Home » , » Kelebihan Penggunaan Kredit Kad

Kelebihan Penggunaan Kredit Kad

Cakap pasal kredit kad ni kan, mesti ramai yang macam anti kredit kad ni. Iya betul sepertu saya juga dulu. Memang takut nak guna kredit kad. Selain keburukkan, ada juga kebaikkan kredit kad ni. Tak caya? Baca sampai habis sebab ini bukan nak promo kredit kad terbaik di Malaysia.

Jangan fobia sangat dengan kredit kad, kalau di guna dengan cara yang betul memberi manfaat kepada anda dan juga keluarga. Macam mana memberi manfaat tu. Nanti saya bincangkan.

Biasanya mereka yang tidak suka mengambil risiko cuba mengelakkan pengunaan kredit kad, bagus la sebab ramai juga yang terperangkap dengan hutang kredit kad dan boleh menyebabkan muflis.

Kredit kad ni, kalau anda bayar full setiap bulan, boleh memberi kelebihan kepada anda bergantung kepada jenis kredit kad yang anda guna la dan juga bank mana yang anda apply kredit kad tersebut. Lain bank menawarkan kelebihan yang berlainan.


Kredit Kad Untuk Yang Bijak


Kelebihan kredit kad yang memang tidak dapat di nafikan lagi, tetapi dengan syarat anda membayar penuh setiap bulan ya, jangan ada hutang-hutang.

kelebihan kredit kad credit cards


Kumpul point kad - anda boleh kumpul point seperti treat poimt untuk maybank dan boleh redeem secara online sahaja. Cuba bayangkan, jika anda berbelanja seperti biasa rm1000 sebulan secara tunai digantikan dengan rm1000 sebulan dengan kredit kad, mana lagi untung? Katakan kredit kad tersebut rm1=5 point ( maybank2cards ), kalau rm1000 dah terkumpul 5000 point. Cuma kelemahan kat sini tidak semua kedai terima kredit kad. Cuba fikirkan, anda nak untung ke taknak? Jadi carilah kedai yang terima kredit kad anda walaupun anda beli barang yang sama dengan kedai secara tunai.

Isi minyak boleh sreeeeet je - tahu tak sreeeet tu apa? Bukan gores tau tapi swap kredit kad dekat pum sahaja tanpa pergi di kaunter bayaran stesen minyak shell, petronas dan sebagainya. Kan nampak hebat sikit tuh dan jimatkan masa.

Bayar apa yang anda guna - mana ada bayaran tambahan kecuali rm50 setahun jika bank tidak membayar yuran rm50 kepada kerajaan. Jadi carilah bank yang bayarkan untuk anda, tak perlulah anda nak bayar rm50 setahun. Jika anda terima bil rm900, anda mesti bayar rm900 barulah anda tidak akan di kenakan bunya. Kalau bayar minimun jer, memang rugilah kalau guna kredit kad.

Boleh semak penyata secara online - boleh guna online jer semak penyata, tak perlu tunggu bil pun. Ini supaya anda senang nak kontrol perbelanjaan anda.

Redeem Guna Point


Saya dah redeem 2 smartphone dengan maybank2cards treatpoint ni, ok le dapat free sebab saya cuma tukarkan perbelanjaan dari bayar secara tunai ke bayar dengan kredit kad. Lepas tu duit tunai tu gunakan untuk bayar kredit kad. Pusing-pusing kat situ juga.

[+] Redeem Samsung S3 Mini Dengan Treatpoint Maybank
[+] Redeem Lenovo A706 Dengan Treatpoint Maybank




Terima kasih kerana membaca Kelebihan Penggunaan Kredit Kad. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan