Siri Panduan Buat Duit Affiliate Lazada + Contoh Payment

Affiliate Lazada. Lazada - satu portal online jual barang yang semakin popular di Malaysia dan Asean. Terdapat pelbagai jenis produk di Lazada dari gajet hinggalah ke pakaian dan barang rumah.

Selain daripada kita boleh membeli barang di Lazada, kita juga boleh buat duit dengan Lazada. Ermm, buat duit dengan Lazada - bunyi macam asing kan tetapi tidak asing bagi mereka yang dah tahu. Bayangkan pelbagai produk yang di jual dan kita menjadi ejen jualannya - kebarangkalin untuk buat sale senang kan tetapi kena tahu caranya.

Entry ni cuba mengupas dan membuat sedikit analisis mengenai buat duit dengan Lazada hasil daripada pengalaman saya sendiri yang telah mendapat payment pertama dari Lazada - baru lagi nih dan payment kedua lazada bakal menyusul sedikit masa lagih.

Payment pertama Lazada masuk akaun


Secara ringkasnya, untuk  buat duit dengan Lazada, kita kena daftar dengan affiliate Lazada, isikan maklumat lanjut, ambil banner ( bahan promosi yang di sediakan ), mulakan promosi dan jika ada sale, maka dapatlah kita komisen sedikit.

[+] Tips Buat Duit Dengan Lazada.

Itu secara ringkas sahaja tetapi realitinya susah jugak jana duit dengan Lazada nih. Kena tahu cara-caranya barulah berbaloi-baloi. Tak banyak pun dapat tapi bolehlah bayar-bayar bil sikit.

Ok,  untuk menambahkan lagi minat korang untuk mencuba Lazada nih, di sini saya tampil kan payment pertama affiliate Lazada saya akhir-akhir ini ( hujung tahun 2014 ). Payment pertama tuh yang akan menyusul payment-payment yang seterusnya.
payment pertama lazada 2014
Payment pertama Lazada

Bermakna saya dah berada di landasan yang betul untuk terus buat sale dengan Lazada nih.

Contoh sale yang membawa kepada payment pertama


Ada saya update sebelum nih beberapa sale yang saya berjaya lakukan dengan affiliate Lazada nih. Caranya tak susah tetapi kena bersesuai denga masa promosi produk. Jualan 12.12  Lazada baru sahaja berakhir dan pada masa nih, sale Lazada akan meningkat kerana tawaran yang di berikan begitu memikat terutama early birds sale - rm500 voucher rm100.

[+] Tips Buat Duit Dengan Lazada.

25 Sale sehari - ini semasa online revolution sale 12.12 yang lepas. 25 sale sehari tuh saya kira banyak jugak tuh. Di bantu dengan Lazada pada masa ni telah memberikan harga terbaik untuk pembelinya. Dan kesempatan ini telah saya gunakan sebaiknnya untuk membuat promosi produk Lazada ni kepada kekawan dan juga kenalan jauh-jauh.

lazada sale 25
25 Sale pada 12.12.2014

MyCyberSALE Lazada - satu lagi aktiviti harga murah di Lazada ialah pada MyCyberSALE Lazada. Sebenarnya harga yang kita tengok di portal Lazada sama sahaja tetapi tetapi yang membuatkannya murah ialah penggunaan voucher yang di berikan semasa sale tersebut. Seperti contoh, beli rm150 dapat voucher kod rm25. Macam tu lah cara Lazada memberikan yang terbaik untuk pembeli.

komisen sale lazada
Kalau ada voucher, sale meningkat

Pengalaman Dengan Affiliate Lazada


Saya cuba berkongsi yang terbaik untuk korang cuba hasilkan paling kurang pun jualan pertama dengan Lazada nih.

Cara ambil link affiliate Lazada - bab ambil link affiliate ni menjadi isu jugak ler sebab sistem affiliate Lazada ni macam susah je nak ambil link produk. Panduan di berikan tetapi tidak mesra kepada kita untuk buat rujukan - pening den baca panduan yang di berikan. Tetapi cara simple ambil link affiliate ni mungkin boleh membantu korang untuk buat duit dengan lazada selepas ini.

