Anak Sultan Brunei bayar Mariah Carey hampir £1 juta

thumbnail
Bintang antarabangsa, Mariah Carey dibayar hampir £1 juta (RM5.4 juta) oleh anak pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah untuk mengadakan persembahan pada satu majlis peribadi.
Majlis berkenaan yang bertempat di sini diadakan untuk menyambut kedatangan tahun baharu 2014.
Carey, 43, berkata, dia dibayar sebanyak £910,000 (RM4.9 juta) oleh Putera Azim, 31, yang mengundangnya untuk menyanyikan tiga buah lagu popular termasuk Always Be My Baby pada acara tersebut baru-baru ini.

Penyanyi seksi itu bersama keluarganya diterbangkan dari Amerika Syarikat (AS) dengan sebuah jet peribadi dan menginap di hotel mewah milik agensi pelaburan Brunei, Harlequin Suite.
Hotel berkenaan mengenakan caj penginapan sebanyak £5,000 (RM26,954) untuk satu malam. - Kosmo

Putera William menyanyi bersama Bon Jovi

thumbnail
Pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera William dan bintang pop Amerika Syarikat, Jon Bon Jovi serta Taylor Swift beradu tenaga menyanyikan lagu Livin On A Prayer di kediamannya, Istana Kensington kelmarin.
Trio berkenaan mendendangkan lagu klasik Bon Jovi itu pada penghujung majlis gala yang diadakan di istana berkenaan di sini untuk menyokong badan amal Centerpoint.
William, 31, merupakan penaung yayasan berkenaan.
Bon Jovi memulakan persembahan bersendirian dengan memetik gitar sebelum dia disertai oleh William dan Swift di pentas.

Bon Jovi


'Pengawal popular' jadi pelakon

thumbnail
Tuan ayam nampak di kaki, tuah manusia sapa tahu ehh. Korang mesti ingat pengawal keselamatan yang di marahi oleh isteri Mak Yo sebelum ni kan. Namanya Azman dan sekarang dah terima tawaran berlakon beb. Fulamakk... jadi pelakon la plak dia, tapi tak tahu menjadi ke tidak kerana lakonan dalam satu cerita ni hanya beberapa minit jer. Harap-harap Azman dapat tawaran berlakon lagi lepas nih dan semuga rezeki bertambah-tambah. Inilah orang kata, setiap kejadian ada hikmahnya.

Cintang Pandang Kedua TV9


Rihanna Pakai Tudung di UAE

thumbnail
ABU DHABI - Penyanyi terkenal, Rihanna mencuri tumpuan apabila dia menutup aurat dengan mengenakan hijab semasa mengunjungi sebuah masjid di Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin, lapor akhbar dalam talian MailOnline.Dia yang sering berpakaian separuh bogel dilihat memakai sut labuh berwarna hitam semasa bergambar di luar Masjid Sheikh Zayed di sini.Rihanna, 25, menyarung pakaian menutup aurat kerana menghormati cara berpakaian masyarakat Islam di negara Asia Barat itu.

Kereta Jimmy kena bakar

thumbnail
Kereta milik pelakon dan pengacara program Trek Selebriti, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, ditemui dibakar hingga rentung hanya selepas beberapa jam kenderaan itu dilaporkan hilang di Simpang Pulai, di sini.Kereta model Chevrolet Optra itu didakwa dilarikan penjenayah malam kelmarin, ketika artis berkenaan pulang ke Ipoh untuk menghadiri majlis pengebumian seorang saudara terdekatnya.

Artis Hollywood berpelajaran tinggi

thumbnail
DALAM lambakan pelakon popular Hollywood, ternyata ada beberapa antaranya yang berpelajaran tinggi dan mempunyai kelulusan yang boleh digunakan untuk mendapat pekerjaan sesuai dengan kelayakan yang dimiliki.Ironinya, mereka lebih berminat berkecimpung dalam dunia lakonan dan kini sudah terkenal di seluruh dunia. Berikut merupakan senarai pelakon yang boleh dijadikan sebagai idola berikutan kejayaan mereka dalam pelajaran yang aku petik dari kosmo.

Jennifer Lopez dibayar RM57.5 juta jadi juri American Idol

thumbnail
Hoho.. korang tengok luar negara punya penangan, rm57.5 juta tuh jadi juri. Mungkin income sms American Idol nih banyak sebab tu bolhe bagi banyak camtuh. Sebagai motivasi hari ni, kita kena popularkan nama kita, then selepas tuh baru duit akan masyuk. Brading penting dan kena sangup keluarkan duit untuk branding jenama kita sendiri. Kalau ada blog, kena promosikan berterusan blog kita, gunakan pelbagai kaedah dan juga melalui facebook. Baca kisah  lanjut mengenai JLo ni kat bawah yang aku petik daripada kosmo hari nih.

