Ataupun dapat komisen daripada produk affiliate yang belambak kat pasaran? Eh boleh dan memang di sahkan boleh buat duit dengan produk affiliate ni. Ramai yang sudah berjaya tetapi takde le sampai tahap puluh-puluh ribu setiap bulan secara konsistan dari produk affiliate ni.

Cara Cari Duit Lebih Secara Online


Anda boleh cuba untuk join affiliate jobdirumah ni, iya jobdirumah iaitu bekerja dari rumah secara full time atau part time. Banyak boleh jimat kos kalau buat kerja hanya dari rumah sahaja. Sambil pakai kain sarung pun boleh buat kerja.

Cara cari duit lebih yang cuba saya ketengah ni senang je sebenarnya. Anda daftar untuk buat cara cari duit lebih, anda akan di berikan senarai kerja setiap hari, pohon kerja tersebut dan kalau dapat siapkan.

Lepas tuh baru anda akan dapat bayaran. Best ooo.

Cubalah.

Detail : Cara cari duit lebih

Baca dengan teliti dan cuba lah sendiri. Pilih kerja yang anda boleh buat sahaja dan bayarannya yang tinggi. Dapat sikit bayaran, ok lah tuh. Pelajardan surirumah sangat sesuai untuk caru duit lebih dengan cara ini.

Kenapa Perlu Hadir Jemputan Majlis / Event / Iftar / Seminar Blogger?

thumbnail
Sekarang ni banyak betul jemputan untuk menghadiri majlis yang mengumpulkan blogger-blogger ataupun yang mengumpul usahawan internet yang mencari peluang-peluang untuk membuat bisnes melalui internet. tetapi ramai juga mereka yang di jemput bersikap acuh tak acuh dengan majlis-majlis seperti ini, kenapa ya?

Majlis seperti ini sangat penting jika anda mahukan sebuah kejayaan dalam dunia online ni. Memang anda tetap boleh berjaya jika bergerak secara senyap-senyap, low profile la kata orang dan memang ramai yang buat macam ni tetapi lebih baik jika anda mengenali mereke yang sealiran dengan anda.

Bergerak secara berjemaah ( networking ) sangat penting kerana setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Lagi pun tidakkah sunyi mencari rezeki sorang-sorang melalui internet tanpa mengenali kawan dan juga pesaing anda?

Kenapa Perlu Hadir Jemputan Majlis / Event / Iftar / Seminar Blogger?

Kenapa Perlu Hadir Jemputan Majlis / Event / Iftar / Seminar Blogger?

Tanpa kita pun majlis ini akan berjalan lancar seperti biasa, dengan adanya kita lagi lah meriah majlis-majlis seperti ini.

Kenapa perlu hadir?

dapat berkenalan - iya berkenalan dengan objektif masing-masing. Ada yang nak menjalinkan perniagaan online dan ada juga nak cari jodoh, iya cari jodoh apa salahnya. Bila dah kenal dan balik ke tempat masing-masing, sudah pasti anda akan bertemu kembali dengan rakan-rakan anda secara online, ini saya memang pasti. Bila dah jumpa, suasana keakraban tuh lebih berbanding jika anda tidak mengenal sesiapa. Betul tak?

mencari ilmu - jika anda hadir seminar, apa-apa seminar sudah tentu anda akan dapat segumpal ilmu untuk di bawa balilk. Seminar biasanya di kendali oleh mereka yang hebat dan berpengalaman. Apa salahnya anda menimba  ilmu dari mereka tetapi pastikan seminar tersebut sesuai dengan level anda, kalau tak, membazirkan duit je le ataupun duit tu boleh bayar yuran seminar lain.

Event pula - ini biasanya untuk anda dapat jemputan untuk review produk ke, servis ke. Kena hadir event macam ni barulah anda boleh dapat job berbayar - advertorial kecuali anda seorang yang retis, ini semua tak penting bagi anda sebab orang dah kenal anda. Anda kena bergaul dengan mereka yang sudah terlibat dalam bidang event-event ni.

Ringan-ringan diri anda, sediakan sedikit wang untuk menghadiri Jemputan Majlis / Event / Iftar / Seminar Blogger. Kedua-dua belah pihak dapat untung.

Cara Buat Duit Dengan Lazada Mega Raya 2015

thumbnail
Lazada ni bukan hanya tempat anda beli belah barang terutama masa Hari Raya menjelang tiba ni. Memang tidak di nafikan, masa raya ni lah ramai yang berbelanja membeli barang keperluan untuk raya. Maklumlah kata orang Hari raya Aidilfitri ni setahun sekali sahaja.

