Home » , , , » Toyota Altis – tak servis ikut jadual

Toyota Altis – tak servis ikut jadual

Toyota corolla altis. Ramai gak sekarang ni guna kereta import seperti Toyota dan Honda. Nak beli satu hal, satu hal lagi kena fikirkan bajet untuk servis jugak ler. Tetapi masa bawak memang best berbanding dengan kereta buatan Malaysia.

Keyakinan pun lebih jugak ler. Bagi yang mampu, kenapa tidak mencuba kereta luar yang performance nih memang terbaik di jalan raya. Tambah-tambah kalau nak jalan jarak jauh. Maintain 140km/j dah menjadi satu kemestian baru boleh cepat sampai.

Toyota Corolla Altis Airconds Servis

Nak servis kereta ToyotaCorolla Altis nih tak pasti mahal ke tidak le, ikut kemampuan tetapi biasanya kalau servis biasa tukar minyak hitam tuh dalam rm230 le habis sekali dengan filter dan check sana dan check sini.

Kalau boleh dapat minyak hitam kat luar, boleh servis kat luar jer untuk minor servis tetapi untuk major servis, saya tak berani takut barang kat luar tiruan. Major servis baik buat kat ppusat servis Toyota, kos memang mahal. Contohnya servis 80k km, boleh cecah rm1k lebih sebab bermacam-macam minyak kena tukar sekali gus.

toyota corolla altis 7 speed
Macam best je kat dalam nih Toyota Altis G nih.

Tetapi saya lebih yakin le untuk bawak jarak jauh kan sebab pakar yang buat. Macam mana pulak dengan aircond?

Ikut jadual, dah kena servis 2 kali tetapi saya tak pernah buat pun ha2. Sekali servis mungkin dalam rm500-600. Pakai toyota vios murah sikit kot.

Sehingga 130k km nih, saya belum pernah servis lagih. Ok lah sejuk lagi kata orang tetapi sekali tak sejuk, banyak keluar duit nih.

3 tahun lebih guna, tak pernah servis aircond Toyota Corolla Altis nih. Mungkin sebab aircond, boleh le nak delay2 kan. Kalau rosak pun, panas je ler, kereta masih boleh jalan lagih.

Kesimpulan, saya tak pernah servis aircond Toyota Corolla Altis yang dah millage 130k nih dan aircond masih sejuk lagih.

Next servis mungkin kena banyak sikit sebab belt dan break pad dah nak kena tukar nih. Setiap satu melebihi rm300. Jadi nak beli kereta kena fikirkan pasal kos servis juga ya.


Adios.


Terima kasih kerana membaca Toyota Altis – tak servis ikut jadual. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



6 Komen:

  1. aircond ni selagi tak rosak ataupun dah tak sejuk..memang kita tak peduli..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa cam tuh le bro kan... usik kan jadi lain plak.

      Padam
  2. Keta mahal servis pun memang kena tip top kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak konfiden, servis kat pusat servis, kalau nak murah servis kat bengkel lain, upah nyer murah, minyak harga lebih kurang jer.

      Padam
  3. Balasan
    1. itu ler, nak hidup rilek n tak bimbang, berbelanja di bwh kemampuan.

      Padam