Tiga deejay radio Era FM minta maaf, kenapa?

thumbnail
KUALA LUMPUR – Tiga deejay radio Era FM, Johan, Haniff dan Ray semalam mengemukakan permohonan maaf mereka menerusi segmen JoHaRa Pagi Era gara-gara komen negatif mereka yang menyatakan bahawa pasukan bola sepak Sarawak menjadi juara Liga Perdana kerana bermain dalam liga ‘cap ayam’.

Rozita Che Wan bengang! Kenapa plak nih.

thumbnail
Pelakon dan pengacara sensasi, Rozita Che Wan mempertikai motif seorang peminat menyebarkan cerita palsu melalui laman Instagram kononnya dia dan Zain Saidin melangsungkan majlis pertunangan pada hari raya ketiga lalu. Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata, dia cam kehadiran pemuda terbabit yang asyik merakamkan gambar keluarganya pada majlis rumah terbuka di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.     

Zizan sarung kostum cicak

thumbnail
Selepas mencatat kejayaan dengan dua judul terdahulu, filem adiwira tempatan, Cicak Man, akan kembali menemui penonton dengan episod terbaru tidak lama lagi. Filem yang sekali lagi mendapat sentuhan pengarah, Yusry Abdul Halim, itu dijangka memulakan penggambaran pada 15 Ogos ini. Memasuki siri ketiga penerbitan, Cicak Man 3 juga akan tampil dengan pembaharuan apabila menyandarkan muka baru bagi membarisi filem terbitan KRU Studios ini.

GAMBAR - Skandal Seks Zhang Ziyi, aktres China

thumbnail
Nama Zhang Ziyi, selebriti dari China tiba-tiba meletup bukan kerana projek filem baru, sebaliknya kerana dakwaan 'projek seks' beliau bersama beberapa pegawai tertinggi kerajaan China.

Berita tersebut kini menjadi bahan utama hampir semua media China dan Taiwan. Malah berita tersebut juga kini merebak ke seluruh dunia menerusi beberapa laporan di internet.

Ziyi didakwa merupakan 'teman setia tidur' seorang pegawai tertinggi kerajaan bernama Bo Xilai, dan hal itu diakui sendiri oleh Bo Xilai kepada satu sumber.

Untuk servis pertama kali dengan Ziyi pada tahun 2007, Bo Xilai memberitahu beliau telah membayar sebanyak RM2.9 juta kepada aktres tersebut. Mereka kemudian telah tidur bersama lebih 10 kali sepanjang tahun 2007 hingga 2011.

Bo Xilai turut mengatur temu janji aktres yang terbabit menerusi filem hebat seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon, Rush Hour 2 dan Memoirs of a Geisha itu dengan seorang lagi pegawai tertinggi kerajaan yang turut membayar Ziyi dengan jumlah RM4.9 juta untuk hubungan seks mereka.

Ia menjadi bertambah hangat kerana 'projek seks' Ziyi bersama Bo Xilai dan beberapa pegawai kerajaan lain serta orang kenamaan China sepanjang 10 tahun berkecimpung sebagai aktres didakwa bernilai RM300 juta!

Segala persoalan tersebut bagaimanapun belum mempunyai jawapan. Ini kerana aktres yang sepatutnya hadir ke Festival Filem Cannes di Perancis untuk mempromosi filem terbaharunya, Dangerous Liaisons tidak menghadiri majlis berprestij tersebut. Jika beliau hadir ke majlis tersebut, barangkali berita yang sedang hangat diperkatakan ini akan menemui jalan penamat dengan kenyataan yang diberi Ziyi.

Zhang Ziyi, aktres China

Sebaliknya, aktres berusia 33 tahun itu memberi alasan bahawa ketidakhadirannya ke majlis tersebut kerana beliau kini sedang sibuk di lokasi penggambaran filem The Grangmasters.

Realitinya, menurut laporan beberapa media China, Ziyi kini tidak dibenarkan meninggalkan republik tersebut sehingga siasatan ke atas kes tersebut selesai.

Beliau juga gagal dihubungi pihak media yang mahu mendapatkan pengesahan mengenai pendedahan skandal seks tersebut.

Bagaimanapun dalam blog peribadi miliknya, Ziyi pada 30 Mei lalu hanya menulis: "Banyak orang boleh membuat angin menjadi hujan". Ia umpama satu penafian terhadap isu yang sedang dihadapi kini.

Sebelum ini, pada tahun 2010, Ziyi telah dituduh menyalah guna duit kutipan dana untuk tabung gempa bumi di Sichuan, China. Dana tersebut dilaporkan berjaya dikutip sebanyak RM3 juta, bagaimanapun Ziyi mendakwa beliau hanya mampu mengutip sebanyak RM1.2 juta sahaja.

Malah pada tahun 2009, aktres tersebut tersangkut dakwaan menipu seorang ahli perniagaan yang pada waktu itu mempunyai skandal dengannya melibatkan nilai jutaan ringgit. Padahal, pada waktu sama, beliau sedang bertunang dengan seorang jutawan bernama Vivi Nevo.

Mereka bagaimanapun berpisah pada tahun 2010. ~ Kosmo