Walapun dui tak banyak tetapi rata-rata setiap Muslim pasti akan shopping raya. Begitu juga di Lazada. Jualan akan meningkat dan yang baiknya, ejen-ejen ( affiliate ) Lazada juga kena tempiasnya. Sale akan meningkat time-time raya ini walaupun sale saya makin menurun haha. Kurang promosi kot. Ataupun orang ramai dah biasa sangat membeli kat Lazada ni.

Selain dari membeli barang, anda boleh juga buat duit dengan Lazada. Sertailah affiliate Lazada secara percuma sahaja dan mulakan promosi di blog dan facebook. Pasti anda tidak akan menyesal.

Tiga Cara Terbaik Buat Duit Online Yang Anda Kena Cuba

thumbnail
Buat duit online dengan percuma. Ramai orang suka buat duit secara online sekarang ini, tidak macam dulu-dulu di mana cara buat duit secara online dan percuma belum meluas lagi. Buat duit online ni bukan sekadar menambahkan pendapatan anda tetapi juga memberikan satu kepuasan bila berhadapan dengan computer anda.

Tidak dinafikan, agak susah untuk mendapatkan duit secara percuma dan melalui internet tetapi benda ini tidak mustahil boleh di lakukan malah dapat di lakukan dengan senang sahaja jika anda tahu caranya. Caranya untuk mendapatkan duit secara online ini terdapat pelbagai cara dan akan kongsikan dalam entri kali ni. Mesti anda rasa teruja untuk mengetahuinya.

Terdapat pelbagai cara untuk menjana duit online. Anda kena cuba dan anda akan jump acara yang sesuai dengan anda sebab bukan semua cara sesuai. Anda kena cuba dulu baru dan lama-lama anda akan jump acara yang sesuai dengan anda – dengan masa anda, dengan kemahiran anda dan juga dengan sumber-sumber yang anda ada.

Cara Saya Guna Google Chrome Untuk Edit Template Blog

thumbnail
Cara Saya Guna Google Chrome Untuk Edit Template Blog. Google Chrome ada kebolehan yang jarang-jarang di ketahui oleh anda untuk mengubahsuai template blog anda. Akhir-akhir ni saya semakin seronok edit blog guna Google Chrome ni. Bagi saya, edit template blog guna bantuan Google Chrome sangat menyenangkan dan menjimatkan masa. 

Anda boleh ubah, margin, padding, warna background dan sebagainya dengan bantuan Google Chrome. Biasa bahagian margin dan padding akan memberikan anda sakit kepala dalam proses ubahsuai template blog. Tetapi tidak lagi jika anda gunakan kemudahan yang ada dalam Google Chrome.

Anda juga boleh mencari kod warna, saiz padding dan sebagainya dengan cara ini. Anda boleh usha blog pesaing anda dan dengan menggunakan Chrome, anda akan dapat kod yang di gunakan di dalam sesuatu bahagian dalam blog pesaing anda. Saya yakin, anda pasti menyukai tutorial gunakan Google Chrome untuk edit blog template.Saya bukanlah pakar blogspot tetapi hanya berkongsi kemudahan percuma ini

Macam mana buat duit dengan Adsense?

thumbnail
Pendapatan Adsense. Bahagian  paling best dalam bab buat duit online ni  ialah bila anda terima bayaran sama ada komisen atau pun sale. Benda ni unik sebab bukan semua orang boleh buat duit online ni. Memerlukan pengorbanan masa dan wang ringgit untuk hadiri seminar dan beli panduan berbentuk ebook contohnya.

Jika anda masih baru dengan adsense, mungkin anda akan tertanya-tanya macam mana buat duit dengan Adsense ni ya. Bukan anda seorang sahaja yang tanya soalan yang sama dan juga anda akan mencari-cari bukti bayaran adsense.

Ada juga orang panggil komisen daripada adsense. Tak kisahlah kan. Walaupun ramai yang gagal buat duit dengan adsense ni walaupun dah dapat akaun emas adsense, tetapi tidak ramai yang berjaya menjana duit daripadanya, kenapa?

9 Tahun Bersama Adsense

thumbnail
Buat duit dengan Adsense. Sudah tu ramai yang suka buat duit secara online seperti buat duit dengan adsense dan juga program-program lain seperti buat duit dengan 8share dan buat duit dengan Nuffnang. Kalau anda gunakan platform  yang membuat bayaran dalam USD, maka naiklah income anda di sebabkan kukuhnya nilai USD. Pengukuhan USD ni ada baiknya untuk mereka yang menjana duit dengan Adsense.