Cara isi Routing / ABA / Swift Number - ini adalah panduan untuk mereka yang telah join affiliate Lazada. Memang kena isi Cara isi Routing / ABA / Swift Number untuk terima payment dari Lazada. Panduan mengisi saya dah sediakan  dan senang sahaja. Kalau dah sampai sini, korang dah nak terima bayaran tuh. Tahniah.

[+] Tips Buat Duit Dengan Lazada.

Contoh invoice komisen Lazada - invoice Lazada ni akan terpapar dalam akaun affiliate korang bila Lazada dan nak buat bayaran kat korang hasil usaha promosi korang selama ini. Ini semesti berita gembira untuk korang. Kalau tengok contoh invoice saya tuh, bayaran daripada Thailand ke, saya pun tak faham yang nih tetapi payment pertama saya sudah dapat dengan jayanya terus masuk akaun Maybank.

Cara guna kupon jimat Lazada - kalau korang nak beli produk kat Lazada dan masa sale biasanya kupon berkod akan di berikan untuk dapat diskaun. Korang buat belian macam biasa dan jangan lupa memasukkan kod kupon di semasa check out supaya harga produk tersebut boleh di kurangkan. Selepas tu, pihak yang akan hantar produk tersebut akan call sebelum hantar barang untuk memberitahu korang pukul berapa barang akan di  hantar.

Tips Buat Duit Dengan Affiliate Lazada


Mungkin korang pernah baca banyak tips buat duit dengan affiliate yang lain, korang boleh amalkan tips tersebut juga. Dan jika korang nak tahu tips promosi affiliate Lazada yang saya gunakan, korang boleh cuba baca di dalam entry:

4 tips promosi produk Lazada hingga berjaya - tips pemasaran Lazada ni memang saya selalu amalkan terutamanya tips yang ke 1 dan 2 tuh. Gabungkan tips tuh memang menjadi hinggalah satu boleh dapat 25 sale tuh. Best dan puas hati dengan cara yang simple boleh buat sale. Korang kena amalkan tips pemasaran affiliate ni, memang terbaik buat masa nih. Kalau korang ada cara lain yang bbbaik lagih, tolong kongsikan.

[+] Tips Buat Duit Dengan Lazada.

Amacam? Minat tak? Kalau nak try buat duit dengan affiliate Lazada nih, korang cubalah, tak rugi pun free sahaja dan mulakan promosi korang. Mana tahu korang lagi power sebab pelbagai barang ada di Lazada dan kumpulan sasaran korang kena tepat baru senang buat sale.

Saya bercadang nak buat satu laporan penuh tentang buat duit dengan Lazada. Saya nak kongsi pengalaman saya, apa yang telah saya buat sehingga mendapat payment pertama dari Lazada. Laporan ni lebih tersusun, penuh gambarajah supaya mudah faham.

Takut nanti korang terlepas peluang mendapatkan laporan ni, apa kata korang masukkan email dan nama korang dulu, nanti saya beritahu maklumat lanjut tentang laporan buat duit dengan Lazada ni.




Terima kasih kerana membaca Siri Panduan Buat Duit Affiliate Lazada + Contoh Payment. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



7 Komen:

  1. Teringin jugak nak join affiliate ni, tp mcm tak tepat je niche saya ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. produk kat lazada ni ada banyak tuan, rasanya kalau sipi2 dgn niche blog boleh tu

      Padam
  2. tahniah bro..otai lazada nie...huhuhu

    BalasPadam
  3. memandangkan x ramai yg dpt payment dr lazada ni, satu laporan akan keluar tak lama lagih.. cakkk

    BalasPadam
  4. Lazada di sana ada affiliate program ya? Di sini bisa juga gak ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. di sini ( malaysia ) ada aff program, sama juga di sana ( indonesia ). Coba lah mmbak.

      Padam