Persiapan Temuduga Kerajaan / SPA 2014-2015

thumbnail
Setelah penat buat resume cantik-cantik dengan ayat yang memikat, akhirnya telah di panggil temuduga oleh kerajaan untuk isi jawatan dalam perkhidmatan awam Malaysia. Hepi ke mainkan dapat dapat kerja dengan kerajaan nih, terjamin masa depan.

Tiba lah saat yang penting di mana kita akan berdepan dengan panel penemuduga. Yang ni skill bercakap kena power bro. Tak boleh main hentam jer, first impression kata orang mesti baik dan jangan berkompromi dengan persiapan untuk temudugakerajaan nih.

Kalau dah di panggil temuduga tu, kaki dah selangkah nak dapat kerja tuh sebab tapisan dah di buat, kita ni dah macam diorang nak ambil kerja, sikit lagi nak lepas. Saying kalau tak Berjaya temuduga ni kan.


Apakah persiapan yang betul untuk pegi temuduga?

Terdapat 4 langkah kena buat sebelum temuduga tau, kalau tak buat ni, temuduga akan tempang dan tak perfect seperti macam ada yang tak kena jer. Ini rahsia bro, memang rahsia sebab penting sangat. Ini ada terkandung dalam panduan temuduga kerajaan / spa 2014. Harus baca, harus baca ni.

Panduan ni juga akan ajar cara melatih diri untuk jawab soalan temuduga. Huu hebat nih, camne nak melatih tuh. Melatih kita jadi hebat di depan penemuga, jadi lebih yakin.

Persiapan temuduga kerajaan spa penguasa kastam
Ada pasti dah buat persiapan untuk temuduga?

Jika lemah bahasa Inggeris tak apa, dalam panduan temuduga kerajaan / spa ni ada di sediakan panduan berbahasa inggeris untuk temuduga sahaja. Hah.. focus untuk temuduga, takde le pening sangat kan. Baru lah keyakinan tuh tinggi.


Soalan temuduga kerajaan / spa

Kita di ajar juga teknik-teknik mengagak soalan yang bakal di tanya. Boleh agak soalan sebenarnya tapi kena ada teknik la. Ini di ajar dalam panduan temuduga nih…jangan takut dan gelabah.

Jika di tanya, “ kenapa kami patut pilih anda untuk jawatan ini?”. Agak-agak macam mana nak jawab tuh. Cara menjawab soalan maut ada di sediakan dalam penduan temuduga spa nih tau. Pakar yang buat panduan nih, mesti ambil kira semua aspek.

Terdapat juga koleksi soalan-soalan killer serta jawapannya. Senang kan, tak payag terkial-kial cari sana sini. Semua dah di kumpulkan dalam panduan ni.

Jangan ingat ada ijazah jer, dah senang nak dapat kerja kerajaan. Persaingan tinggi, ramai orang pandai. Cuba bayangkan, bagi jawatan penguasa kastam, nak orang 250 jer, yang buat peperiksaan online penguasa kastam 80k orang dan yang lulus 30k orang. 30K calon nak rebut 250 jawatan jer.. hu mak aii.. mampukah dapat tuh kalau tak buat persediaan awal kan.


Camne nak dapat panduan temuduga kerajaan / spa ni?

Semua yang saya kongsikan kat atas, dah tersedia unttuk di baca dalam bentuk pdf ( softcopy ) untuk mereka yang berminat.


Ini hanya modul 1 daripada 4 modul yang di sediakan. Dalam link di atas, semua ada ke4 modul tersebut untuk di baca – teknik jawab soalan temuduga, rahsia lulus temuduga dan cara penulisan resume terbaru, semua untuk anda dalam satu panduan sahaja.


Jumpa lagi. 

Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ( SPA )

thumbnail
Panduan lulus temuduga kerajaan. Nak hadir temuduga mesti berdebar-debar kan. Iya lah masa depan tuh. Susulan daripada peperiksaan online penguasa kastam yang lepas, pasti ada yang dah di panggil temuduga oleh spa tetapi dah sedia ke nak temuduga tuh? Dah cari ke tip-tip temuduga untuk menambahkan keyakinan semasa di temuduga oleh spa. Terutama untuk adik-adik yang belum pernah bekerja lagih, pasti bercelaru jadinya walaupun ada jugak yang steady terutamanya yang biasa bercakap depan orang ramai.

Tip Lulus Temuduga Kerajaan


Temuduga kerajaan dan temuduga swasta lain ker? Lain skit jer ler tetapi yang kerajaan ni lebih skima skit dan biasanya sama je seperti tahun-tahun sebelumnya. Jadi di sini telah ada tip-tip untuk lulus temuduga kerajaan nih yang di sediakan oleh mereka yang pakar dalam bidang nih. Saya pun tak pandai bab-bab temuduga nih.. seriuaa gak le kalau hadiri temuduga.

Dengan adanya panduan lulus temuduga kerajaan ni ( terutamanya yang paling dekat jawatan penguasa dan penolong penguasa kastam ) di harapkan dapat membantu calon-calon lebih berkeyakinan dari segi pakaiannya, jawapannya, persiapannya. Kita akan rasa apa yang kita buat tuh betul lah semasa temuduga.



Kalau  takde panduan, kita main sebut je, cakap je apa yang terlintas di fikiran pada masa tuh sedangkan kita kena bagi jawapan mengikut apa yang penemuduga hendak tahu. Ini pentingnya panduan lulus temuduga kerajaan nih.

Kandungan Panduan Lulus Temuduga


Apa yang ada dalam panduan ni? Banyak.. serious. Daripada persiapannya hinggalah ke akhir temuduga, semua telah di sediakan. Juga di berikan bonus contoh-contoh soalan yang di tanya dan jawapan ( 250 soalan dan jawapan ).

INi untuk memberikan keyakinan semasa temuduga, bukannya soalan bocor ke apa. Kalau kebetulan sama tuh, rezeki ler tuh. Cuba bayangkan berapa ramai yang datang temuduga? Puluh-puluh untuk jawatan penguasa kastam ( temuduga sikit masa lagi ). Yang ambik peperiksaan online 80000 calon ( tak ramai dapat habiskan exam online sebab masalah teknikal ).

tip lulus temuduga kerajaan
Tak ramai berjaya dalam temuduga

Yanh dah lulus exam online penguasa kastam ni tak pasti berapa dan mereka inilah yang akan di panggil temuduga untuk mengisi jawatan penguasa kastam. Saya rasa ini untuk GST bulan April 2015.

Maklumat lanjut Panduan Lulus Temuduga


Temuduga ni penting sebab menentukan kerja kita nanti. Mengikut kajian, 90% tak buat persediaan untuk temuduga, main hentam jer. Pakai smart-smart pegi temuduga.

Jadi yang 10% ni, ada peluang cerah. Kalau korang nak masuk dalam golongan 10% yang buat persediaan ni, korang saya sarankan, dapatkanlah Panduan Lulus Temuduga Kerajaan ni, dengan sedikit bayaran.

Maklumat lanjut berkenaan persiapan lulus temuduga kerajaan, telah tersedia secara online.

Ps: Semoga lulus temuduga... mana-mana temuduga lah.

Contoh Soalan Ujian Online Penguasa Kastam W41

thumbnail
Exam online penguasa kastam. Mesti ramai dah isi borang spa sejak tahun lalu dan kebanyakkan layak untuk mohon jawatan penguasa kastam oleh spa. Peperiksaan online penguasa kastam akan di adakan pada 9 september 2014 ni dan seramai 80 000  calon penguasa kastam di panggil melalui sms dan email untuk menjalani exam bagi menjawab soalan peperiksaan penguasa kastam secara online. Tahniah jika korag adalah salah seorang bakal menduduki exam penguasa kastam secara online. Jika anda dijemput untuk menduduki peperiksaan online penguasa kastam gred w41 ini, sebelah kaki anda sudah menjawat jawatan awam itu. Cuma anda perlu sedikit usaha mencari seberapa info tentang panduan peperiksaan online penguasa kastam supaya lulus peperiksaan online ini nanti.