Sedikit ringkasan tentang Adsense, Walaupun saya bukan pakar Adsense yang sebenar tetapi izinkan saya berikan sedikit ringkasan tentang Adsense ni. Adsense ni PPC ( Pay Per Click ). Anda dapat dengan Adsense, bila dah approved, ambil kod iklan letak di blog. Setiap kali visitor klik di iklan tersebut anda akan terima bayarannya. Tetapi susah nak dapat akaun adsense ni. Jadi kalau dah ada akaun Adsense, jagalah dengan baik supaya akaun anda atau blog anda tidak kena ban oleh Adsense.

Hilang keseronokkan berblog kalau takde Adsense ni. Serius saya bagitahu, Adsense memotivasikan saya untuk menulis di blog. Kalau lain-lain platfrom tiada, ok lagi tapi kalau Adsense, mungkin saya kan berhenti menulis blog.

Cara Guna Google Drive Untuk Berkongsi Dokumen Secara Online

thumbnail
Cara untuk visitor download dokumen atau artikel anda dari internet atau blog. Saya ada di tanya oleh sahabat tentang cara untuk upload dokumen ke blog dan nak senang visitor download dokumen tersebut ke komputer.

Cara ini sesuai untuk anda berkongsi dokumen dengan sahabat-sahabat atau untuk pensyarah berkongsi dokumen dengan para pelajar. Cara guna google drive untuk berkongsi dokumen ini sangat mudah dan yang penting ianya percuma sahaja.

Perkongsian dokumen sangat penting untuk pekerjaan, projek dan juga dalam bidang pendidikan. Jadi sangat penting bagi anda mengetahu cara-cara untuk berkongsi dokumen atau artikel secara online di mana anda sediakan dokumen dan visitor lain boleh download dokumen tersebut daripada blog anda.

Komisen Ashadee Ke 10 2015

thumbnail
Cara buat duit dengan blog. Sudah tentu terdapat banyak cara untuk menjana pendapatan sampingan lebih-lebih lagi paling menarik minat kalau cara menjana pendapatan tersebut adalah dari rumah atau lebih di kenali sebagai bisnes di rumah. Tetapi berapa ramai yang berjaya untuk menjana pendapatan tanpa modal dari rumah? Tidak ramai bukan.

Memang best kalau boleh berniaga dari rumah, tak perlu keluar rumah tetapi masih boleh mendapatan pendapatan yang halal hanya beroperasi dari rumah! Semua orang nak bekerja macam nih maksud saya berniaga dari rumah.

Selain berniaga produk-produk seperti produk dari China, terdapat juga program lain yang anda boleg ikuti untuk menjana pendapatan sampingan anda hanya dari rumah - affiliate Malaysia. Ya sistem affiliate. Anda sertailah mana-mana affiliate dan saya sarankan anda cuba ashadee.com kerana telah di sediakan panduan untuk buat duit dengan ashadee ni. Daftar percuma sahaja dan panduan di berikan percuma. Boleh terus mula selepas melihat dan mendengar panduan yang di berikan. Agak mudah tetapi perlukan usaha juga untuk menjana pendapatan pertama daripada affiliate seperti ashadee.

Bayaran Pendapatan Ashadee Jun 2015

thumbnail
Bayaran Pendapatan Ashadee. Banyak penyedia portal yang memberikan runag kepada blogger dan sesiapa sahaja untuk daftar dan menjadi ejen untuk mempromosikan produk. Ini adalah salah satu lagi cabang terutamanya untuk blogger membuat duit secara part time atau full time secara online dan percuma.

Percuma sebab apa, sebab daftar percuma sahaja dan jalankan promosi. Jika ada sale, dapatlah komisen seperti yang termaktud di dalam portal buat duit online ni dalam lingkungan 20 - 50%. Kalau produk tersebut - biasanya produk digital berbentuk ebook berharga, maka anda akan di berikan komisen sebanyak rm25 jika komisen ialah sebanyak 50%.

Setiap produk mempunyai % komisen yang berlainan. Jadi  hati-hati memilih produk yang sesuai untuk di promosikan supaya komisen yang di dapati adalah setimpal dengan usaha anda.

Kos Wire Transfer Payment Adsense Guna Maybank

thumbnail
Payment Adsense Guna Wire Transfer Caj RM5 Maybank. Terdapat pelbagai kaedah untuk menerima bayaran daripada google untuk payment adsense. Jika anda ada akaun adsense, masa ni best sikit sebab ringgit jatuh jika di banding dengan USD, maka pendapatan adsense anda akan lebih banyak.

