Home » , » Komisen Affiliate Dari Ashadee Marketplace

Komisen Affiliate Dari Ashadee Marketplace

Ashadee marketplace. Memang tidak sah lagi buat duit dengan affiliate ni tak susah mana kalau anda dah jumpa caranya. Tambah lagi kalau blog anda tuh senang nak rank kat google dengan erti kata lain SEO dah ada di amalkan. Kalau setiap entri baru yang anda update tu boleh menaikkan alexa ranking ( nombor makin kecil ), maknanya blog anda makin senang nak rank.

Mengikut pengalaman saya, jika anda buat blog baru, anda kena buat entri hampir setiap hari selama 3 bulan berturutan, selepas tuh barulah blog anda senang nak menjana hasil terutamanya daripada program affiliate - make money online for free.

Sebelum itu, anda kenalah bersabar dulu membuat entri-entri yang bermanfaat kepada pembaca. Blog saya pun kalau dari segi alexa ranking selepas perubahan baru-baru ini, jatuh teruk tetapi nasib baik la hasilnya daripada blog ini masih boleh dapat walaupun tak banyak. Paling kurang saya tahu dan memotivasikan diri untuk maintain blog ni seadanya.


Pendapatan sampingan tanpa modal dengan affiliate


Pendapatan sampingan tanpa modal adalah sesuatu yang di impikan oleh ramai orang, tambah-tambah lagi kalau tanpa modal kan. Maksudnya apa yang anda dapat tu adalah 100% percuma la kan.


komisen affiliate ashadee july 2015


Ini adalah pendapatan sampingan saya daripada ashadee marketplace tempat di mana terdapat banyak produk digital untuk di jual. Anda pun boleh juga untuk menjana pendapatan dari rumah dengan ashadee marketplace ni tetapi kena tahu caranya.

Saya cadangkan anda baca tip-tip buat duit dari rumah yang telah saya kongsikan dalam blog ini dan amalkan. Jika nak cara lebih senang, anda dapatkan dan baca cara seo buat duit online ini.

Info: Guna SEO untuk berjaya dalam affiliate

Lama-lama anda akan berjaya, itu saya pasti sebab saya pernah melaluinya daripada tak dapat apa-apa hasil, lama-lama barulah beroleh pendapatan sampingan tanpa modal daripada blog.



Terima kasih kerana membaca Komisen Affiliate Dari Ashadee Marketplace. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Catat Ulasan