Jangan lepaskan peluang ni, buat betul-betul dan korang berada di entri yang tepat jika korang mencari tips peperiksaan, contoh soalan exam, panduan peperiksaan penguasa kastam gred w41 pada 6 september 2014 . Disini adalah tempat yang tepat untuk anda dapatkan tips, contoh soalan, panduan peperiksaan Exam Penguasa Kastam Gred W41 itu.

notis peperiksaan online penguasa kastam 2014
Notis Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41 


Format Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41


Format peperiksaan Penguasa Kastam W41 ini dibahagikan kepada tiga seksyen. Anda perlu menjawab setiap seksyen dan perlu lulus di setiap seksyen tersebut.

o             Seksyen A – Pengetahuan AM
o             Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
o             Seksyen C – Ujian Psikometrik


Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam 2014

Terdapat juga panduan ataupun di namakan Pakej Rujukan Penguasa Kastam W41 yang di tulis oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang ni untuk membantu calon-calon peperiksaan online penguasa kastam. Korang boleh cari kat google da nada satu link direct yang saya sediakan di akhir entri ni untuk memudahkan bakal-bakal penguasa kastam lulus exam penguasa kastam ni. Kelebihan nota rujukan peperiksaan penguasa  kastam w41 ni  ialah:

  1. Panduan disediakan oleh Tim Infokerjaya ( dahulu Team TipsPTD) yang berpengalaman menyediakan panduan peperiksaan SPA untuk calon sejak 2009 lagi.
  2. Teknik panduan menjawab soalan peperiksaan disediakan mengikut seksyen
  3. Nota Bantuan Menghadapi Peperiksaan SPA disertakan
  4. Contoh soalan Peperiksaan Online  Penguasa Kastam
  5. Telah membantu lebih daripada 63000 graduan untuk menghadapi peperiksaan SPA


Berdasarkan maklumbalas yang diterima oleh calon-calon peperiksaan SPA sebelum ini, rata-ratanya memberikan komen yang maklumbalas yang positif tentang pakej rujukan ini. Mereka bersetuju bahawa pakej rujukan yang diperolehi banyak membantu dalam persediaan mereka menghadapi peperiksaan.

Contoh Soalan Exam Online Penguasa Kastam W41


Contoh soalan peperiksaan Seksyen A – Pengetahuan AM


Bahagian ini mempunyai 50 soalan dan perlu dijawab dalam masa 40 minit. Soalan peperiksaan adalah lebih menjurus kepada hal-hal perkastaman dan juga isu semasa yang berkaitan pentadbiran, teknologi, bidang ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, sosial, dasar-dasar kerajaan dan lain-lain perkembangan dalam negara dan luar negara. dan juga sosial serta sesuai dengan taraf pendidikan peringkat ijazah. Calon yang selalu mengikuti perkembangan semasa dan banyak membaca mempunyai kelebihan.

format soalan peperiksaan kerjaya penguasa kastam
Contoh soalan peperiksaan kerjaya penguasa kastam - Seksyen A


Contoh soalan peperiksaan di Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah

40 soalan diberikan dan masa yang diperuntukkan ialah 45 minit. Soalan yang dikemukakan berkenaan dengan kemahiran logik, bagaimana menginterpretasikan data dan konsep matematik berdasarkan sukatan pelajaran peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Saya pecahkan bahagian tersebut kepada tiga bahagian di bawah:

nota peperiksaan  penguasa kastam w41
Kemahiran lojik - Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat

.

contoh soalan ujian online penguasa kastam
Contoh soalan Matematik - Calon diuji dengan konsep Matematik dan Akaun, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.


contoh soalan peperiksaan online penguasa kastam
Contoh soalan interprestasi data - Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.


