Abang Ensem Di Mata Aku - Kali ni saya cerita sikit tentang abang ensem iaitu pemilik abangensem.com seorang blogger hartanah yang agak terkenal walaupun asalnya tak berapa terkenal. Saya tak pernah jumpa abang ensem ni, bertentang mata jauh sekali tapi saya masa mula-mula nak beli rumah dulu, saya cari-cari info tentang hartanah kat internet, terjumpa blog abang ensem ni. Dari situ, saya monitor blog tuh, errmm.. design biasa tapi info - tak bodek ni, info tip top! Niche hartanah baq hang. Unik nih bagi saya.
Rahsia Abang Ensem Yang Jarang Orang Tahu
Sudahhh.. ini rahsia nih, cuma orang yang kenal rapat atau follow rapat abang ensem je tahu kisah-kisah pergerakan abang ensem nih. Dari maklumat dalaman yang aku risik, abang ensem ni seorang akauntan di sebuah bank. Bank mana satu? Kena tanya abang ensem sendiri ler. Beliau ni dah kira senior kat bank tersebut, sambil-sambil kerja bank, beliau buat seminar hartanah. Di samping tu juga beliau menjadi ejen hartanah dan juga pemilik hartanah di kawasan terutamanya Shah Alam.
Beliau tinggal kat seksyen 7 Shah Alam, mana satu rumah dia, saya tak boleh dedahkan nanti aweks pegi tunggu depan rumah, jeles plak isteri beliau. Setelah pendapatan dai seminar meningkat dan kekangan dari kerja kat bank menyusahkan beliau untuk membuat seminar-seminar hartanah, beliau nekad berhenti kerja akauntan ( gaji banyak pun berhenti ni ). Apa kita boleh belajar di sini ialah, sanggup mengambil risiko yang munasabah.
Dari sumber risikan saya lagih, beliau telah menyertai team denaihati setelah berkenalan dengan taukeh denaihati dan berbincang mengenai kerjayanya dalam hartanah. Denaihati telah menawarkan kerja kepada beliau dengann gaji bulanan RMxxxx.xx ( banyak ni tau, tapi biarlah rahsia ). Salah satu tugas beliau di denaihati adalah menguruskan iklan-iklan yang masuk. Dan dari sinilah blog abangensem.com meningkat naik! Kebabooom. Denaihati kan banyak follower, secara tak langsung blog beliau pun terkena tempias.







