KUALA LUMPUR – Tiga deejay radio Era FM, Johan, Haniff dan Ray semalam mengemukakan permohonan maaf mereka menerusi segmen JoHaRa Pagi Era gara-gara komen negatif mereka yang menyatakan bahawa pasukan bola sepak Sarawak menjadi juara Liga Perdana kerana bermain dalam liga ‘cap ayam’.
Permohonan maaf itu dibuat oleh ketiga-tiga penyampai radio tersebut pada pukul 8.38 pagi menerusi satu pengumuman khas dalam segmen JoHaRa Pagi Era.
Permohonan maaf Johan berbunyi: “Dengan rasa rendah diri kami di JoHaRa Pagi Era ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata-kata kami. Permohonan maaf ini dibuat dengan seikhlas hati kami.”
Kredit: kosmo |
Ucapan maaf tersebut disambung oleh Haniff yang berkata: “Sejujurnya kami tiada niat untuk menyinggung perasaan penyokong Sarawak FA.”
Ray pula berkata: “Kami sememangnya penyokong tegar Liga Malaysia.”
Emm bagus mereka kan..pandai meminta maaf..hehe..sikit pun tak takut hilang glamour tu dek gosip2 liar nanti..
BalasPadamitulah kalau nak cakap laju sgt, kekadang terlepas cakap.
Padam