Contoh soalan peperiksaan Seksyen C – Ujian Psikometrik

Pada bahagian ini calon-calon dikehendaki menjawab persoalan mengenai personaliti calon seperti kepimpinan, intergriti, disiplin, kebolehan sosial dan komunikasi. Masa yang diperuntukkan adalah selama satu jam dan mempunyai 200 soalan(aneka pilihan).Bahagian ini adalah bahagian yang paling mudah. Anda hanya perlu menjawab YA atau TIDAK.

Contoh soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam - Ujian Psikometrik
Contoh soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam - Ujian Psikometrik



Tugas-tugas Penguasa Kastam di Malaysia

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) ialah sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Ia bertindak sebagai badan yang diberi kebenaran untuk memungut hasil menerusi cukai tidak langsung dan mengawal selia perkembangan perindustrian dan perdagangan yang membangun dengan pesat.

KDRM turut memantau dan melindungi perdagangan negara daripada aktiviti penyeludupan dan penyelewengan bagi melindungi hasil dan menjaga perkembangan sosial, ekonomi dan keselamatan serta kedaulatan negara.

Hasil dikutip menerusi duti eksport, duti import, duti eksais, cukai perkhidmatan, cukai jualan dan levi keuntungan luar biasa. KDRM juga bertindak untuk menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan dan memberi bantuan nasihat berkenaan tatacara dan prosedur perkastaman dan percukaian secara langsung.

KDRM perlu memantau undang-undang yang ditadbir dilaksanakan secara tulus dan benar. Meningkatkan pengetahuan awam dan pelesen berkaitan dengan kepentinganundang-undang yang berkenaan adalah tanggungjawab KDRM. Perkhidmatan yang berkualiti dan professional perlu diberikan selaras dengan piagam pelanggan yang telah digariskan.

a) Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif,
b) Membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan,
c) Memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
d) Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.

Tip Exam Penguasa Kastam 2014


Beberapa persediaan awal yang perlu dilakukan supaya anda mampu mengharungi cabaran pada peperiksaan tersebut dan dapat lulus dengan jayanya. Sedikit perkongsian dari saya mengenai beberapa persediaan awal yang boleh anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Saya hanya mampu berkongsi secara ringkas di sini, selebihnya anda perlu mendapatkan panduan lengkap contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam W41 jika ingin lulus dalam peperiksaan. Beberapa perkara di bawah perlu dititik beratkan oleh calon:

1.Calon mestilah cukup bersedia dengan pelbagai topik penting untuk menjawab soalan peperiksaan nanti.

2.Calon mestilah membuat sedikit case study tentang skema ataupun cara menjawab soalan peperiksaan tersebut

3.Paling penting calon mestilah mengetahui tentang visi dan etika kastam serta serba sedikit tugas sebgai Penguasa Kastam W41

Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian, terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab, calon dinasihatkan agar tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan berikutnya. Apabila masa mengizinkan, kembali kepada soalan tersebut.

Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan di mana empat (4) opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih satu (1). Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji kesemua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alat tulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

Akhir sekali nasihat saya, semasa menjawab soalan peperiksaan online peguasa  kastam ni, gunakan internet kelajuan tinggi, pastikan tiada ganguan line internet sebab kalau refresh computer, nanti jawatan yang telah di jawab akan hilang, kena buat sekali lagih.

Pakej Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Panduan yang saya ingin kongsikan ini adalah rujukan lengkap meliputi panduan, nota khas dan contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam W41 dari Infokerjaya resource. Panduan ini telah banyak membantu calon lulus dengan cemerlang. Panduan ini boleh di dapati sekarang. Harus diingat panduan yang diterbitkan ini hanyalah merupakan perkongsian maklumat.



Segala kandungan dalam pandungan bukanlah dari nasihat profesional dan pihak saya tidak ada kena mengena dengan pihak SPA Malaysia. Ianya hanyalah boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan sahaja. Tujuan penerbitannya ialah untuk membantu calon membuat persediaan terhadap peperiksaan yang bakal dihadapi pada 6 September 2014.

Boleh juga baca mengenai Panduan lulus temuduga kerajaan / SPA.