Bayaran minimun untuk adsense ialah USD100 dan pastikan anda telah mengemaskini cara untuk terima bayaran daripada adsense. Terdapat dua cara yang popular di Malaysia iaitu guna Payment Adsense Wire Transfer dan terima bayaran adsense guna Western Union. Kedua-dua cara ini boleh di gunakan cuma kalau terima bayaran adsense guna melalui Western Union, kena pegi bank ataupun pejabat pos dan tiada kos di kenakan. 

Tetapi jika anda gunakan cara untuk terima bayaran google adsense melalui Wire Transfer - wang anda di masukkan terus ke dalam akaun bank - ada caj yang anda kena bayar ( di tolak terus dari pendapatan adsense anda ).

Sebab Komisen Lazada Lambat Di Bayar Selesai

thumbnail
Sebab Komisen Lazada Tidak Lambat Di Bayar. Betul ke komsien Lazada lambat masuk? Iya memang betul jika anda salah setting. Lazada ni penyedia affiliate yang makin hebat sekarang ni sebab pelbagai produk di sediakan dalam akaun Lazada untuk memudah anda membuat sale dan mendapat komisen dari Lazada ni.

Tetapi ramai yang kecewa kerana bayaran untuk affiliate Lazada katanya lambat masuk. Saya pun telah mengalami masalah yang sama setelah mengubat sedikit setting dalam akaun Lazada. Nak tahu apa yang saya ubah, baca sampai habis ya.

Di akibatkan komisen lambat masuk, ramai blogger yang malas nak teruskan promosi  produk Lazada ni sedangkan kalau ikutkan pengalaman saya sendiri, bayaran komisen Lazada sangat cepat, tak sampai 3 hari daripada tarikh invoice keluar di akaun Lazada. Kenapa bayaran komisen boleh lambat?

Cara Mudah Download Video Youtube Tanpa Software

thumbnail
Cara Mudah Download Video Youtube Tanpa Software. Cara download video youtube ni memang mudah, saya dah cuba telah terbukti sangat mudah. Kalau anda tak biasa download video youtube tentu boleh ikuti cara-cara yang sangat mudah untuk download video youtube ini. Tanpa software lagi - simple.

Asyik tengok secara online sahaja video youtube. Kadang-kadang ada video youtube yang anda nak simpan untuk sesuatu kerja kan, jadi cara download video youtube tanpa software ini sesuai untuk anda.

Kali pertama saya cuba pun, saya dah dapat rasakan cara ini paling mudah untuk download youtube - tanpa software, cepat dan mudah. Kalau anda hendak buat duit adsense Youtube, salah satu ilmu yang kena ada ialah download dan upload video Youtube.

Anda hanya perlu ikuti cara-cara mudah download video Youtube seperti di bawah sahaja.


Cara Mudah Download Video Youtube Tanpa Software


1. Cara video youtube yang anda hendak download di Youtube.

2. Setelah dapat video Youtube yang hendak di download, edit browser dengan menambahkan kod " ss " . Lihat gambar di bawah.


cara download video youtube tanpa guna software


3. Selepas itu, hanya tambah kod " ss " sebelum kod youtube.com. Lihat gambar untuk lebih memahami cara download video youtube tanpa software ini.


cara senang download video youtube tanpa guna software


4. Selepas di tambah kod " ss " sebelum youtube.com, anda secara automatik akan di bawa ke satu laman web download.

5. Seterusnya pilih format video yang anda hendak, dan download video tersebut tanpa gunakan software.

cara senang download video youtube tanpa software



Ok, mudah je kan cara untuk download video Youtube tanpa software ini. Lain kali kalau nak download dari Youtube, boleh gunakan cara ini.


Pendapatan Ke 12 Adsense Dan Invalid Traffic

thumbnail
Pendapatan Ke 12 Adsense Dan Invalid Traffic. Saya benda yang best kalau main dengan adsense ni ialah setiap hari anda akan dapat pendapatan tetapi min untuk dapat payment ialah USD100. memang setiap hari ada income dari adsense samada banyak atau sikit sahaja la.

Lain pula kalau anda main  produk affiliate sahaja. Sekali dapat sale memang banyak tetapi tidak setiap hari anda akan dapat sale kan. Jadi untuk memaksimunkan pendapatan secara online melalui blog, anda kena gabungkan kedua-duanya sekali iaitu buat duit dengan adsense dan juga melalui pemasaran produk affiliatte seperti ashadee.

Nak gunakan kedua-dua medium mencari duit secara online ni tidak susah tetapi untuk menarik trafik ke blog itu lagi susah dan memerlukan usaha yang berterusan dan paling penting jangan berputus asa sebab pendapatan online ni ada naik dan turunya.