Cara Semak Status Pendaftaran MUET Sesi Mac 2014

thumbnail
Semakan status pendaftaran calon peperiksaan MUET (Malaysian University English Test) untuk sesi Mac 2014 sudah boleh dibuat bermula 3 Jan sehingga 3 Mac 2014. Semakan boleh dibuat melalui SMS menggunakan khidmat mySMS di mana Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Berikut adalah cara menyemak pendaftaran calon MUET melalui SMS:

  • Taipkan
    MUET INFO [No. Kad Pengenalan]
    pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.
Cara Semak Status Pendaftaran MUET Sesi Mac 2014 Melalui SMS - imej
semak-pendaftaran-MUET-2014

Panduan Lulus Band 6 MUET

Jika anda atau pun anak anda, nak ambil MUET selepas nih, saya cadangkan baca ebook panduan lulus MUET ni. Ebook ni di tulis oleh penanda kertas MUET dan di antara kandundannya ialah:

Bab 1 : Pengenalan
Bab 2 : Apa itu MUET?
Bab 3 : Speaking Paper (800/2)
  • Perkara Yang Perlu Dilakukan Semasa Speaking Exam
  • Contoh Soalan Peperiksaan Speaking
  • Gambaran Bagaimana Task A Dijalankan
  • Gambaran Bagaimana Task B Dijalankan
  • Kelemahan Calon Semasa Peperiksaan Speaking
Bab 4 : Reading Paper (800/3)
  • Panduan Menjawab Soalan Reading
  • Cara Mencari Makna Perkataan Tanpa Guna Kamus
  • Contoh Soalan Reading
Bab 5 : Writing Paper (800/4)
  • Cara Menjawab Soalan Writing
  • Senarai Perkataan Untuk Membuat Analisa
  • Contoh Soalan & Jawapan Paper Writing
Bab 6 : Listening Paper (800/1)
  • Panduan Menjawab Ujian Listening
  • Tips Memperbaiki Kemahiran Mendengar
  • Tips Menjadi Pendengar Yang Baik
  • Contoh Soalan Listening
Bab 7 : Panduan Menghadapi Peperiksaan
  • Sebelum Peperiksaan
  • Semasa Peperiksaan
  • Selepas Peperiksaan
Bab 8 : Penutup

Di harap ini boleh membantu anda atau anak-anak anda. Bagi kat couple pun boleh nih.Anda boleh dapatkan ebook Panduan Lulus Peperiksaan MUET Dengan Cemerlang ( Band 6 ) sekarang!

panduan lulus muet band 6



Semuga berjaya!

Aplikasi Pengkalan Data Murid - apdm

thumbnail
Aplikasi pengkalan data murid - apdm adalah laman web online yang dibina oleh kementerian pelajaran Malaysia untuk mengumpul data pelajar-pelajar bagi sekolah seluruh Malaysia. Guru yang terlibat dalam mengemaskini data apdm ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( HEM ), Penyelaras APDM dan GUru Kelas. Kesemua data murid di masukkan ke dalam sistem apdm untuk kemudahan semakan.

Guru patut tahu ni


Semua murid telah naik tahun / tingkatan secara automatik oleh sistem APDM. Guru kelas hanya perlu kemaskini kelas murid (sekiranya berubah). Administrator APDM sekolah perlu terlebih dahulu melantik semula semua guru kelas  dan pembantu tadbir (PT) untuk sesi persekolahan 2013 berserta MBMMBI dan sesi pagi / petang kelas tersebut.


Enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2013 perlu dikemaskini sebelum 25 Januari 2013 untuk keperluan pentaksiran (SAPS, SPPBS dan pendaftaran UPSR) dan bantuan murid.Mulai 1 Januari 2013, Murid-murid tahun 1 dan tingkatan 1 yang telah mendaftar menggunakan edaftar rendah dan edaftar menengah APDM hanya perlu dikemaskini kelas oleh Administrator APDM sekolah. Guru kelas hanya perlu mendaftar murid baru yang tiada dalam senarai.



Aplikasi akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 AM hingga 12:15 AM setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan.

Anak Soleh Dan Solehah


Di samping hantar anak sekolah dengan pelbagai sistem yang ada macam apdm nih, jangan lupa juga kena didik anak jadi soleh dan solehah. Bacaan terbaik mengenai cara mendidik anak secara Islam boleh rujuk di panduan mendidik anak secara soleh / solehah.


Link berkaitan apdm:




Semakan keputusan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2014 secara online

thumbnail
PMR pun sudah kan untuk adik-adik. Maka bermulalah kisah mencari tempat belajar yang best untuk masa depan, jangan silap pilih sebab ini akan menentukan masa depan kebanyakkan pelajar. Lepas PMR nak belajar mana? Ada yang terror masuk SBP dan Kolej Mara, serta yang malas sekolah skit ( hohoho) boleh gak masuk ke kolej vokasional dan sekolah menengah teknik. Kat sini best gak ooo... banyak belajar teknikal, takde le teori jer kan. Lagi satu, adik-adik kena perkuatkan bahasa english sebab makin tinggi belajar, makin banyak guna bahasa english nih. Ini untuk bagi keyakinan lebih skit dalam kelas.


Semakan keputusan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2014 secara online.


Bagi pelajar atau calon yang telah mengemukakan permohonan untuk ke tingkatan empat (4) sekolah teknik dan vokasional bagi sesi 2014, semakan keputusan kemasukan boleh diketahui mulai 13  Januari 2014.

sekolah-teknik-2014

Tarikh Semakan Keputusan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014


Terkini: Semakan keputusan kemasukan ke Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014 boleh disemak mulai 13 Januari 2014. Tarikh rasmi tersebut telah diumumkan menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Semakan Keputusan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014 Online


Semakan boleh dibuat secara online menerusi laman http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakan2014/

Semakan keputusan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik  2014 secara online

Rayuan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014


Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, calon boleh membuat rayuan. Rayuan boleh dibuat terus kepada Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan. Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.


Secara jujurnya...

Kalau dah masuk kolej vokasional atau sekolah teknik, suasana dah lain. Jauh dari rumah, kawan-kawan baru. Dan salah satu cara nak menonjol di tempat baru dengan terror bahasa english. Korang boleh cuba buku belajar grammar english dalam bahasa melayu!